4.PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD
SAW KE TABUK
-Pengaruh Nabi Muhammad SaW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia
memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu.
Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat
pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.
-Apabila berita itu sampai ke pengetahuan
Nabi Muhammad SAW, baginda mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom
dan mengutip zakat. Pada masa itu, tanah Arab dilanda panas dan kesusahan.
Mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad SAW. Baginda sendiri memimpin
tentera seramai 30,000 anggota menuju ke utara madinah.
-Apabila tentera Islam tiba di Tabuk,
tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam
dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan
Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3000 dinar setiap tahun.
5.ISLAM SAMPAI DI YAMAN
-Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah
Arab. Nabi Muhammad SAW mengutuskan Ali bin Abu talib dengan membawa surat
baginda untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari,
kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu
berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke 10 Hijrah.
6.KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN
BERHALA AL ‘UZZA
-Selepas umat Islam membebaskan kota
Makkah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung
disekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke 9 Hijrah,
beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla.
-Khalid al Walid melaksanakan tugas itu
dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas
itu, penyembahan patung pun berakhir.
7.PENYERAHAN BANDAR TAIF
-Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah
hitam apabila penduduknya mengahalau Nabi Muhammad SAW semasa baginda berdakwah
di sana. Selepas baginda dan umat Islam Berjaya membebaskan Makkah, golongan
bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad
SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama.
-Akhirnya rombongan mereka datang ke Makkah
pada bulan Ramadhan tahun ke 9 Hijrah dengan menyerahkan Bandar Taif sebagai
tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.
8.PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)
- Andalus adalah nama Arab yang diberikan
kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Liberia yang diperintah oleh orang
Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28
Ramadhan tahun ke 92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar
pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.
-Selepas pasukan tentera Islam mendarat,
Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam
supaya mereka tidak berfikir untuk berundur.
-Akhirnya, Andalus ditawan dan
menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan
abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia Barat.
0 comments
salamun 'alaikum.
wacana ini kuutarakan kepada sidang pembaca di alam maya ini. sebarang komentar, kritikan serta tunjuk ajar amatlah dialu-alukan kerna kita manusia yang pelupa, selalu saja membuat kesilapan. mungkin saja 1000 kekurangan terdapat dalam artikel ini. Wallahu a'lam.