[Copyrights©2013] Disclaimer of UstazUwais.Com™

"...Salamun 'Alaikum. Wacana ini ku utarakan khas kepada sidang pembaca di alam maya ini. Sebarang komentar, kritikan serta tunjuk ajar amatlah dialu-alukan kerna kita manusia yang pelupa, selalu saja membuat kesilapan. Mungkin saja 1001 kekurangan terdapat dalam nota maya ini, namun mudah-mudahan Allah S.W.T. menerimanya sebagai wadah dakwah yang mabrur. Amin..."
Disclaimer
Kesemua Artikel/ Bahan/ Video di dalam blog ini ditulis/disiarkan adalah untuk kegunaan pendidikan, pembelajaran dan dakwah. Saya tidak bertanggungjawab atas bagaimana topik yang dibahas dalam dokumen ini yang diterapkan. Jika anda adalah pemilik hak cipta atau pemilik sebarang bahan di dalam web ini, sila hubungi saya. Saya akan memadamnya dengan segera. Saya akan kreditkan setiap artikel yang diambil dari web lain dan dari sumber-sumber lain. Untuk artikel yang ditulis sendiri oleh saya, anda bebas untuk menyebarkannya.
There Are No Copyright In Islam.
Apa yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk memaksa anda percaya 100% terhadap apa yang ditulis, tetapi lebih kepada mengajak anda berfikir dengan mendalam. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh dihantar melalui komen post, shoutbox, facebook, atau secara langsung di talian +6012.984.6388. Sesi konsultasi juga boleh dibuat jika perlu dan mengikut terma dan syarat yang dipersetujui. Lihat profile saya.

Showing posts with label Dakwah Islamiah. Show all posts

Alkisah seekor kijang mengandung…


cited from Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Seekor kijang mengandung bakal melahirkan anak kijang. Ibu kijang tiba di sebuah tanah rumput tepi sungai di selatan… memikir bahawa itu satu kawasan selamat.

Perutnya mula sakit… tetiba langit mula mendung diikuti dengan petir… petir menyambar rumput kering di sebelah utara kijang –

 kebakaran hutan berlaku. Di tepi baratnya, ibu kijang terkejut melihat seorang pemburu sedang mengacukan senapangnya ke arahnya… Ibu kijang bergerak ke sebelah timur, terlihat pula seekor harimau yang kelaparan sedang bergerak ke arah beliau.

Utara – api membara
Timur – si harimau kelaparan sedang ingin menerpa
Barat – si pemburu dengan senapang
Selatan – sungai yang deras…
Langit – mendung berpetir bakal hujan

Apakah yang bakal ibu kajang lakukan tatkala perutnya dah mula sakit untuk kelahiran…?

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Isteri Solehah: Serta Merta, Berkala, atau Impian Semata

Semua orang Islam... remaja, bujang atau sudah berkahwin, tua atau muda, lelaki... mengimpikan memiliki isteri yang solehah. Begitu juga sebaliknya. Namun, adakah impian ini selalu tercapai atau ianya hanya sebuah realiti yang telah difantasikan?

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

kalau can kalau....


Kalaulah Allah lihatkan amalan kita. Berapa banyak dosa. Berapa banyak pahala??

Kalaulah dosa itu macam batu. Berapa berat perlu kita angkat?

Kalaulah pahala itu bagai duit. Berapa banyak boleh simpan dalam akaun??

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa, dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri.
Adakah kita akan berkawan dengan mereka? atau takut dan memusuhi mereka? atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan.. (tetap sama seperti biasa kita buat)

Kalaulah, Muhammad hidup bersama kita.
Adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi.
Malu berbuat dosa depan mata banyak nya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara.
Hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.

Pada hal dah tahu tak bawak ke manapun harta berlambak sedunia!!
Pada hal dah tahu pegangan kita sama!!
Pada hal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!

Kalaulah kita nampak syurga dan neraka.
Tempat dan rupa nya bagaimana? Apa ada dalam syurga?
Apa isi dalam neraka?
Dan setiap Ahmad,Abdullah dan ar-rijal dicop dia munafiq, kufur, islam atau beriman...
Masihkah aku dan kau lari dari tanggungan amalan..
Masihkah kita berdalih dan beralasan??

Kalaulah Allah menampak kan wajahNya pada kita masihkah kita sanggup syirikkan dia? Agungkan cinta manusia lagi tinggi dari cinta Dia!!

Berkalau-kalau tu amalan syaitan.. tapi "kalau" yang ini aku tulis untuk keluarkan kau,aku dan dia dari terus teruk daripada syaitan.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati


Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Si kambing berkata:    "di hari raya ini, mintalah maaf kepada ahli famili dan sahabat handai kamu, sebelum kamu minta dagingku....." huhuhu.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

(Sesuatu yang pelik ) شــــيء غريب


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

شــــيء غريب
كيف أننا نرى الـدينار كبيرعندما نأخذه إلى المسجد
وصغير جداً عندما نأخذه إلى السوق

Sesuatu yang pelik,
Bagaimana kita melihat wang sesuatu yang besar nilainya apabila kita bawanya ke masjid (untuk didermakan).
Dan amatlah kecil nilainya pula apabila kita bawanya ke pasar (untuk dibelanjakan).


شــــيء غريــــب
كيف أننا نرى ساعة في طاعة الله طويلة
ولكن ما أسرع التسعون دقيقة في لعب كرة القدم أو ثلاث ساعات على النت

Sesuatu yang pelik,
Bagaimana kita melihat satu jam dalam mentaati Allah adalah panjang masanya.
Tetapi alangkah cepatnya pula 90 minit dalam perlawanan bola sepak atau 3 jam berlayar di internet.

شــــيء غريــــب
كيف أنه من المجهد قراءة جزء من القرآن الكريم
وكيف أنه من السهل قراءة رواية مختارة من 200 إلى 300 صفحة ؟

Sesuatu yang pelik,
Bagaimana dia antara mereka yang merasa susah (dengan kemalasan) ketika membaca sejuzu' (sebahagian) dari Al-Qur'an.
Tetapi merasa senang pula ketika membaca novel yang merangkumi 200 hingga 300 muka?

شــــي غريــــب
كيف أننا نتقبل ونصدق ماتقوله الجرائد
ولكن نتساءل عن ما يقوله القرآن الكريم ؟

Sesuatu yang pelik,
Bagaimana kita boleh menerima dan mempercaya apa yang diperkatakan surat khabar.
Tetapi kita sering mempertikai dan mempersoal apa yang dikatakan oleh Al-Qur'an?

شــــيء غريــــب
أننا لا نستطيع التفكير في قول أي شئ عند الدعاء
ولكننا لا نواجه صعوبة في التفكير في قول أي شئ عند التحدث إلى صديق ؟

Sesuatu yang pelik,
Kita tidak mampu untuk berfikir apa yang hendak dikata (diminta & dibaca) dalam doa kita.
Tetapi tidak pula kita menghadapi kesukaran berfikir mengenai apa yang perlu kita bualkan dengan kawan kita?

شــــيء غريــــب
كيف تبدو طويلة قضاء ساعتين في المسجد
ولكن كم هي قصيرة عند مشاهدة فيلم سينمائي ؟

Sesuatu yang pelik,
Bagaimana dua jam dianggap tempoh masa yang lama untuk berada di dalam masjid,
akan tetapi ia menjadi singkat ketika kita menonton filem di pawagam?

شــــيء غريــــب
رغبة الناس في الحصول على المقعد الأمامي في أية لعبة أوحفلة
ولكنهم يتزاحمون للجلوس في مؤخرة المسجد ؟

Sesuatu yg pelik
Keinginan manusia untuk duduk di kerusi hadapan di sesuatu festival sukan atau majlis perayaan,
tetapi mereka ini juga bersesak-sesak untuk duduk di tempat belakang masjid (ketika solat atau majlis ilmu) ?

شــــي غريــــب
كيف أننا نحتاج إلى مدة طويلة ونواجه صعوبة في حفظ آية أو آيتين من القرآن الكريم
ولكن في مدة قصيرة وبسهولة نحفظ الأغاني ؟

Sesuatu yang pelik,
Bagaimana kita memerlukan masa yang lama dan berhadapan dengan kesusahan ketika hendak menghafaz satu atau dua ayat dari Al-Qur'an,
sedangkan dengan waktu yang singkat dan mudah kita dapat menghafaz senikata lagu?


اليوم عمل بلا حساب
وغدا حساب بلا عمل
فأغتنم يوم عملك ليوم حسابك

Hari ini adalah hari beramal, tiadanya perhitungan,
esok adalah hari perhitungan, tiadanya amalan,
maka rebutlah hari beramal kamu untuk hari perhitungan kamu.

Moga bermanfaat.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Happy Birthday to U, Uwais (^_^)


Hari ini, 10 Syaaban 1430H, genaplah umur ana 23 tahun hidup di dunia ini. Dan bermulalah tahun ke-24 untuk ana meneruskan hidup ini yang entah bila kesudahannya. Firman Allah yg bermaksud, "apabila telah datang ajal seseorang itu, tidak akan dilewatkan mahupun diawalkan walaupun sesaat."

Subhanallah, masih banyak lagi tugas ana di dunia ini yang perlu ana tunaikan. Amanah dakwah masih lagi belum settle. Berasa takut juga kalau-kalau tika ini Allah menjemput diri ini mengadapNya. Walau bagaimanapun, kita sebagai muslim sejati, haruslah bermotivasi bagi menghadapi situasi sedemikian. Motivasi dalam konteks ini adalah dakwah. Ingatlah saudaraku sekalian, walau apapun kerja kita, walau siapa kita di bumi Allah ini, kita adalah ummat Muhammad, yg telah diamanahkan satu tugas yg amat berat sehingga gunung, langit dan bumi pun tidak sanggup untuk memikulnya. Subhanallah.





Kita tidak akan dipersoalkan tentang sama ada orang terkesan atau tidak dengan dakwah, sebaliknya Allah akan menghisab kita sama ada kita buat dakwah atau tidak.


Justeru, marilah kita sama-sama bermuhasabah, adakah kita sudah menunaikan tanggung jawab tersebut, sebelum kita dijemput menemui Raja Sekalian Alam. [Wish luck to all of us.]

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

KENAPA NAFSU DEGIL?


"Dalam kitab karangan Usman b Hasan b Ahmad ada menceritakan Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud, "Wahai akal! mengadaplah engkau. Aku ingin tahu darimu, siapakah Aku ini dan siapa pula engkau?" Lalu akal pun menjawab...

"Engkau adalah Tuhan yang menjadikanku dan aku adalah hambaMu yang lemah." Setelah itu Allah memanggil nafsu pula datang mengadap, tetapi nafsu hanya mendiamkan diri. Begitulah sehingga tiga kali ianya dipanggil barulah ia datang mengadap.

Allah berfirman padanya, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Jawab nafsu, "Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku." Allah lalu menyeksanya dalam neraka jahim selama 100 tahun kemudian mengeluarkannya semula untuk disoal. Allah menyoal lagi, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Jawab nafsu, "Aku adalah aku, Engkau adalah Engkau." Allah lalu memasukkannya ke dalam neraka juu' pula selama 100 tahun, kemudian mengeluarkannya untuk disoal.

Kali ini barulah nafsu mengaku hakikat dirinya, katanya, "Aku adalah hambaMu yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku yang Maha Kaya." Dalam kitab yang sama juga ada diterangkan dengan sebab itulah Allah telah mewajibkan puasa bagi mengekang nafsu yang jahat.

Artikel ini dipetik dari Diari Islamiah 1417-1418. Mudah-mudahan dapat dijadikan renungan kita semua. Wassalam...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Dalil Pertemuan Air Masin & Air Tawar dlm Al-Quran


 "Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan

yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang
menghalangi." (Q.S Al Furqan: 53)
 
               Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti

kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari
Perancis. Orang tua yang berambut putih inisepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar
samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar
laut untuk ditonton di seluruh dunia.
 
               Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia

menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana
tidak bercampur/tidak melebur / tidak sebati dengan air laut yang masin di sekelilingnya,
seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi kedua-duanya.


Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari tahu
penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir,
jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu
setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan
tentang fenomena ganjil tersebut.
 
               Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia

pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang
bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan
Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun la
yabghiyaan..."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang
tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surah Al Furqan ayat 53 di atas.
 
               Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak

bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai,di mana terjadi pertemuan antara air
tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya
dari surah Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhumal lu'lu`u wal marjaan" ertinya
"Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.
Maka teruja lah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya
melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini
mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada
peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di ke dalam samudera.
 
               Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam

akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang
sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak lagi
benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
 
Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi lautan. Maha

Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.
 
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi

yang dikaratkan oleh air." Bila seorang sahabat bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan
hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan
membaca Al Quran."
 
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada

Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat Yang Memiliki mu."
 
"sebarkanlah dari ku walau satu ayat" al hadis

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kualiti Dakwah Mengawal Kuantiti Dosa


Assalamualaikum. jwpn komen seorang muslimah terhadap artikel "Wakrkah Untuk HAWA"
terima kasih kerana sudi berkongsi sekelumit idea di laman ini.

Terlebih dahulu, ana ingin membetulkan kesalahan ejaan/sebutan yg enti tulis di comments.

perkataan [amal] makruf nahi mungkar. = bukan 'amal' tp 'amar'.
يأمرون بالمعروف و ينهون عن المنكر

kalimah يأمرون adalah fi'il mudhari', marfu' bil wau, kerana ia adalah jama' muzakkar salim.
kalimah ini berasal dari kalimah amara = أمر = suruh, arahan, perintah
jd sebutan nya adalah amar.

Merujuk teguran enti beberapa hr lalu, dr ayt komen enti ana dapati ada sedikit slh fhm tentang
takrif amar makruf nahi mungkar. Ini tanggapan awal ana semata2. klu clp, tlg betulkan.

terjemahannya mudah, amar = suruh; makruf = kebaikan; nahi = tegah; mungkar = kemungkaran

[jawapan ana adalah berbentuk soalan]
soalan ana: bukankan dengan kita menyuruh org membuat kebaikan, dengan sendirinya tertegah lah kemungkaran? (automatically)

andaikata kita dakwah seseorang, namun kita masih melakukan dosa, adakah kita tidak menepuk dada, bertanya akan iman? namun akaun dosa masih tetap bertambah amaun nya. Beban kredit dosa semakin meningkat. justeru kita tidak boleh berdakwah? oh no! jika syarat dakwah itu perlu lihat akaun diri sendiri dahulu, sama ada layak atau pun tidak untuk berdakwah, nescaya siapa lagi yang akan memikul tanggung jawab sebagai naib nabi (pembantu nabi untuk meneruskan kerja dakwah sehingga menjelang kiamat) ??? pernahkan enti dengar, firman Allah
إن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر
tiap2 hr kita bersembahyang, namun masih mekalukan dosa? kerja apa ini?
jawapannya adalah sembahyang kita itu, masih belum mencapai tahap kualiti yang dikehendaki.
sama teorinya dgn dakwah: kualiti dakwah mengawal kuantiti dosa

Personally, ana bukanlah insan yang sunyi dari dosa. manusia mutakhir yg penuh terpalit dosa inilah sedang mencuba menegakkan amarallah, menjunjung titah yang Maha Agung, sedaya upaya membina medan wacanadakwah yang sememangnya kualitinya dipertikaikan.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

IJTIMAK MALAYSIA 2009 di Sepang ( ihsan dari yoyoyspa.com )

Alhamdulillah, Ijtimak Islam Antarabangsa 2009 yang berlangsung pada 9,10,11,12 Julai 2009 (16,17,18,19 rejab 1430) di Tanah Lapang Berhampiran Bandar Enstek dan Kuarters KLIA telah berlangsung dengan selamat dan jayanya.


Sambutan diterima juga amat menggalakkan. Walaupun media-media tempatan menyiarkan ijtimak ini telah disertai oleh 200,000 orang, tetapi daripada pemerhatian kami, jumlahnya lebih dari itu.


Penganjuran - penganjuran persidangan peringkat antarabangsa adalah tidak asing di Malaysia, tetapi inilah kali pertama di mana pengajuran dilakukan dengan inisiatif umat Islam secara sukarela tanpa mengharapkan sumbangan, pengajuran sesiapa.

Ijtimak Malaysia 2009 telah dijayakan oleh sukarelawan dari seluruh pelusuk negara yang telah bertungkus lumah selama beberapa bulan. Untuk pemasangan khemah sahaja, 250 sukarelawan diperlukan setiap hari.


Selain itu, kemudahan seperti tandas, bilik mandi, tempat wudhu, bekalan elektrik dan sebagainya juga disediakan.

Kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan juga terdapat di sekitar tapak Ijtimak 2009 termasuk Kedai-kedai yang menjual pelbagai juadah dari pelbagai negara. Walaubagaimana pun, pihak penganjur Ijtimak mengediakan makanan secara percuma kepada semua pengunjung.

Antara barangan istimewa, T-Shirt tertera Ijtimak 2009.

Perkhidmatan shuttle juga disediakan untuk kemudahan pengunjung dan keselasaan trafik di kawasan terbabit.

Tentatif program Ijtimak Malaysia 2009

( 9 Julai 2009 – 12 Julai 2009 )
Asar : Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan

9 Julai 2009 – KHAMIS
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak

10 Julai 2009 – JUMAAT
- Selepas Solat : Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat
- Selepas Solat Asar
1. Ceramah Umum
2. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum

11 Julai 2009 – SABTU
- 10.00 pg – 12.30 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
1. Program Untuk Ulama
2. Program untuk Khawas
3. Program untuk Pelajar
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Pendek

12 Julai 2009 - AHAD
- 9.30 pg – 12.30 (Sebelum Zuhur)

1. Nasihat Untuk Jemaah Yng Keluar Dan Musafahah
2. Doa Penutup Ijtimak

- Selepas Asar : Nasihat khas untuk Jemaah Khidmat semasa ijtimak.


Antara nasihat-nasihat kepada pengunjung dan seluruh umat Islam adalah:

Ada 4 golongan manusia iaitu~

  1. Orang yang buat usaha agama. Akan dapat pertolongan Allah di dunia dan di akhirat.
  2. Orang beramal untuk diri sendiri dengan menjaga segala hukum2 Allah. Tiada pertolongan Allah di dunia tetapi ada di akhirat.
  3. Orang yang buat amal tatapi banyak melanggar hukum Allah. Tiada pertolongan di dunia, akan diazab di akhirat tetapi akhirnya dapat masuk syurga.
  4. Orang yang tiada iman. Akan kekal selamanya di neraka. (nauzubillah!)

  • Jika tiada golongan pertama, maka golongan 4 akan menguasai/memerintah umat Islam. Untuk itu, kita disarankan~
  1. Buat kerja dakwah.
  2. Baiki solat sehingga solat dapat menarik bantuan Allah dan menyelesai segala masalah.
  3. Zikrullah terutama zikir pagi dan petang.
  4. Taubat dan istighfar untuk diri. Juga untuk seluruh umat Islam seperti seorang anak yang memohon belas kasihan bapa supaya tidak merotan adik yang melakukan kesilapan (umat ini sedang dirotan oleh Allah kerana meninggalkan kerja dakwah).
  5. Buat keputusan untuk buat kerja ini sampai mati.

Insya Allah, renung-renungkan dan selamat beramal.




View Medan Ijtimak Malaysia 2009 in a larger map

Ijtimak ini dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh dunia. Khemah-khemah disediakan untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai. Untuk tujuan memudahkan pengurusan, khemah-khemah dikategorikan mengikut negara. Khemah-khemah pengunjung dari Malaysia di kategorikan mengikut nama bandar. (Khitta)

Penterjemah bahasa di tempatkan di beberapa kawasan tertentu untuk mengikut bahasa pengunjung. Bahasa Melayu adalah bahasa utama yang diterjemahkan lantaran peserta Malaysia adalah paling dominan.






Gambar-gambar Ijtimak





Video persediaan sebelum Ijtimak Malaysia 2009




Karkuzari (Laporan Kerja Dakwah)

“Alhamdulillah baru balik dari Ijtimak petang tadi. Ramai sekali yang hadir dan jalan di sekitar quarters menghala ke bandar Enstek dan Salak Tinggi sesak sampai petang.Karkuzari, hampir 400 jemaah telah dibentuk dan keluar dakwah kurang dari target eldest (pimpinan agung tabligh) 500 jemaah.

Pada Solat Asar hari Khamis, Sdr Anwar Ibrahim dan MB Selangor, TS Khalid Ibrahim hadir solat bersama, dan mendengar bayan di atas pentas hampir 15 - 30 min sebelum beredar.

Solat jumaat, diimamkan di Masjid, dan disambung langsung ke medan Ijtimak yang jauhnya hampir 5 ke 6 ratus meter dari masjid. tetapi, saf nya di sambung berterusan dari parking masjid, melintas jalan raya dan beberapa bangunan dan blok sehinggalah ke pentas utama. inilah pertama kali saya lihat bagaimana solat diadakan di 2 tempat yang berlainan sejauh 500m dari Masjid utama. MasyaAllah hebat sekali suasana...”


Pukul 12.30pm tadi (12/07/09) Yang Di Pertuan Agong datang untuk 15 minit tapi tak naik atas pentas, dia pergi khemah ulamak dan minta nasihat dari ulamak yg ada di situ.

Alhamdulillah mereka datang dengan keinginan sendiri semata2 untuk minta dan dengar nasihat agama dari ulamak yang penuh dadanya dgn ayat alQuran (memang hafiz al-quran semuanya) dan penuh dgn jutaan hadis (memang kitab2 hadith kutub tis'ah kawan harian mereka). Ceramah yg penuh dgn ayat al-quran dan hadis2 Nabi saw.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati