[Copyrights©2013] Disclaimer of UstazUwais.Com™

"...Salamun 'Alaikum. Wacana ini ku utarakan khas kepada sidang pembaca di alam maya ini. Sebarang komentar, kritikan serta tunjuk ajar amatlah dialu-alukan kerna kita manusia yang pelupa, selalu saja membuat kesilapan. Mungkin saja 1001 kekurangan terdapat dalam nota maya ini, namun mudah-mudahan Allah S.W.T. menerimanya sebagai wadah dakwah yang mabrur. Amin..."
Disclaimer
Kesemua Artikel/ Bahan/ Video di dalam blog ini ditulis/disiarkan adalah untuk kegunaan pendidikan, pembelajaran dan dakwah. Saya tidak bertanggungjawab atas bagaimana topik yang dibahas dalam dokumen ini yang diterapkan. Jika anda adalah pemilik hak cipta atau pemilik sebarang bahan di dalam web ini, sila hubungi saya. Saya akan memadamnya dengan segera. Saya akan kreditkan setiap artikel yang diambil dari web lain dan dari sumber-sumber lain. Untuk artikel yang ditulis sendiri oleh saya, anda bebas untuk menyebarkannya.
There Are No Copyright In Islam.
Apa yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk memaksa anda percaya 100% terhadap apa yang ditulis, tetapi lebih kepada mengajak anda berfikir dengan mendalam. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh dihantar melalui komen post, shoutbox, facebook, atau secara langsung di talian +6012.984.6388. Sesi konsultasi juga boleh dibuat jika perlu dan mengikut terma dan syarat yang dipersetujui. Lihat profile saya.

Showing posts with label untukmu wanita. Show all posts

Isteriku Belajar Benda Baru Setiap Hari

Salam pembaca sekalian, semoga hidup anda ceria sokmo!

Entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang rahsia memotivasi isteri. Perkongsian kali ini bukanlah nak tunjuk saya ni pakar motivasi. Bukan! Jauh sekali! Tetapi apa yang saya dapat belajar dari rakan-rakan sekeliling tentang dorongan-dorongan positif yang boleh diberi kepada isteri kita.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Isteri Solehah: Serta Merta, Berkala, atau Impian Semata

Semua orang Islam... remaja, bujang atau sudah berkahwin, tua atau muda, lelaki... mengimpikan memiliki isteri yang solehah. Begitu juga sebaliknya. Namun, adakah impian ini selalu tercapai atau ianya hanya sebuah realiti yang telah difantasikan?

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Isteri Curang Menghadapi Siksa Dunia

Isteri Curang Menghadapi Siksa Dunia
Seperti yang telah diceritakan oleh seorang ustaz. Saya just copy paste jer kat sini, untuk bacaan kita bersama - sebagai pengajaran dan tauladan bagi para isteri - dan secara tak langsung juga kepada para suami. Begini ceritanya…

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih 7 tahun sejak kawan lama saya itu di  arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya  Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja.
Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi
Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,”
Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai. Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, peha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah murung, kusut

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih.
Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama,
kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di
negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya
cara moden,”tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang
menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.

“Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanyatentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin,  kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa.
Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah  parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian
teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan  semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali
ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis. 

“Ustaz,”katanya,

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?”pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina.Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.”

Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus
azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya,
jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak
sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Chinta-ing The Chinta....

CINTA itu adalah satu anugerah terindah,
CINTA itu cuma satu patah perkataan,maknaya berbeza bg setiap insan.

Ramai org pandai mengucapkan dan menghayati cinta,
tapi tidak ada sesiapa yang pandai menilai cinta,
kerana CINTA bknnya objek yg boleh di lihat dgn mata kasar,
sebaliknya cinta hanya boleh ditilik melalui hati & perasaan..

CINTA itu sememangnya indah,
tapi,
apabila cinta itu disertai dgn dusta dan pembohongan,
hilang lenyaplah keindahan cinta itu..

CINTA tdk blh dipaksa,
nantikan kehadirannya dgn sabar..
CINTA dtg pd saat yg tak terduga,
jgn lari dari cinta,
kerana,
cinta itu indah..

CINTA TIDAK HARUS MEMILIKI??


CINTA sgt misteri,
punya kekuatan yg sgt luar biasa,
bukan utk difahami,
tp dirasa.
CINTA adalah menyintai dan dicintai..
oleh insan yg ditakdirkan utk kita.
hanya ssat kita merasakan cinta,
kita akan tahu APA ITU CINTA..


CINTA bkn dari kata kata,
tapi dari segumpal keinginan yg diberi kpd hati,
yg memerlukan...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ingin Menjadi Wanita Idaman...


MALU….
di situlah letaknya keindahan dan kecantikannya seorang wanita.


Bersopan santun, berakhlak mulia, maruahnya sentiasa dijaga kerana dia tahu itu harga dirinya.
Pandai bergaul tapi tidak bebas dan terbabas.
Pakaiannya kemas tapi tidak menampakkan terlalu mewah atau menunjuk-nunjuk dan tidak pula terlalu rendah mutunya kecuali tidak ada.
Berbudi bahasa, peramah dan mesra, tapi tidak mengada-ngada.
Auratnya dijaga tidak didedahkan kepada yang bukan muhramnya.
Matanya selalu ditundukkan terutama kepada laki-laki ajnabi kecuali diwaktu perlu sahaja.
Bahasa nya bersahaja, mengikut fitrah semulajadinya, tidak dibuat-buat atau mengada-ngada.
Percakapannya dijaga, tidak menyindir-nyindir atau mengata-ngata orang atau memuji-muji diri dan keturunannya.

Suaminya dihormati dan ditaatinya, keluarga suaminya dimuliakannya.
Berkasih sayang dan berlemah lembut dengan anak-anaknya tetapi tidak terlalu dimanja dan dimewah-mewahkannya.
Rajin bekerja dan mengemaskan rumahtangga budaya hidupnya.
Beribadah dengan Tuhan tidak pernah diabaikan bahkan istiqamah pula ibadahnya.
Hubungan dengan jirannya sangat dijaga, macam menjaga keluarganya.
Ketika berjalan jauh ,dia akan pergi bersama muhramnya atau bersama 3 orang wanita yang boleh dipercaya.

Tidak tamak, tidak bakhil, sentiasa baik sangka dengan suaminya.
Apatah lagi cemburu dan prejudis dengan suaminya tidak ada di benak kepalanya.
Jika suaminya susah, sanggup bersama-sama susah dengan suaminya.
Tidak suka meminta-minta dengan suaminya kecuali yang perlu2 sahaja.
Tidak suka bertanya-tanya suaminya ketika balik;
“Abang ke mana? Dari mana? Mengapa lambat balik?Buat apa di sana?”
Tika suaminya balik disambut dan dilayan dengan baik.
Di waktu itu dia tahu dan faham apa keperluan suaminya.
Hingga sikapnya itu suaminya senang, tenang, terhibur dan lapang fikirannya.

Tidak meninggikan suara dengan suaminya.
Kalau dia bersalah cepat sekali dia meminta maaf dengan suaminya.
Kesalahan dan kesilapan suaminya dilupa-lupakan dan dimaafkan saja.
Tidak mengungkit-ungkit suaminya, sekalipun di waktu dia tidak senang dengan suaminya.

Itulah kecantikan dan keindahan sebenar seorang wanita.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Solusi menghadapi SENGGUGUT


A. FAKTA TENTANG HAID.

* Haid adalah darah yang keluar dari rahim pada setiap bulan. Umumnya seorang gadis mula datang haid pada usia 10 hingga 15 tahun dan berhenti apabila sampai menopause.

* Selalunya pusingan haid berlaku antara 28 hingga 35 hari. Seorang gadis akan mengalami haid selama 3 hingga 10 hari. Tempoh haid berbeza antara seorang gadis dengan gadis yang lain.

* Apabila ovum matang di dalam ovari, ia menyebabkan perubahan hormon yang merangsang pembentukan lapisan darah di dalam rahim.

* Ketika pertengahan kitaran haid, ovum dibebaskan dari ovari. Ovum akan bergerak menuju ke rahim melalui saluran fallopian.

* Sekiranya ovum tidak disenyawakan oleh sperma, ia akan hancur dan dikeluarkan dari tubuh, Paras hormon akan jatuh dan mengakibatkan lapisan darah di dalam rahim dikeluarkan sebagai haid.


B. APA ITU SENGGUGUT?

Senggugut berlaku disebabkan pengecutan dinding rahim yang kuat semasa kedatangan haid. Ia menyebabkan rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, ari-ari dan belakang. Semasa mengalami senggugut, seorang gadis mungkin merasa letih, muram dan cepat marah (emosional). Senggugut yang kuat akan menyebabkan rasa loya, muntah dan cirit birit.


C. PETUA ATASI SENGGUGUT?

* Cukup rehat dan minum air banyak

* Tuam bahagian ari-ari dengan botol air panas

* Mengambil ubat penahan sakit.....

p/s: herba yg sesuai dgn penyakit ini adalah lobak putih di blender tanpa air..... minum airnya. amalkan 3kali seminggu. insyaAllah berkesan. Bekam, reflexology, acpupuncture juga sesuai utk penyakit ini. Dapatkan khidmat nasihat percuma dr sy secara online utk lebih detail.


email:  uwais_alqorny@yahoo.com           ym/fb           +601 99 60 47 40

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Persiapan untuk menjadi isteri.


ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?

Mereka ialah yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.

Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.

Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.

Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.

Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.

Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.

Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.

Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.

Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Dari Hatiku Untukmu Wanita


Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.







"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pahala Terakhir Seorang Isteri (kiriman email seorang muslimah)


Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba dipupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.
Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, dalam kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.
Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.
Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata untuk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.
Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang klien dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan lagi. Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada petang itu.
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah Restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya
hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.
Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini.
Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya. Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan malaknat isterinya sepanjang itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."
Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya ...semoga Allah perkenankannya. AMIN...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Warkah untuk HAWA

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui ke’seksi’annnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

INGATAN BUAT MUSLIMAH"... (email dr seorang muslimah)

Hidup ini kadang-kadang rasa gembira, kadang-kadang rasa sedih, nak marah ,merajuk atau jauh hati, kadang-kadang rasa di sayangi, rasa diperlukan, rasa terasing, rasa dibuang … macam-macam perasaan yang bersarang dalam hati dan itulah kurnian dariNya yang maha bijak sana dan seharusnya kita bersyukur.

Kadang –kadang kita sering alpa ,leka dengan keindahan dunia , terlalu menurut kehendak nafsu , mengikut telunjuk syaitan sampai terlupa yang diri ini adalah hamba dan mendapat rahmat daripadanya ,hamba yang sering dikurnia kan nikmat dariNya , tetapi kita terlalu sedikit mensyukurinya.

Kebiasaanya manusia akan merasa bahagia bila disayangi , diberi perhatian, diambil berat ,dicintai , kadang-kadang sedikit bangga bila diri ini dirindui .Tapi oleh kerana terlalu taksub mengejar semua ini ,kadang-kadang kita tak sedar yang kita telah melanggar perintah Allah , melanggar syariat sekaligus mencemarkan tatasusila kita sebagai muslimah yang beriman. Betapa wanita itu akalnya setipis rambutnya… hatinya serapuh kaca….dan perasannya yang selembut sutera itu maka hendaklah dibekalkan dengan ilmu , dikuatkankan dengan iman dan dihiasi dengan akhlak.

Makhluk emosional atau lebih dilabelkan sebagai makhluk perasa dan itulah wanita berbanding lelaki yang lebih dinobatkankan sebagai mahkluk berakal.Wanita juga dilabelkan sebagai makhluk pemalu…sukar untuk meluahkan rasa.

Rasulullah saw bersabda “Malu dan iman itu bergandingan bila terangkat satu maka terangkatlah satu lagi”...Maka ini jelas menunjukkkan kepentingan malu dalam diri setiap muslimah.

Persoalannya sekarang, masihkah sifat malu ini menyelubungi diri setiap muslimah? Jika ya kenapa masih ada lagi mereka yang berani membonceng motor dengan lelaki yang bukan muhrim, mengapa ada lagi muslimah yang tidak menutup aurat, yang paling sedih bila ana terdengar ada di antara kawan ana yang bercerita tentang member mereka yang membuka aurat sedangkan dulunya aurat itu di jaga. Kenapa kita mudah mengikuti perkara yang tidak baik sedangkan perkara yang baik kita tolak ketepi.

Tapi sedarkah kita selemah –lemah wanita ini ia berjaya menguasai kaum adam yang mempunyai sembilan akal , betapa peliknya…tapi itulah kenyataan.

Betapa kuatnya pengaruh wanita pada lelaki dan ini menunjukkan yang dunia ini telah hampir pada akhir zaman.

Betul kata Rasulullah saw “ Sesungguhnya kemusnahan kaum lelaki itu adalah kerana mentaati wanita-wanita mereka”

Selain daripada itu “Kejahilan bagi kaum lelaki ialah mentaati wanita selain daripada ibunya”

Huzaifah r.a berkata ia mendengar Nabi saw bersabda di dalam khutbahnya

“Arak adalah ibu segala maksiat , wanita adalah jala syaitan dan cinta dunia adalah kepala setiap dosa.”

Frasa ‘wanita adalah jala (perangkap syaitan )’ menjelaskan maksud sama ada syaitan telah menghiasi mereka dengan begitu menarik supaya menimbulkan rangsangan ataupun lelaki yang jahat akan memandang serta menggoda mereka dengan perantaraan mereka (syaitan).

Ibnu Mas’ud ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda , “Wanita adalah objek yang tersorok , di mana ,apabila ia keluar syaitan akan menghias mereka untuk menggoda kaum lelaki” At-Tirmizi.

Sedarlah kaum lelaki, di sini cabaran bagi anda maka jangan sesekali terbuai dengan tipu daya syaitan seperti firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman , masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah –langkah syaitan .Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang paling nyata bagimu. Tetapi jika kamu tergelincir (dari jalan Allah) sesudah datang padamu bukti-bukti kebenaran , maka ketahuilah , bahawasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha bijaksana” (Al-Baqarah 208-209)



Buat kaum lelaki berwaspadalah jangan sesekali mendidik kaum wanita dengan mengikuti perintahnya kerana ia mencerminkan kejahilan anda , jangan jinakkan mereka dengan emas atau harta kerana mereka akan jadi liar dan kau semakin diperbodohkan, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan kerana mereka akan menderita dan kau akan sengsara. Maka pimpimlah mereka dengan jalan kebenaran, jalan yang diredhai Allah kerana kau akan dipersoalkan tanggungjawabmu itu wahai lelaki.

Ibnu Umar r.a berkata :Bersabda Rasulullah Saw :

“Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang mereka yg kamu pimpin. Raja yang memimpin rakyatnya dan suami pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumah tangga suami dan anak-anaknya. Maka kamu sekalian adalah pemimpin dan akan bertanggung jawab atas pimpinanmu”.(Riwayat Bukhari dan muslim)

Huzaifah berkata dia mendengar Rasulullah saw bersabda :

“Letakkanlah wanita pada kedudukan yang paling rendah lantaran Allah juga telah melakukan demikian” ( Razin dan Baihaqi)

Meletakkan mereka pada kedudukan yang paling rendah bermaksud bahawa Allah swt juga telah berfirman mengenai mereka selepas kaum lelaki di dalam Al-Quran. Begitu juga di dalam solat berjemaah , kaum wanita dikehendaki bersolat di bahagian terakhir. Di dalam kes persaksian, warisan dan pangkat Allah telah meletakkan wanita pada kedudukan kedua berbanding kaum lelaki.

Ana harap selepas ini jangan ada pula perasaan benci pada kaum ana, ana sekadar memberi peringatan pada golongan Adam supaya tak mudah leka, tak sedikit pun bermaksud nak mengecilkan atau merendahkan kaum ana sebabnya ana pun perempuan juga.

Buat muslimin kamu perlukan wanita, tanpanya hidupmu tak sempurna dan kamu tak akan ada di dunia ini, kamu perlukannya sebagai teman untuk menemanimu dalam meneruskan perjuangan, pendorong di kala kesulitan, penyuluh di kala kamu tersasar, pembakar semangat dan lain-lain.

“Apa yang tak ada dalam syurga sehingga Adam inginkan Hawa”

Penciptaan wanita ini tidak sia-sia, Allah menciptakan sesuatu, ada rahsia yang tersembunyi, ada hikmah ada kebaikannya.

Rasulullah saw bersabda :
“Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok , maka berlakulah baik pada wanita kamu” (Al-Bukhary dan muslim)

akhir sekali ana ingin sampaikan lagu ni khas buat kaum lelaki , hayati lirik lagu ini.


Ranjau berduri

Gerak langkahmu memikat hati ,
Lirik senyummu manis sekali,
Namun kini ,
Aku menyedari ,
Ia adalah ranjau berduri,

Yg semestinya daku lalui,
Untuk menguji iman di hati,
Setinggi mana ketakwaan,
Sekuat mana keimanan,

Janganlah kau cuba ,
Menggoda diriku,
Membuang waktu dan tenagamu,
Cintaku hanya cinta abadi ,
Cinta Allah, Allah hurabbi,

Allah ya Rahman , Allah ya Rahim,

Senyumanmu itu racun berbisa ,
Mengugat naluri menggoda jiwa,
Walau rupamu amat menawan ,
Namun ku tetap pilih yang beriman.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati