[Copyrights©2013] Disclaimer of UstazUwais.Com™

"...Salamun 'Alaikum. Wacana ini ku utarakan khas kepada sidang pembaca di alam maya ini. Sebarang komentar, kritikan serta tunjuk ajar amatlah dialu-alukan kerna kita manusia yang pelupa, selalu saja membuat kesilapan. Mungkin saja 1001 kekurangan terdapat dalam nota maya ini, namun mudah-mudahan Allah S.W.T. menerimanya sebagai wadah dakwah yang mabrur. Amin..."
Disclaimer
Kesemua Artikel/ Bahan/ Video di dalam blog ini ditulis/disiarkan adalah untuk kegunaan pendidikan, pembelajaran dan dakwah. Saya tidak bertanggungjawab atas bagaimana topik yang dibahas dalam dokumen ini yang diterapkan. Jika anda adalah pemilik hak cipta atau pemilik sebarang bahan di dalam web ini, sila hubungi saya. Saya akan memadamnya dengan segera. Saya akan kreditkan setiap artikel yang diambil dari web lain dan dari sumber-sumber lain. Untuk artikel yang ditulis sendiri oleh saya, anda bebas untuk menyebarkannya.
There Are No Copyright In Islam.
Apa yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk memaksa anda percaya 100% terhadap apa yang ditulis, tetapi lebih kepada mengajak anda berfikir dengan mendalam. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh dihantar melalui komen post, shoutbox, facebook, atau secara langsung di talian +6012.984.6388. Sesi konsultasi juga boleh dibuat jika perlu dan mengikut terma dan syarat yang dipersetujui. Lihat profile saya.

Showing posts with label Khutbah Jumaat. Show all posts

Prokol Yahudi (Zionis)



Salam semua. Khutbah hari ini Jumaat, 15 Februari 2013 akan mengupas tajuk berkenaan dengan Protokol Yahudi (Zionis) dan 5S (bukan sisih, susun, sapu, seragam, sentiasa amal). Insha-Allah, saya akan berkhutbah di Masjid Lama Batu 6, Jalan Gombak.

Sehubungan itu, saya berasa terpanggil untuk mendedahkan kepada pembaca sekalian mengenai protokol tersebut secara detail di sini kerana saya hanya menyentuh sedikit sahaja di dalam khutbah. Insha-Allah ada disediakan handout tentang protokol yahudi ini secara ringkas.


Protokol Yahudi telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apabila  seorang wanita perancis telah mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir muktamar rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Di dalam naskhah asalnya tidak digunakan kalimah “Yahudi” kecuali di dalam dua tempat sahaja. Ianya hanya menggunakan perkataan “Kita” dan “Orang bukan Yahudi”. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”. 

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Khutbah Jumaat Masjid Kubang Jelai May 8th 2009

Sifat Amanah

الحمد لله الذي هدانا لهذا وما كنا لنهتدي لولا أن هدانا الله. أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله اللهم فصل وسلم على سيدنا وحبيبنا محمد ابن عبد الله، وعلى آله ومن تبعهم بإحسان إلى يوم القيامة. أما بعد: فيا عباد الله! اتقوا االله حق تقاته واعلموا أن الله مع المتقين.

فقد قال الله تبارك وتعالى فى كلامه العظيم, بعد أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم،

يأيها الذين ءامنوا لا تخونوا الله والرسول وتخونوا أماناتكم وأنتم تعلمون.

صدق الله العلي العظيم.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sebelum mimbar Jumaat mengupas tajuk khutbah pada hari ini, dengan sukacitanya saya mengingatkan diri saya sendiri dan hadirin sekalian agar sama-sama meningkatkan ketaqawaan kita terhadap Allah S.W.T. dengan menyempurnakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya berpandukan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi kita junjungan mulia Muhammad S.A.W. agar kita berjaya di dunia dan akhirat InsyaAllah.

Mimbar Jumaat pada hari ini akan menghuraikan tajuk yang amat penting dalam masyarakat Islam iaitu: Sifat Amanah.

Saudara!

Di antara sifat-sifat terpuji yang wajib dimiliki oleh setiap peribadi muslim ialah sifat amanah. Sifat amanah merupakan salah satu daripada sifat-sifat Rasulullah S.A.W. Ianya sangat tinggi nilainya di sisi syariat Islam sehingga dianggap sebagai tidak beriman bagi orang yang tidak amanah. Tidak amanah juga menjadi satu tanda bagi orang munafik.

Tersebut di dalam hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Musim, maksudnya:

“Tanda orang munafiq tiga perkara: bila berkata-kata ia berdusta, bia berjanji ia mungkir, dan bila diberi amanah ia mengkhianatinya. Imam Muslim menambah, walaupun ia bersembahyang, berpuasa dan ia telah mengakui dirinya orang Islam.”

Melaksanakan amanah merupakan kerja yang sangat berat dipikul kerana amanah merupakan tanggung jawab yang akan disoal di hadapan Allah S.W.T. di padang Mahsyar kelak. Oeh kerana itulah, apabila Allah S.W.T. menawarkan amanah ini kepada makhluk-makhukNya untuk dilaksanakan, maka semua menolak dalam keadaan takut, gerun dan bimbang apakah ia dapat dilaksanakan ataupun tidak.

Allah S.W.T. berfiman:

إنا عرضنا الأمانة على السموات والأرض والجبال فأبين أن يحملنها وأشفقن منها وحملها الإنسان

إنه كان ظلوماً جهولاً.

Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-gunung. Tetapi semuanya enggan memikul amanah itu dan mereka takut (kerana khuatir tidak dapat melaksanakannya) lalu dipikullah amanah itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan jahil.

Apabila disebut amanah maka jangan disangka ia hanya merupakan barang-barang berharga yang diamanahkan untuk disimpan atau disampaikan kepada tuannya. Amanah sebenarnya merupakan hak-hak Allah, hak-hak diri sendiri, dan hak manusia atau makhluk Allah yang wajib ditunaikan; beriman kepada Allah serta RasulNya dan mentaati semua ajarannya adalah amanah, amar ma’ruf nahi mungkar adalah amanah, mengajak manusia mendirikan agama Allah dan syariatNya adalah amanah, mendidik anak-anak dan memelihara anak-anak yatim adalah amanah, menyampaikan ilmu dan berita-berita yang benar adalah amanah. Sembahyang, puasa, zakat, haji, menyempurnakan timbangan dan sukatan, menunaikan janji dan sebagainya adalah amanah. Mejaga hubungan sesama manusia, dan menunaikan hak-hak mereka adalah amanah. Saya ulang sekali lagi, menjaga hubungan sesama manusia dan silaturrahim juga adalah amanah. Oleh itu, setiap peribadi muslim wajib menunaikan hak-hak Allah, hak-hak Rasulullah S.A.W., hak-hak diri sendiri, hak-hak dua ibu bapa, hak-hak suami isteri, hak keluarga, hak jiran tetangga dan masyarakat setempat, hak majikan, hak ketua dan pemerintah, seterusnya hak rakyat dan masyarakat umum. Pendek kata, amanah itu ialah setiap perkara yang diserahkan kepada manusia untuk dijaga dan dipelihara, sama ada berupa harta-benda, amalan atau rahsia.

Sidang Jumaat sekalian,

Kekuasaan atau pangkat yang diperolehi oleh seseorang dengan cara yang benar adalah amanah yang besar yang dipertanggung jawabkan ke atasnya. Oleh itu, ia wajib ditunaikan dengan ikhlas, jujur dan sebaik-baiknya. Salah guna kuasa adalah satu pencabulan terhadap amanah Allah S.W.T.

Tersebut dalam hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: “barangsiapa di antara kamu yang aku lantik sebagai pegawai lalu ia menyembunyikan daripada kami seperti jarum atau lebih (yakni rahsia yang jahat), maka itulah satu pengkhianatan yang ia akan membawanya pada hari kiamat kelak”. Dalam hadis Riwayat Muslim: “Seorang pemerintah yang ditugaskan menjaga (kebajikan) rakyat tiba-tiba ia mati dalam keadaan menipu rakyatnya maka haram bau syurga ke atasnya.”

Ikhwanial muslimin,

Memilih pemimpin yang berkelayakan adalah amanah yang wajib ditunaikan oleh rakyat. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda maksudnya: “Sesiapa yang melantik seseorang untuk memimpin sesuatu jemaah sedangkan masih ada dari kalangan jemaah itu orang yang lebih layak daripadanya, maka sesungguhnya ia telah mengkhianati Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin.”

Justeru, golongan yang layak untuk menjadi pemimpin kita tentunya ialah golongan ulama’. Orang yang ‘alim dalam syariat Islam, orang yang rapat hubungannya dengan Allah, baik akhlaknya, luhur budi pekertinya. Barulah kita tidak mudah terpesong dari ajaran Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Marilah kita menjaga diri, keluarga, dan masyarakat kita agar kita sentiasa menjadi mukmin yang ikhlas, beramanah, dan beristiqamah dalam beragama serta membela maruah Islam di persada dunia.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم من جآء بالحسنة فله عشر أمثالها ومن جاء بالسيئة

فلا يجزى إلا مثلها وهم لا يظلمون. صدق الله العظيم.

بارك الله لي ولكم بالقرءان العظيم، ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم، وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم، أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات، والمؤمنين والمؤمنات، فاستغفروه! فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين. ©

Disediakan oleh:

[ qumfaanzir ]

®Uwais Al Qorny b. Ab. Latiff©

Maahad Al Manar,

Pasir Puteh, Kelantan.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Khutbah Jumaat Masjid Kubang Jelai April 13th

®إن الحمد لله الملك المعبود، الكريم المقصود، الخالق الجود، مجري الماء في العود، الواحد الأحد، تنزه عن الآباء والأبناء والأمهات والجدود. أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله، اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله و أصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الموعود.

أما بعد: فيا أيها الحاضرون! اتقوا الله تعالى حق تقاته ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون.

فقد قال الله تبارك وتعالى في محكم تنزيله: بعد أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم،

يأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالاً طيباً ولا تتبعوا خطوات الشيطان إنه لكم عدو مبين،

وقال أيضاً:

يأيها الذين ءامنوا كلوا من طيبات ما رزقناكم واشكروا لله إن كنتم إياه تعبدون،

صدق الله العلي العظيم.


Sidang Jumaat yang berbahagia,

Marilah kita sama-sama merafa’kan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. dengan penuh rasa ketaqwaan, dalam erti kata yang senenarnya, iaitu mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala perkara yang dilarangnya berpandukan Al-Quran & As-Sunnah serta gaya hidup yang telah dipusakai baginda Rasulullah S.A.W., mudah-mudahan kita akan dirahmati Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat.

Saudara!


Mimbar Jumaat hari ini merasa terpanggil untuk membincangkan mengenai topik yang amat relevan dengan kehidupan seharian kita. Berdasarkan 2 potongan ayat Al-Quran yang ana bacakan tadi, amat jelas kepada kita bahawa Allah S.W.T telah mempertanggung jawabkan kepada kita untuk mencari, mengguna serta berjual-beli dengan produk yang sah halalnya. Bukan setakat halal, bahkan ianya baik untuk kehipupan kita dari pelbagai aspek, fizikal, mental, intlektual & spiritual.


Sesuai dengan saranan ini, Dr Yusof Al-Qardhawi telah memfatwakan bahawa memboikot ekonomi Yahudi adalah fardhu ke atas individu muslim. Sampai hari ini kemarahan umat Islam terhadap rejim Zionis Yahudi laknatullah membuak-buak dan lantaran kekejaman yang dilakukan, tidak layak mereka di panggil sebagai manusia. Kejahatan dan primitif mereka mengalahkan haiwan di rimba atau manusia yang hidup di zaman batu. Suara laungan dari dunia bagaikan tepuk sorak kepada mereka untuk terus bermain bunga api di Genting Gaza. Rakyat Malaysia yang prihatin menyuarakan pandangan agar tindakan memboikot ekonomi Yahudi dan produk Amerika diteruskan walaupun KFC dan MILO terus mengencarkan serangan iklan di media elektronik. Boikot produk Amerika nampaknya masih belum memberi kesan, malah di celah-celah itu pula muncul suara yang mengujudkan keraguan tentang nasib pekerja-pekerja jika bisnes Yahudi itu ditutup.


Ikhwanil Muslimin!
Bagi mimbar Jumaat, kebangkitan ini perlu datang dari "institusi ulama’" kerana perubahan atau memboikot produk Yahudi dan Amerika, mestilah muncul dari keimanan kepada Allah dan Rasulnya. Jika datang dari keimanan terhadap Allah dan Rasul ,dengan sendiri mereka yang telah bekerja di kompeni-kompeni Yahudi sanggup melepaskan jawatan demi sebuah perjuangan.


Ulama’ juga perlu tampil meniupkan roh ummah yang sekian lama telah mati untuk berjuang demi agama. Inilah medan untuk kita buktikan sejauh mana keimanan terhadap AllahS.W.T. yang bersifat "Ar-Razzaq" (pemberi rezeki). Ini juga mengingatkan kita tentang maksud ucapan Rasululah S.A.W. kepada Bilal bin Rabah, "Infaqlah wahai Bilal, sesunguhnya Allah itu memiliki arash yang meliputi langit dan bumi". Boikot tidak akan berjaya ditengah-tengah situasi "kelesuan ulama’ dan kejahilan ummah. Ana ulang, boikot tidak akan berjaya ditengah-tengah situasi "kelesuan ulama’ dan kejahilan ummah. "Umat yang sedang tidur tidak akan bertindak meskipun api kian membakar seluruh rumahnya selagi usaha mengejutkannya tidak dilakukan.


Sidang Jumaat sekalian!

Tahukah saudara sekalian, Yahudi telah merencanakan pelbagai strategi untuk melesukan umat Islam? Tahukah kita semua, kita adalah mangsa penghinaan mereka? Tahukah kita, jumlah orang Yahudi di dunia ini hanya 5 juta orang, berbanding kita seramai 1.3 bilion? What are we doing? Apa kita sedang buat? Apa yang kita dah buat? ... nisbah orang Yahudi dan Islam ialah 1:260, mengapa kita tidak mampu untuk melawan mereka? Mengapa kita tak larat untuk menghancurkan mereka? Mengapa kita hanya membiarkan mereka melenyek kepala kita sewenang-wenangnya? Adakah kamu sedar bahawa saudara kita di Genting Gaza sedang dilanyak, diseksa, dibunuh dan dibakar dengan kejamnya? Apa kita tunggu lagi, kuatkan azam, teguhkan tekad, mantapkan iman, kita hancurkan mereka dengan melumpuhkan ekonomi mereka sehingga mereka tersungkur menyembah bumi. Mereka bakar saudara kita, kita bakar ekonomi mereka!


Saudaraku sekalian!

Sedar tidak sedar, tahu mahupun tidak tahu, pada produk-produk Yahudi, terdapat pelbagai racun pelesu, agen pelemah, patogen penyakit, yang boleh menggelapkan hati kita, lantas melesukan kekuatan rohani kita. Ekoran dari itu, mereka dengan mudahnya membedil, mengebom saudara kita di tanah Palestin sana, tanpa ada rasa takut terhadap umat Islam yang sekian ramainya.


Mimbar Jumaat berasa terkilan ketika ada sebahagian umat Islam yang mengatakan tidak mungkin hidup tanpa Pepsi, Coca-Cola, Pizza Hut, atau peralatan moden produk Amerika, katanya. Mimbar Jumaat ingin menegaskan bahawa, sesiapa yang memandang enteng terhadap pemboikotan produk US, dan membayar walaupun 1 ringgit untuk membeli produk tersebut, itu sama dengan kamu memberi mereka 1 peluru yang akan bersarang di dada saudaramu di Palestin. Setidak-tidaknya, dokongan seorang Muslim terhadap Palestin itu wujud dalam niat jihad dan mati syahid untuk membela Palestin. Sesiapa yang tidak pernah terlintas di hatinya untuk berjihad, maka dia mati dalam munafiq.


Ayyuhal ikhwatil imani wal islam!

Tidakkah kita berfikir? Tidakkah kita memiliki perasaan lagi? Tidakkah kita merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah dijadikan bahan ujikaji bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini telah dibiayai oleh wang kita dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan terhadap kita. Ana bertanya kita semua, dengan nama Allah, ana bertanya kita semua, atas nama ratusan bahkan ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahrul Bakr, di semenanjung Gaza, dan di Al-Quds, ana bertanya kita semua atas nama orang-orang yang syahid untuk kehormatan kita, ana bertanya kita semua atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad Ad-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya, diterajang peluru-peluru dari wang yang telah kita sumbangkan untuk mereka. KITA NAK JADI APA??!! Kita memiliki mata yang tidak dapat digunakan untuk melihat, kita memiliki telinga, tetapi kita tidak menggunanya untuk mendengar, kita memiliki hati, tapi tidak dapat merasakan lagi. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta mata hati, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendokong aksi keganasan mereka di dunia Islam. Boikot mereka sekarang! Dunia Arab dan Islam mesti bersatu agar menjadi kuat. Kembalilah dan persiapkan persenjataan kita. Kembalilah dan bangunkanlah ekonomi kita, dengan menyokong produk halal dan muslim agar kita dapat menghancurkan mereka!!

Justeru, mimbar Jumaat hari ini menyeru sidang jemaah sekalian, ayuh kita boikot produk Yahudi dan Amerika. Kita masih ada kompeni-kompeni muslim dan produk-produk halal sebagai alternatif. Beli, guna, dan juallah produk kita. Kalau bukan kita, SIAPA? Kalau bukan sekarang, BILA? Kalau bukan di sini, DI MANA?


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

بسم الله الرحمن الرحيم، والعصر إن الإنسان لفي خسر إلا الذين ءامنوا وعملوا الصالحات وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر.

بارك الله لي ولكم بالقرءان العظيم، ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم، وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم، أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات، والمؤمنين والمؤمنات، فاستغفروه! فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين. ©

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati