Bacaan Al-Quran dalam Solat Terawih pada malam ini bermula dari ayat pertama dari Surah Al-Anfal hingga ayat 89 dari Surah At-Taubah.
Surah Al-Anfal:
- Perjuangan Rasulullah S.A.W. dan orang-orang Islam menentang pencerobohan kaum musyrikin dalam peperangan Badar, yang berlaku dalam Bulan Ramadhan, dan akhirnya Islam mencapai kemenangan besar di medan perang.
- Dalam surah ini, umat Islam diperintahkan supaya sentiasa bersedia lengkap dengan kekuatan pertahanan dan senjata.
- Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W., kita disuruh untuk belajar 3 perkara; iaitu berenang, berkuda, dan memanah. - ketiga-tiga jenis sukan itu terbukti secara saintifik dan klinikal bahawa dapat mengoptimumkan fungsi organ tubuh manusia.
- Dengan berenang, paru-paru akan menjadi kuat dan tahan lasak, menghindari penyakit athmatic, lung infection, dsb.
- Dengan berkuda, spinal cord (saraf tunjang) dapat dapat diperbaiki dan dimaksimumkan fungsinya. artikel berkenaan spinal cord akan menyusul slps ini insyaA
llah.
- Fungsi memanah lebih kurang sama dgn menembak. Ia dapat memperbaiki sistem saraf (nervous system) dan meningkatkan fungsi kelenjar master seperti pitutari, pineal dsb dalam menghasilkan impuls elektrik utk merembeskan hormon-hormon tertentu.
- Surah ini mendedahkan rahsia orang munafiq yang berpura-pura Islam pada zahir, namun sebaliknya mereka kafir batinnya.
- Allah membuat deklarasi terhadap kaum musyrikin, oleh kerana mereka mencabuli perjanjian dgn Rasulullah S.A.W. maka perjanjian itu dibatalkan. Kemudian mereka diberi tempoh 4 bulan. Jika selepas tenpoh tersebut mereka masih belum menerima Islam, merekan akan dimusnahkan di mana sahaja mereka ditemui.
0 comments
salamun 'alaikum.
wacana ini kuutarakan kepada sidang pembaca di alam maya ini. sebarang komentar, kritikan serta tunjuk ajar amatlah dialu-alukan kerna kita manusia yang pelupa, selalu saja membuat kesilapan. mungkin saja 1000 kekurangan terdapat dalam artikel ini. Wallahu a'lam.