Manusia mempunyai beberapa sel otak. Semakin bertambahnya usia anda, semakin berkuranglah sel-sel ini. Pengurangan ini akan menjadi semakin bertambah jika sel otak jarang digunakan. Untuk mengelakkan terjadinya masalah penurunan sel otak, di bawah ada beberapa tips yang boleh diguna pakai:

- Perbanyakkan solat sunat seperti solat dhuha, solat hajat, tahajjud, qiyamulail.
- Perbanyakkan aktiviti fizikal misalnya marathon. Aktiviti fizikal boleh meningkatkan jumlah sel otak pada hippocampus iaitu bahagian otak yang mengatur memori dan proses belajar.
- Makan ikan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu kerana ikan mengandungi Omega-3. Khasiat ini dapat membantu peredaran oksigen ke otak dan memperbaiki membran yang mengelilingi sel otak.
- Cuba aktiviti yang baru, misalnya mencuba menu yang baru, pewangi baru dan aktiviti rutin harian yang baru. Ini akan membuatkan otak kamu lebih terangsang untuk lebih bekerja.
Jauhi makan ringan yang kaya dengan lemak. Lemak-lemak ini akan mengurangkan aliran darah yang kaya dengan oksigen ke otak.
0 comments
salamun 'alaikum.
wacana ini kuutarakan kepada sidang pembaca di alam maya ini. sebarang komentar, kritikan serta tunjuk ajar amatlah dialu-alukan kerna kita manusia yang pelupa, selalu saja membuat kesilapan. mungkin saja 1000 kekurangan terdapat dalam artikel ini. Wallahu a'lam.