Alhamdulillah. Tanggal 1 Julai 2013, saya telah dilantik sebagai Penolong Pendaftar Nikah @ Jurunikah bagi Qariah Masjid Lama Batu 6, Jalan Gombak, Selangor, di mana tempat saya bertugas sebagai Imam.

Pada posting kali ini, sukacita saya memberi panduan ringkas buat pembaca di luar sana yang bakal terlibat dengan prosedur nikah khususnya di negeri Selangor Darul Ehsan.

Bermula Februari 2013, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menguatkuasakan permohonan Nikah, Cerai, dan Rujuk secara online. Hal demikian akan memudahkan ramai pihak, lebih-lebih lagi teknologi masakini yang kian canggih. Namun begitu, ada segelintir golongan yang kurang celik IT berasa kurang senang dan tidak betah dengan kemudahan yang diperkenalkan. Bagi golongan ini, mereka berpendapat prosedur pernikahan kini semakin rumit dan cerewet. "Leceh!" Kata mereka. Bagi kebanyakan masyarakat luar dan pinggir bandar, memang agak melecehkan, kerana kemudahan capaian Internet agak terhad.

Sehubungan itu, di sini saya menyediakan beberapa panduan dan alternatif kepada anda supaya memudahkan semua pihak.

Langkah 1
Hadir Kursus Pra-Perkahwinan.

Langkah 2
Bertunang - Jika belum/perlu. - berdasarkan perbincangan kedua-dua belah pihak bakal pengantin.

Langkah 3
Isi borang permohonan Nikah. Ada 4 cara:

Cara A: Bagi yang betah dengan Internet, mudah sahaja muat turun 3 jenis dokumen, Senarai Semak Pengantin Lelaki, Senarai Semak Pengantin Perempuan ATAU Senarai Semak Poligami, dan Panduan Permohonan Nikah Secara Online.

ATAU

Cara B: Jika sudah biasa, langsung pergi ke laman web ncr.jais.gov.my dan klik "Baru? Daftar di sini". Ikut arahan selanjutnya.

ATAU

Cara C : Terus pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur, Keramat AU2. Mintak tolong pegawai bertugas di kaunter untuk bantu anda isi borang nikah tersebut.

ATAU

Cara D : Berjumpa Saudara Jamal 017-3566 557 untuk dapatkan dokumen berkaitan. (Bagi pemohon yang bermastautin di Qariah Masjid Lama Batu 6, Gombak.

Langkah 4
Lengkapkan semua jenis borang dan lampirkan dokumen sokongan (sila rujuk senarai semak). Borang 2A untuk Pengantin Lelaki. Borang 2B untuk poligami. Borang 2C DAN 2D untuk pengantin perempuan. Bagi pemastautin yang alamat IC nya berbeza dengan tempat tinggal semasa, pemohon mestilah mengisi Borang 1 (Borang Akuan Pemastautinan)


Prosedur Pihak Pengantin Lelaki



Prosedur Pihak Pengantin Perempuan


  1. Hadir Kursus Pra Perkahwinan
  2. Lengkapkan Borang 2C dan 2D
  3. Dapatkan Pengesahan dari Penolong Pendaftar Nikah qariah anda.
  4. Serahkan kan semua borang dan dokumen ke PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) masing-masing. Kalau Qariah Masjid Lama Batu 6, Gombak, PAID di Keramat AU2 (daerah Gombak Timur) sila klik sini untuk peta.
  5. Permohonan anda akan diproses dalam masa 1 hari bekerja. Anda akan menerima 2 jenis borang, 3C (Surat kebenaran nikah) dan 4A (Rekod Akad Nikah)
  6. Serahkan kepada PPN qariah masing-masing.
  7. Akad Nikah dijalankan.
  8. Ambil Surat Perakuan Nikah di JAIS / PAID dalam masa 7 hari bekerja.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati