Alhamdulillah. Tanggal 1 Julai 2013, saya telah dilantik sebagai Penolong Pendaftar Nikah @ Jurunikah bagi Qariah Masjid Lama Batu 6, Jalan Gombak, Selangor, di mana tempat saya bertugas sebagai Imam.
Pada posting kali ini, sukacita saya memberi panduan ringkas buat pembaca di luar sana yang bakal terlibat dengan prosedur nikah khususnya di negeri Selangor Darul Ehsan.
Bermula Februari 2013, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menguatkuasakan permohonan Nikah, Cerai, dan Rujuk secara online. Hal demikian akan memudahkan ramai pihak, lebih-lebih lagi teknologi masakini yang kian canggih. Namun begitu, ada segelintir golongan yang kurang celik IT berasa kurang senang dan tidak betah dengan kemudahan yang diperkenalkan. Bagi golongan ini, mereka berpendapat prosedur pernikahan kini semakin rumit dan cerewet. "Leceh!" Kata mereka. Bagi kebanyakan masyarakat luar dan pinggir bandar, memang agak melecehkan, kerana kemudahan capaian Internet agak terhad.
Sehubungan itu, di sini saya menyediakan beberapa panduan dan alternatif kepada anda supaya memudahkan semua pihak.
Langkah 1
Hadir Kursus Pra-Perkahwinan.
Langkah 2
Bertunang - Jika belum/perlu. - berdasarkan perbincangan kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
Langkah 3
Isi borang permohonan Nikah. Ada 4 cara:
Cara A: Bagi yang betah dengan Internet, mudah sahaja muat turun 3 jenis dokumen, Senarai Semak Pengantin Lelaki, Senarai Semak Pengantin Perempuan ATAU Senarai Semak Poligami, dan Panduan Permohonan Nikah Secara Online.
ATAU
Cara B: Jika sudah biasa, langsung pergi ke laman web ncr.jais.gov.my dan klik "Baru? Daftar di sini". Ikut arahan selanjutnya.
ATAU
Cara C : Terus pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur, Keramat AU2. Mintak tolong pegawai bertugas di kaunter untuk bantu anda isi borang nikah tersebut.
ATAU
Cara D : Berjumpa Saudara Jamal 017-3566 557 untuk dapatkan dokumen berkaitan. (Bagi pemohon yang bermastautin di Qariah Masjid Lama Batu 6, Gombak.
Langkah 4
Lengkapkan semua jenis borang dan lampirkan dokumen sokongan (sila rujuk senarai semak). Borang 2A untuk Pengantin Lelaki. Borang 2B untuk poligami. Borang 2C DAN 2D untuk pengantin perempuan. Bagi pemastautin yang alamat IC nya berbeza dengan tempat tinggal semasa, pemohon mestilah mengisi Borang 1 (Borang Akuan Pemastautinan)
Prosedur Pihak Pengantin Lelaki
Prosedur Pihak Pengantin Perempuan
- Hadir Kursus Pra Perkahwinan
- Lengkapkan Borang 2C dan 2D
- Dapatkan Pengesahan dari Penolong Pendaftar Nikah qariah anda.
- Serahkan kan semua borang dan dokumen ke PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) masing-masing. Kalau Qariah Masjid Lama Batu 6, Gombak, PAID di Keramat AU2 (daerah Gombak Timur) sila klik sini untuk peta.
- Permohonan anda akan diproses dalam masa 1 hari bekerja. Anda akan menerima 2 jenis borang, 3C (Surat kebenaran nikah) dan 4A (Rekod Akad Nikah)
- Serahkan kepada PPN qariah masing-masing.
- Akad Nikah dijalankan.
- Ambil Surat Perakuan Nikah di JAIS / PAID dalam masa 7 hari bekerja.
9 comments
Comment by Anonymous on September 1, 2013 at 3:48 PM
Assalammualaikum ustaz de email tak.?..saya nak tanya soalan la terima kasih
Comment by suhela on September 27, 2013 at 4:02 PM
Saya juga nak tanya beberspa soalan. Bolehkah ustaz bagi email atau phone no. Terima kasih
Comment by Ann on December 23, 2013 at 10:35 AM
Assalammualaikum ustaz,
saya nak tanya, saya berasal dari Sabah, akan menikah di selangor. Masalah saya adalah buat masa sekarang wali saya masih berada di sabah, beliau hanya akan datang semasa majlis pernikahan saya. Boleh kah saya dapat pengesahan dari penolong pendaftar nikah tanpa kehadiran wali saya?
Comment by j03zul on January 31, 2014 at 9:54 PM
salam,
nak tanya, kenapa kakak saya baru ni kata, pejabat agama hendak surat nikah mak dan bapa. perlu ke? kalau dah tak ada, tak boleh ke? pasal dah dekat 50 tahun dah. dan arwah bapa pun dah lama meninggal. mak pun dah tak berapa ingat.
Comment by Anonymous on March 31, 2014 at 9:15 AM
nak tanye borang 4A tu PPN isi atau kita yang isi..
Comment by Anonymous on April 4, 2014 at 5:53 PM
Ust. Kalau pasangan saya dari Britain dan datang ke Malaysia semata-mata untuk berkahwin dengan saya. Perlukah juga dia mengisi borang NCR tersebut. Kalau perlu isi, nak guna alamat mana pula?
Comment by Anonymous on May 1, 2014 at 5:41 PM
Mintak pemjelasan jika dua2 bakal pengantin Dari klang ingin bernikah digombak APA perlu buat
Comment by Unknown on May 17, 2015 at 2:28 PM
Salam ustaz, ingin brtanya mengenai borg yg perlu kami lengkapkn. IC sy wilayah tetapi sy menetap di kajang dlm msa yg sma sy mmpunyai alamat k2 d ampg dmna ayah sy menetap dsitu brsme ibu tiri sy. Bakal sy IC selangor tetapi alamat semasa KL dan dia sering brpindah tempat tgl kerana mnyewa. Borang apa yg perlu kami lengkapkn? Adakah dbenarkn seandainya sy mengunakn alamat yg sma dngan sy utk bakal kerana sy mnggunakan alamat tetap? Minta jasa baik ustaz atau sesiapa yg mngetahui utk menerangkn prkara ini dgn lebih mendalam. aznami94@gmail.com terima kasih
Comment by Unknown on May 17, 2015 at 2:29 PM
Maklumat tambahan, majlis akad sy brcdg utk diadakn di kjg
salamun 'alaikum.
wacana ini kuutarakan kepada sidang pembaca di alam maya ini. sebarang komentar, kritikan serta tunjuk ajar amatlah dialu-alukan kerna kita manusia yang pelupa, selalu saja membuat kesilapan. mungkin saja 1000 kekurangan terdapat dalam artikel ini. Wallahu a'lam.