Oleh: dewa

"Mahkamah baru saja meluluskan permohonan gereja untuk menggunakan nama Allah sesuka hati untuk merujuk kepada Tuhan. Hakim non-Muslim ini memutuskan bahawa permohonan Gereja mesti diluluskan dalam hal ini. Artikel dan ulasan dikemukakan:

"Mahkamah putuskan perkataan 'Allah' boleh digunakan Herald Catholic Weekly
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly. 

Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik. Permohonan bagi semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan Herald Catholic Weekly itu dikemukakan oleh Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam. 

Pada 16 Februari lalu, Pakiam, sebagai penerbit akhbar berkenaan, mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan semakan semula penghakiman selepas permohonan serupa pada 2008 dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008.

Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Pakiam yang bertindak sebagai pemohon, menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden, pertama dan kedua. 

Pakiam, antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang beliau menggunakan perkataan 'Allah' dalam He-rald Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan 'Allah' bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam saja."
Berikut pula link artikel Dr.Asri yang setuju:
Selepas ini, banyaklah ayat seperti dibawah dari golongan non-Muslim:
Jesus anak Allah.
Mary anak Allah.
Allah membenarkan kita minum arak secara sederhana.
Allah tidak melarang kita dari memakan babi.
Kalau kita berdosa kepada Allah, jumpalah paderi untuk pengampunan.
Tidak mengapa seks bebas sebelum kawin, tiada hukuman sekalipun Allah lebih suka kita berkahwin'.
Ini dan banyak lagi akan timbul kerana "Allah" bebas digunakan semua. 
Banyak lagilah.
Sekalipun saya bukan dari bidang agama (BA) macam ulamak-ulamak besar yang tak kisah sangat isu ni, saya 100% tak setuju. Wassalam.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati