Assalamualaikum. dan salam sejahtera.

Semalam saya telah ke Putrajaya untuk membuat pasport. Saya belum pernah mempunyai pasport sendiri. masa kecik2 dulu, baba saya yang settlekan masa nak pergi mekah untuk haji dan umrah.

Saya bercadang nk ke Singapore awl oktober ni, ke Kemboja awl december, dan umrah pada 19 dec akhir thn ni. jadi saya kena ada passport.

So, nk cerita betapa susah nya nk buat pasport, kalau xbiasa. artikel ni saya sediakan untuk mepermudahkan pembaca maya ni yg akan membuat urusan pasport supaya masalah teknikal yg berlaku pada saya tak berlaku pada anda.

Mula-mula anda mestilah pergi ke Jabatan Imigresen Malaysia. Kalau di Putrajaya tu, berhadapan dengan JPN di Presint 2. Imigresen tu 1 bangunan dengan Jabatan Audit Negara. Terus ke aras 1, bhgn pasport.
pergi kaunter1 utk amik borang. anda akan diminta utk fotostat IC dan foto terkini anda 2keping. Untuk keselamatan antarabangsa, bg mereka yg lebai, foto anda xperlu pakai kopiah, serban dll yg sewaktu dgn nya. lebih2 lg kalau anda nk ke negara  thai dll.

Pastikan cip mykad anda berfungsi dengan baik. Jika tidak, anda akn diminta ke JPN tingkat 2 (bhg. kad pengenalan) utk mengambil KPPK 09 (Kad Pintar Pengenalan Kerajaan) atau lebih dikenali sbg kad pengenalan sementara. Dokumen ke2 yg anda perlukan adalah sijil kelahiran anda. Jika anda tidak bawa bersama surat beranak anda, atau hilang dsb, anda boleh membuat cabutan surat beranak di tingkat 3 (bhg. kelahiran dan kematian) di JPN.

Kos untuk buat KPPK 09 ialah RM10 dan anda boleh buat kutipan Mykad baru anda dlm tempoh 1hr bekerja di JPN Putrajaya di Kaunter 23. Manakala anda boleh membuat cabutan surat beranak pd hr yg sama secara percuma dgn syarat surat beranak anda telah pun dikemaskini. Seperti kes saya, saya lahir di Kota Bharu, dan JPN Putrajaya perlu menghubungi JPN Kota Bharu untuk follow up pengemaskinian sijil kelahiran saya. Agak kurang bernasib baik, saya membuat urusan pada hari Jumaat, bermakna, JPN KB sedang bercuti, offline. Solusinya, saya terpaksa menunggu sehingga 7hr bekerja untuk membuat kutipan cabutan surat beranak. Leceh kn? Semua nya berpunca gara2 cip mykad saya yg rosak. Bagaimanapun, saya berharap anda tak akan mengalami insiden seperti saya. Jadikan iktibar (^_^)

Apabila anda sudahpun memiliki 2 dokumen tersebut iaitu, Surat Beranak dan KPPK 09, anda dikehendaki fotostat ke2-2 dokumen tersebut dan serahkan bersama2 dgn borang permohonan pasport malaysia yg telah pun siap diisi lengkap bersama kepilan 2 keping gambar.

Setelah anda diberi nombor giliran, anda perlu menunggu di ruang menunggu sehingga nombor anda dipanggil untuk proses pengesahan cap jari. Setelah selesai, anda perlu menunggu lagi untuk membuat bayaran di kaunter 5 (juruwang) sebanyak RM300.

Sebagai info tambahan untuk anda, anda boleh memfotostat dokumen anda di aras 2 sebelah kafeteria Imigresen ataupun aras bawah (ground floor) di JPN.

Berikut ini saya sediakan langkah-langkah mudah untuk anda.

  1. Buat urusan anda pada hari Isnin pukul 8pg untuk mengelakkan masa anda tergendala. (ini berdasarkan pengalaman saya)
  2. sediakan foto terkini anda 2keping
  3. bawa surat beranak dan salinan fotostat IC (pastikan cip Mykad anda berfungsi dgn baik- cara nak mengesahkan cip Mykad anda berfungsi atau tidak: masukkan mykad anda pada slot kad Dekorder Astro di rumah anda - kalau detect.... bermakna ok la tu)
  4. Sebenarnya surat beranak tak perlu pon sebenarnya, tapi sediakan payung sebelum hujan. kalau2 cip mykad rosak.
  5. Sediakan wang sekurang2nya RM350 termasuk kos urusan pasport, IC, cabutan surat beranak, fotostat dokumen, tambang pergi balik Nilai - Putrajaya.
  6. Setelah anda selesai membuat bayaran di kaunter 5 anda perlu tunggu 2jam sementara passport anda di diproses.
  7. Keseluruhan masa yg diperlukan seperti kes saya ni ialah lebih kurang 8jam.
  8. Jika tiada masalah cip mykad rosak anda hanya perlu 3jam dan anda bebas pergi ke mana2 kecuali negara2 terlarang.
p/s: jika anda ingin maklumat lanjut mengenai urusan passport, sila hubungi saya di talian 0129846388 atau 0199604740

Kesimpulannya: sistem pengurusan dokumen peribadi Malaysia masih belum berada di tahap perkhidmatan yg memuaskan dan tidak cukup canggih berbanding yg didakwa KERAJAAN. Indah khabar dr rupa. Perasaan teruja anda  tatkala melihat suasana Putrajaya, keindahan seni bina, infrastruktur, tasik, bangunan yg gah2, akan HANCUR apabila anda membuat urusan di pejabat kerajaan kerana mereka tidaklah seprofessional yg seperti disangkakan. inilah hakikat 1Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati