Assalamualaikum. dan salam sejahtera.
Semalam saya telah ke Putrajaya untuk membuat pasport. Saya belum pernah mempunyai pasport sendiri. masa kecik2 dulu, baba saya yang settlekan masa nak pergi mekah untuk haji dan umrah.
Saya bercadang nk ke Singapore awl oktober ni, ke Kemboja awl december, dan umrah pada 19 dec akhir thn ni. jadi saya kena ada passport.
So, nk cerita betapa susah nya nk buat pasport, kalau xbiasa. artikel ni saya sediakan untuk mepermudahkan pembaca maya ni yg akan membuat urusan pasport supaya masalah teknikal yg berlaku pada saya tak berlaku pada anda.
Mula-mula anda mestilah pergi ke Jabatan Imigresen Malaysia. Kalau di Putrajaya tu, berhadapan dengan JPN di Presint 2. Imigresen tu 1 bangunan dengan Jabatan Audit Negara. Terus ke aras 1, bhgn pasport.
pergi kaunter1 utk amik borang. anda akan diminta utk fotostat IC dan foto terkini anda 2keping. Untuk keselamatan antarabangsa, bg mereka yg lebai, foto anda xperlu pakai kopiah, serban dll yg sewaktu dgn nya. lebih2 lg kalau anda nk ke negara thai dll.
Pastikan cip mykad anda berfungsi dengan baik. Jika tidak, anda akn diminta ke JPN tingkat 2 (bhg. kad pengenalan) utk mengambil KPPK 09 (Kad Pintar Pengenalan Kerajaan) atau lebih dikenali sbg kad pengenalan sementara. Dokumen ke2 yg anda perlukan adalah sijil kelahiran anda. Jika anda tidak bawa bersama surat beranak anda, atau hilang dsb, anda boleh membuat cabutan surat beranak di tingkat 3 (bhg. kelahiran dan kematian) di JPN.
Kos untuk buat KPPK 09 ialah RM10 dan anda boleh buat kutipan Mykad baru anda dlm tempoh 1hr bekerja di JPN Putrajaya di Kaunter 23. Manakala anda boleh membuat cabutan surat beranak pd hr yg sama secara percuma dgn syarat surat beranak anda telah pun dikemaskini. Seperti kes saya, saya lahir di Kota Bharu, dan JPN Putrajaya perlu menghubungi JPN Kota Bharu untuk follow up pengemaskinian sijil kelahiran saya. Agak kurang bernasib baik, saya membuat urusan pada hari Jumaat, bermakna, JPN KB sedang bercuti, offline. Solusinya, saya terpaksa menunggu sehingga 7hr bekerja untuk membuat kutipan cabutan surat beranak. Leceh kn? Semua nya berpunca gara2 cip mykad saya yg rosak. Bagaimanapun, saya berharap anda tak akan mengalami insiden seperti saya. Jadikan iktibar (^_^)
Apabila anda sudahpun memiliki 2 dokumen tersebut iaitu, Surat Beranak dan KPPK 09, anda dikehendaki fotostat ke2-2 dokumen tersebut dan serahkan bersama2 dgn borang permohonan pasport malaysia yg telah pun siap diisi lengkap bersama kepilan 2 keping gambar.
Setelah anda diberi nombor giliran, anda perlu menunggu di ruang menunggu sehingga nombor anda dipanggil untuk proses pengesahan cap jari. Setelah selesai, anda perlu menunggu lagi untuk membuat bayaran di kaunter 5 (juruwang) sebanyak RM300.
Sebagai info tambahan untuk anda, anda boleh memfotostat dokumen anda di aras 2 sebelah kafeteria Imigresen ataupun aras bawah (ground floor) di JPN.
Berikut ini saya sediakan langkah-langkah mudah untuk anda.
- Buat urusan anda pada hari Isnin pukul 8pg untuk mengelakkan masa anda tergendala. (ini berdasarkan pengalaman saya)
- sediakan foto terkini anda 2keping
- bawa surat beranak dan salinan fotostat IC (pastikan cip Mykad anda berfungsi dgn baik- cara nak mengesahkan cip Mykad anda berfungsi atau tidak: masukkan mykad anda pada slot kad Dekorder Astro di rumah anda - kalau detect.... bermakna ok la tu)
- Sebenarnya surat beranak tak perlu pon sebenarnya, tapi sediakan payung sebelum hujan. kalau2 cip mykad rosak.
- Sediakan wang sekurang2nya RM350 termasuk kos urusan pasport, IC, cabutan surat beranak, fotostat dokumen, tambang pergi balik Nilai - Putrajaya.
- Setelah anda selesai membuat bayaran di kaunter 5 anda perlu tunggu 2jam sementara passport anda di diproses.
- Keseluruhan masa yg diperlukan seperti kes saya ni ialah lebih kurang 8jam.
- Jika tiada masalah cip mykad rosak anda hanya perlu 3jam dan anda bebas pergi ke mana2 kecuali negara2 terlarang.
Kesimpulannya: sistem pengurusan dokumen peribadi Malaysia masih belum berada di tahap perkhidmatan yg memuaskan dan tidak cukup canggih berbanding yg didakwa KERAJAAN. Indah khabar dr rupa. Perasaan teruja anda tatkala melihat suasana Putrajaya, keindahan seni bina, infrastruktur, tasik, bangunan yg gah2, akan HANCUR apabila anda membuat urusan di pejabat kerajaan kerana mereka tidaklah seprofessional yg seperti disangkakan. inilah hakikat 1Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
27 comments
Comment by Anonymous on April 18, 2010 at 6:59 PM
Assalamu'alaikum...
Terima kasih atas info di atas..sangat berguna...esok saya nak buat passport. Saya dah cuba masukkan kad pengenalan di slot kad Dekoder Astro, tapi tak ada apa-apa yg keluar. Nak kata cip rosak, saya pernah berurusan di kaunter tabung haji, dan mereka pernah masukkan kad pengenalan saya di kad dekoder mereka dan tiada masalah. Kena masuk slot kad ke-2 atau pertama? harap-haraplah dipermudahkan segala urusan esok..amin...
Comment by Anonymous on April 19, 2010 at 7:32 PM
Saya nak berkongsi info, pejabat imigresen - untuk buat passport antarabangsa telah berpindah ke presint 15, berhampiran bank rakyat, mydin dan precint diplomatik...alhamdulillah kad pengenalan tak ada masalah, cuma kecewa la sikit tadi bila dah sampai presint 2, tiba-tiba kena pergi presint 15 pula...1 jam lebih juga menunggu untuk dapatkan passport pertama saya. Alhamdulillah semua dah selesai...
Comment by Anonymous on June 19, 2010 at 10:18 PM
gempak blog nih...
SUKA
Comment by nur fatihah musa on July 14, 2010 at 4:52 PM
thnx sgt2 sbb sgt berguna segala mcm info ni..
esok sy pon nk g wat passport, slamatla terserempak blog ni...bley prepare awl2..hehehehehe
Comment by Anonymous on November 18, 2010 at 8:47 PM
Salam kebetulan esok saya pun nak buat pasport...terima kasih atas tips2 yang diberikan!
Comment by Anonymous on January 4, 2011 at 12:36 PM
time kasih atas info tu..sgt bguna..;)
Comment by Anonymous on March 25, 2011 at 9:42 AM
tq!
Comment by Anonymous on May 19, 2011 at 11:58 PM
salam bro..ok la tu 8 jamdh dpt..cuba bro hidup 20 thun yg dulu..at least 2-3 bulan nk dpt pasport bro..bersyukur lah sama..saya dh nk kali buat paport kdg tak smpi 2 jam pun...just because your experience did not go well with the immigration department don't curse the while system..
Comment by Anonymous on July 6, 2011 at 5:39 AM
tq... panduan ini amat berguna. cuma harap kikiskan budaya sindir-menyindir, mengumpat tapi semarakkan budaya bangsa Malaysia yang lebih suka memberi kritikan membina...
Comment by Anonymous on July 12, 2011 at 7:42 AM
Salam...tq atas info tuan =)
Comment by cheap & economical shop on September 15, 2011 at 11:14 PM
tqvm...info yg sangat2 berguna..
Comment by Anonymous on November 17, 2011 at 12:18 PM
jangan menipu diri sendiri. Memang betul apa yang penulis katakan. Malaysia hanyalah indah khabar dari rupa. Dari sebesar-besar hal nak buat passport sampailah ke urusan kaunter perkhidmatan yang lain, cthnya bagi saya kaunter pusat pengajian siswazah ukm, semuanya serba tidak profesional. Cth mudah saya nak pulangkan jubah konvo yang lewat pun mengambil masa hampir setengah hari (yg sepatutnya jika komunikasi antara PPS dan bendahari dilakukan dgn baik, it should only takes about 15 mins). Ini betul2 membuangkan masa, menjadikan rakyat malaysia tak proaktif. Perkara ini bukan untuk menyindir atau sebagainya tapi untuk perubahan dilakukan. Memang servis kerajaan di tahap menyedihkan. Semua nak masuk kerja lambat, balik awal, in the meantime beberapa kali nak gi sarapanlah, minum pagilah, lunchlah, minum petanglah..that's y..we need to CHANGE!!
Comment by Affan Franco on November 23, 2011 at 12:05 AM
betul ke rm300??ada seseorang bagithu passport rm100 je
Comment by Affan Franco on November 23, 2011 at 12:06 AM
betul ke rm300??lau sy yg umur 18 mcmana??dh masuk 18..ada org kata hanya rm100..
Comment by Anis on November 23, 2011 at 3:45 PM
Terima kasih atas infi yg sgt informatif.... Esok saya nak buat passport nak g Singapore.... TQ...TQ....TQ
Comment by chloe on January 28, 2012 at 11:07 AM
kalau seseorang umurnya ialah 18 tahun...dia masih perlu membawa ibubapa untunk membuat pasport??
Comment by Unknown on January 30, 2012 at 7:37 AM
mesti cukup umur 18thn bulan dan harinya. contoh, kalau birthdate sy 10 april, jd maka kena tgu 10 april 2006 bru cukup 18. bila dh cukup umur 18, maka x perlulah bwk parents.
Comment by Unknown on March 7, 2012 at 1:14 PM
Salam,
Sebagai tambahan info bagi pengunjung blog Ustaz yang masih tertanya-tanya tentang bayaran untuk membuat passport Antarabangsa Malaysia :
RM 100 - untuk 2 tahun.
RM 300 - untuk 5 tahun.
Mukasurat passport juga sudah bertambah dari 32ms ke 48ms.
Harap info ini dapat membantu.
Wslm.
Comment by Anonymous on March 19, 2012 at 11:36 AM
Salam...
Nak tnya..kalau buat passport yg mukasurat 32 atau 48 tu , bayarannya sama jugak ke?...
Comment by Anonymous on April 21, 2012 at 8:22 AM
negara terlarang tu negara ape????and kite bole pegi mane-mane negara je ke dgn pssport tu???
Comment by bff ( bunda faris n fazrin) on April 26, 2012 at 3:37 PM
Salam Negara terlarang Israel.tx info nya esok saya nak urus pasport baby saya.di port Klang boleh kan..bab dekat dari rumah. Seingat saya waktu urus pasport anak pertama cuma 2 jam je.mungkin karenatak seramai di putra jaya kot.tq info berguna nya.
Comment by Anonymous on December 9, 2012 at 9:50 AM
Slm. Sya dgn hubby bru je buat pasport. So nak certa sikit.... heheee. Kami buat kt imgrsn cwgn kajang. Layanan ok..best dia org lyn. Penerangan pun cukup.. sbnrnya ada bbrpa kes...
1. Org sem yg bt kat semenanjung - x yah bwa surat branak. Bwa ic, 2 kpg gmbr dan 2 salinan ic je. X pyh printout borng pun sbb kat sana nnti dia org yg akn isikan. Siap dlm 1 jam je. Heheeee.
2. Org sabah/swrk yg bt kat semenanjung - kena bwa surat lahir, ic, 2kpg gmbr dan 2 salinan ic. Same juga x yah priny out borang dr intrnt sbb dia orng akn isikan. Tapi....hehe ni yg susah sikit, kalau org sbh akan siap dalam tempoh 5 hari keja. Sbb imgrsn akn kol kat sbh dulu nk minta pengesahan. Da lulus bru boleh proses.
3. Org sbh/swk yg bt kat tmpt sndri - x pyh bwa surat brnk,. Bwa ic dan 2 kpg gmbr je. Tempoh siap pon 1 jam je.....heheeee.
Kalau kat cwgn kjg ni ok sbb dpn pintu imgrsn tu ada pkhmtn fotostat dn ambik gmbr. Hehee senang kn..pendek kata klu bt tmpt sdri x yah bwa surat lahir...kecuali klu bt tmpt lain. Org sem bt kat sbh atau swk pun kna bwa surt lhr. Tu yg pegwai tu ckp laa.....
Comment by administrator on March 22, 2013 at 8:56 PM
nice sharing guys.... very helpful...
Comment by Unknown on April 29, 2014 at 6:44 PM
Comment by Unknown on April 29, 2014 at 6:45 PM
kalau takde surat beranak bole ker buat passport?
Comment by Unknown on April 29, 2014 at 6:48 PM
saya org sabah tp surat beranak saya takda.....bole ker buat passport??????tolong bantu saya
Comment by Unknown on April 29, 2014 at 6:49 PM
kalau takde surat beranak boleh ker buat passport?????
salamun 'alaikum.
wacana ini kuutarakan kepada sidang pembaca di alam maya ini. sebarang komentar, kritikan serta tunjuk ajar amatlah dialu-alukan kerna kita manusia yang pelupa, selalu saja membuat kesilapan. mungkin saja 1000 kekurangan terdapat dalam artikel ini. Wallahu a'lam.