Sebuah Peperangan yang Diselesaikan oleh Buhaithah. ﺑﺤﻴﺜﺔ



Dalam sejarah Arab sebelum zaman kedatangan Islam... ketika Jahiliah berleluasa, ada sebuah peperangan yang panjang - turun temurun, selama 40 tahun. Perang itu dinamakan Harbu Ad-Dahis (حرب الداحس).





Harbu bermaksud perang. Dahis pula merujuk kepada nama seekor kuda Arab baka asal yang paling pantas ketika itu. Dari segi bahasa, Dahis membawa maksud "berturut-turut, tak henhi-henti, berterusan". Kuda ini dimiliki oleh Qais bin Zuhair Al-'Absyi, seorang tokoh Arab.

Seekor lagi kuda bernama Al-Ghabra' (الغبراء) yang dimiliki oleh Huzaifah bin Badar Az-Zibyani daripada Bani Zibyan. Al-Ghabra' dari segi bahasa bermaksud "mangkuk debu". Mangkuk debu merujuk kepada

Peperangan bermula apabila sebuah krisis terjadi antara 2 puak ini, 'Absy dan Zibyan. Mereka ini seumpama kumpulan mafia yang berebut kawasan masing-masing, iaitu kabilah yg kononnya dijaga mereka. Bila berlaku perebutan, nak selesai, mereka berlumba kuda yang mengambil masa berhari-hari

Perlumbaan yg sengit pun bermula, merentasi padang pasir, meredah hutan, melerengi bukit bukau.

Puak Zibyan main tipu helah untuk mencuri fokus Dahis, tatkala Dahis potong Ghabra', akhirnya Ghabra' menang.

Terbukti tipu, gaduh lagi. Tak selesai masaalah. Berlakulah Harbud Dahis yg memakan masa 40 tahun.

Bagaimana peperangan itu boleh berhenti. Itu persoalannya.

40 tahun kemudian. Kepala kabilah Arab, Sayyidul Arab, Al-Harith bin 'Auf. Terkenal dengan harta, pengaruhnya, akhlaknya yang sopan.

Suatu pagi dia keluar bersiar-siar bersama sahabatnya, Kharijah bin Sinan. Ketika sedang berjalan-jalan, Al-Harith bertanya kepada Kharijah, "Dalam banyak-banyak khemah-khemah Kabilah Arab ni, kau agak-agak khemah mana yang akan tolak jika aku pinang anak perempuan mereka, kerana aku Sayyidul Arab?".

Kharijah bin Sinan berkata, "Kalau kau pinang anak perempuan Aus At-To'i, beliau barangkali berani tolak pinangan kau."

Orang lelaki, pemimpin pulak tu, pantang dicabar. "Ok, sekarang aku pi pinang." jawab Al-Harith sebagai menyahut cabaran Kharijah bin Sinan.

Menuju ke khemah Aus At-To'i dengan menunggang kuda. Sebaik sampai, beliau turun dari kuda tunggangannya, terus berjumpa dengan Aus At-To'i. Al-Harith menyapa, "Selamat Pagi".

"Apa khabar kau wahai Sayyidul Arab? Kenapa kau datang ke sini?" Tanya Aus kehairanan, pagi-pagi lagi seorang Pemimpin Arab yang disegani datang ke khemahnya.

"Aku datang bertujuan nak meminang!" Tanpa segan silu, Al-Harith menjawab.

"Nak meminang anak aku? Kau pergi berambus!"

Al-Harith berasa tercabar. Beliau pun memanjat kudanya lantas beredar dari situ dalam keadaan marah.

Isteri Aus, yang merupakan asal keturunan Bani 'Absy, bertanya kepada Aus, "Siapakah gerangan yang bertandang kemari, bercakap sekejap saja dengan kau, singgah sekejap je, terus pergi?"

"Sayyidul Arab, Al-Harith bin 'Auf."

"Sayyidul Arab? Kenapa tak jemput dia masuk? Tetamu!" Tempelak isterinya.

"Dia datang nak meminang..."

"Dia nak pinang siapa?"

"Meminang anak kita lah..."

Isterinya merenung Aus kehairanan. "Tak nak bagi anak kau kahwin ke? Kalau kau tak nak bagi anak kau kahwin dengan Sayyidul Arab, pemimpin Arab, dengan siapa lagi kau nak kahwinkan anak kita?"

Aus terdiam. "Tapi, aku dah suruh dia belah dah!"

"Kau pergi untuk pujuk dia!" suruh isterinya.

"Dah aku nak cakap macam mana ni?"

"Kau cakap macam ni... "Tadi tu aku tengah serabut kepala, tak ada mood. Aku mintak maaf banyak-banyak. Apa sahaja hajat kau, akan ada di sisi aku, InSha-Allah."

Maka Aus At-To'i pun menuju mengejar Al-Harith lantas memohon maaf. Al-Harith pun menjawab, "tak apa-apa".

Aus pun pulang ke khemah lantas bertanya kepada ketiga-tiga anak perempuannya. Seorang demi seorang ditanya persetujuan untuk dinikahkan dengan pemimpin orang Arab pada zaman itu.

Anak perempuannya yang pertama dipanggil seraya ditanya, "Kau nak menikah dengan Sayyidul Arab?"

"Aku tak nak. Pertamanya, aku tak berapa cantik, keduanya, perangai aku susah berkira, ketiga, beliau tu bukan sepupu aku, atau jiran kita." Jawab anak perempuan Aus yang pertama.

Kebanyakan orang Arab zaman dahulu, suka kawin dekat-dekat.

Anak perempuan Aus yang kedua mula ditanya. Jawapan yang sama diperolehi.

Anak ketiga Aus menjawab, "Yang pertama aku ni seorang yang cantik. Saya ada akhlak yang menarik. Kalau dia ada nak buat benda tak betul dengan saya, bagi isteri, Tuhan tak akan bagi dah orang yang lebih baik dari saya. Sebab itu, saya sedia untuk jadi istri dia."

Dipendekkan cerita, maka kawinlah mereka, Anak perempuan Aus yang ketiga dengan Al-Harith bin 'Auf.

Kenduri biasa-biasa, khemah dekat-dekat sahaja. Makan best-best lah, Sayyidul Arab lah katakan.

Pada malam itu, Al-Harith pun masuk ke khemah untuk bermalam pertama bersama isterinya. "Apa kau nak buat pada aku? Kau tak malu ke, sepupu aku ada, adik beradik aku ada, mak bapak aku ada dekat-dekat sini... Aku tak nak!" "ok lah..." Malam tu tiada apa yg syok berlaku".

Esoknya, Al-Harith membina khemah jauh ke tengah padang pasir. Pada malam itu, Al-Harith nak masuk tidur dengan isterinya, isterinya berkata lagi... "Kamu ni, kamu ingat aku ni apa?Wanita tawanan perang, hamba abdi,? Terus kau masuk nak tidur dengan aku. Sembelih kambing, unta... panggil seluruh arab... buat kenduri besar-besaran..."

Al-Harith keluar dari khemahnya, bertanya kepada Kharijah bin Sinan, dia berkata "perempuan ni cerdik".

Maka Al-Harith pun buatlah kenduri seperti mana yang dipinta oleh isterinya. Seluruh kabilah arab datang memeriahkan suasana majlis keraian antara Al-Harith bin 'Auf dan isterinya, anak perempuan Aus At'To'i yang ketiga.

Selesai majlis, Al-Harith nak tidur dengan isterinya, isterunya berkata pula, "Aku degar-dengar cerita kau tak seperti mana yang kau yang ku tengok. Apa punya jenis pemimpin arab kau ni, boleh kau nak bersronok dengan perempuan, sedangkan kaum engkau sedang berbunuh-bunuhan selama 39 tahun lebih... Kau pergi selaku Sayyidul Arab, perdamaikan suku itu, kemudian kau tak akan kehilangan ku... aku tunggu kau di sini..."

Maka, Al-Harith keluar menuju kepada suku itu, lantas membayar harga 3000 ekor unta sebagai bayaran ganti selama 40 tahun kos harta dalam perang itu.

Bayangkan berapa banyak harta beliau, bagi mendamaikan kaum arab yang berperang disebabkan oleh Harbud Dahis.

Siapa nama istri Al-Harith begitu hebat dan mulia pekertinya? Nama beliau ialah Buhaithah.

Para sejarawan Arab, memuji-muji sumbangan Al-Harith yang telah menghentikan tragedi berdarah selama 40 tahun yang dikenal sebagai Harbud Dahis.


Namun, siapa yang selayaknya untuk dipuji sebenarnya? Buhaithah.

Seorang serikandi Arab sebelum zaman kedatangan Islam yang namanya cuba dipadamkan.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati