Syarat-Syarat Pertandingan Kuda Mengikut Tradisi Islam dan Arab


 Dizaman Rasullullah saw, Saidina Ali ra telah diamanahkan untuk menjaga dan menguruskan pertandingan kuda lalu beliau melantik Surqa bin Malik sebagai pembantunya. Diantara syarat dan aturcara pertandingan yang ditetapkan ialah:-

1. Sebelum bermula, semua kuda hendaklah dalam barisan yang sama.
2. Tiga kali hebahan dilaungkan untuk membuat semua persiapan pertandingan.
3. Perlumbaan bermula dengan laungan takbir sebanyak tiga kali, bila takbir kali ketiga berakhir, pertandingan dimulakan.
4. Kemenangan mutlak ialah bilamana telinga kuda pertama yang sampai ke garisan penamat pertandingan. Saidina Ali ra sendiri membuat garisan pertama dan garisan terakhir, kebiasaannya Saidina Ali akan berada digarisan penamat untuk menentukan kemenangan.


Kuda Dalam Pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab.

Perkembangan Dunia Islam dibawah pemerintahan Khalifah Omar telah membuka era baru dalam dunia kuda atau equestrian, dimana banyak taktik baru dipelajari dalam peperangan berkuda dan begitu juga kuda-kuda Arab dari berbagai negara dibiakkan melalui 'cross breed' saperti kuda dari Iran, Turkey, Rome, Greek dan lain-lain.



Tariq Al-Ziad Menawan Sepanyol

Atas arahan Rasulullullah saw, orang-orang Arab Badwi mula menternak dan membiak kuda-kuda Arab baka baik dan pernah ahli sejarah Abnu Khallikan menyatakan dalam Kitabnya bahawa" Tariq bin Ziad telah membawa 12,000 pasukan berkuda dari Morrocco dan Tunisia ( Kuda Barb ) bersama 12 ekor kuda Arab. Itulah pertama kali Kuda Arab telah dibawa masuk dan diasilmilasikan atau integrasi dengan kuda-kuda Inggeris. Yang seterusnya mencetuskan kuda pembikinan manusia yang masyhur pada hari ini iaitu 'thoroughbred'

Tanda Ibu jari Rasullullah saw dileher Kuda Arab....

Di zaman Rasullullah saw Kuda Arab tidak pernah dijual kepada orang-orang luar, Kuda Arab hanya berada di Arabia dan tidak pernah keluar dari tanah Arab. Di leher Kuda Arab asli 'pure breed' terdapat tanda, di mana baka kuda tersebut dikatakan telah dipegang oleh Rasulllulah saw hingga meninggalkan tanda ibu jari di lehernya. Jika anda benar-benar memiliki Kuda Arab, cuba perhatikan tanda tersebut. Kuda Arab yang dijual di negara-negara Europah atau Australia hari ini, dikatakan bukanlah ' original' dari bumi Arab. Tetapi mereka mengekalkan identitinya sebagai 'Baka Arab' ! Wallahhuallam.




Kuda Dalam Al-Quran

Kuda dalam bahasa Arab disebut sebagai 'faras', kuda jantan 'fahl' atau pada umumnya disebut juga sebagai al-khayl. Di dalam al-Quran perkataan 'kuda' disebut sebanyak 5 kali. 

Dalam Surah 79 dan Surah 100 disebut al-naziat, al-adiyat dimaksudkan sebagai 'kuda' sementara Surah 37 al-saffat, Surah 51 al-dhariyat dan Surah 77 al-mursalat dimaksudkan kepada kuda.

Dalam Al-Quran dinyatakan bahawa.
" Dan ( Dia Mencipta) kuda dan keldai untuk kamu tunggang az zinat" Surah 16: 8

Perkataan Arab zinat ertinya "kesukaan" dan "kebaikan" yang dimaksudkan sebagai kuda dan keldai diciptakan bukan sahaja untuk dinaiki, ditunggangi tetapi juga untuk dibiakkan dan membuat pertandingan (bukan perjudian). Mengikut catatan dari buku kuda " Fadhl al-khayl" karangan al-Dimyati menyatakan bahawa Rasullullah saw memberi keizinan untuk mengadakan pertandingan perlumbaan unta dan kuda bersama anak panah ( khuff, hafir, nasl) Tetapi mengikut tradisi suku kaum arab, perlumbaan kuda adalah lumrah dalam kalangan suku kaum arab di pergunungan. 

Mengikut "Hidayat al-fursan fi shi'ar al-shujan oleh Ibn Hudhayl menyatakan bahawa Islam melarang perjudian ( maisir) tetapi tidak menghalang pertandingan memanah (nasal), lumba lari ( qadam) and lumba kuda (hafir).

Mengikut kitab al-Sarj karangan Abu Ubaidah dan Kitan al-Al-khayl karangan Asma'i banyak menceritakan tentang pertandingan lumba kuda dalam kalangan suku kaum Arab, baik sebelum kedatangan Islam dan juga di waktu pemerintahan Islam di zaman Rasullullah saw, kemudian di zaman sahabat, zaman khilafat, zaman pemerintahan Bani Umayyah dan Bani Abbasiah.

Dalam Kitab "Hidayah" juga dinyatakan 4 jenis kuda yang terdapat dalam kalangan suku kaum Arab di waktu itu ialah:-

1. Birzaun or Burzun ( kuda berat dari luar negara )
2. Atiq ( Kuda Arab baka pertama )
3. Hain ( Kuda kacukan, jantan luar, ibu Arab )
4. Separuh Arab ( bapa arab, ibu dari luar ) zaman Khalifah Harun al-Rashid


Penaklukan Palestin

Khalifah Harun Al Rashid adalah seorang pemimpin yang terkenal dalam kalangan negara-negara Arab kerana kemasyhurannya menakluk dan membebaskan negara Palestin dari penjajahan Barat dan Yahudi. Baginda sendiri telah mengadakan beberapa pertandingan lumba kuda. Kuda baginda bernama - Mushammir pernah memenangi tempat pertama dan tempat kedua dimenangi oleh anaknya.Pernah satu ketika bila kuda baginda memenangi tempat pertama, baginda memanggil ahli syair terkenal, Asma'i untuk menulis satu puisi khas tentang kuda yang akhirnya disiapkan penuh dengan ciri-ciri kwistimewaan kuda. Sejak dari zaman Rasullullah saw hinggalah sekarang para pemimpin Arab menjadikan kuda sebagai satu hobi mereka untuk pelbagai tujuan. Kini para Sheikh dari Bahrain dan Dubai adalah penaja utama perlumbaan kuda di negara teluk.


Ciri-Ciri Kuda Yang Dikehendaki ialah:

Mengikut Kitab Asma'i, ciri-ciri kuda adalah saperti berikut:-

Thoroughbred perut yang tinggi (batn), belakang pendek (zahr), sendi kaki belakang panjang (tul al wazifatain fir rijlain) dan sendi kaki depan pendek (qasral wazifatayn fil yadain). 

Lain-lain ciri yang dikehendaki ialah tanda putih (calit) di dahi (ghurar atau blaze), stoking di kaki ( tahjil) atau tanda putih di kuku kaki. Bentuk badan yang menarik al-a-ali , al-safill, al muqaddim, al muaakhir. 

Bila menunggang, mestilah kelihatan kemas (thubat) dan tali untuk berlari adalah kemas (taswiyat al inan). Bangsa Turki terkenal dengan kemahiran menunggang kuda sambil memanah atau membawa pelbagai jenis senjata dengan sempurna.


Pandanga Empat mazhab Imam

Imam Abu Hanifa dan Iman Shafie menyatakan bahawa lumba kuda tidaklah haram.

Imam Malik dan Imam Ahmed hanbali menyatakan tidak menggalakkan pertandingan unta atau keldai dan beranggapan hanya kuda boleh dipertandingkan dalam perlumbaan.


Kuda Arab, Kuda Rasulullah SAW

Kuda adalah sejenis binatang yang amat dihormati di dalam Islam. Malah di dalam Kitab Al-Quran dan hadith banyak dibicarakan tentang kuda. Kalau disebut sejarah kuda, sudah pasti kita tidak akan terlepas dengan sanjungan dan kemuliaan terhadap 'Kuda Arab'. Kuda Arab adalah satu spesis kuda yang terbaik didunia dengan mempunyai ciri-ciri kecantikan dan keunikannya tersendiri.

Keunikan kuda arab antaranya ialah:

1.Kuda terpantas
2. Tahan lasak dengan cuaca panas dan sejuk
3. Handal dalam endurance
4. Cekap dan bijak.

Tidak hairanlah kuda Arab menjadi kegilaan setiap kaki kuda. Kuda dan manusia tidak dapat dipisahkan. Sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw, kuda sudah pun berada di bumi dan dipelihara oleh setiap manusia di merata dunia.

Nabi Ismail sebagai tradisi orang Arab pernah menunggang kuda. Nabi Sualiman as telah mewarisi lebih dari 1000 ekor kuda dari Nabi Daud as. Pernah dalam sejarah dikatakan bahawa satu suku kaum yang dinamakan Azad pernah mengunjungi Nabi Sulaiman dan meminta sesuatu hadiah dari baginda, lalu baginda menghadiahkan seekor kuda.


Tetapi dengan kedatangan Islam yang dipimpin oleh Rasulullah saw, kita dapat melihat betapa hebatnya pengaruh kuda dalam kalangan orang Arab malah, para kaki kuda yang masyhur di seluruh dunia mengakui bahawa Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya adalah pelopor utama dalam penubuhan Tentera Islam Berkuda atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'Cavalry'. 

Rasullullah saw mendapati bahawa pada peperangan Uhud, tentera Islam mempunyai hanya 2 ekor kuda. Sebaik sahaja selepas peperangan baginda terus berusaha sekuat tenaga bersama-sama para sahabat untuk membentuk pasukan berkuda dengan memelihara dan membiak baka kuda terbaik di tanah Arab iaitu 'Kuda Asli Arab'.Dalam masa yang singkat sahaja, kita perhatikan bahawa kuda merupakan aset yang paling penting dan berharga dalam mempertahan dan mengembangkan kedaulatan Islam di bumi Arab. Baginda, Rasullullah saw sendiri telah menyeru umat Islam supaya berusaha mengembang dan membiakkan kuda demi untuk membangun dan mempertahan Islam dari ancaman musuh. 

Dalam keadaan muka bumi yang tandus, kering kontang, gurun, bukit bukau dan padang pasir yang begitu luas, kuda merupakan satu kenderaan yang amat penting pada tamadun Arab. Mulai dari detik peperangan pertama itulah memberi lembaran baru bagi umat Islam supaya memelihara dan membiakan baka kuda yang paling baik. Sebab utama ialah untuk mempertahankan kesucian agama Islam yang sentiasa terancam oleh musuh-musuh di sekeliling termasuklah ancaman dari kerajaan kuno Romawi, Greek, Byzantine, Persia dan lain-lain. Justeru, tidak hairanlah Nabi Muhammad saw sendiri telah mengambil inisitif untuk membiak, mengembang, melatih kuda-kuda yang baik untuk meneruskan dan menegakkan panji-panji Islam di bumi Arab. Untuk menguatkan keyakinan terhadap pemeliharaan kuda, Rasullullah saw sendiri telah menganjurkan pelbagai pertunjukan dan pertandingan kuda di Madinah.


Hadith-hadith Tentang Kuda.

Diriwayatkan oleh Ibn Banin bahawa Rasullullah saw menganjurkan pertandingan lumba kuda di mana tempat pertama diberi hadiah 'sabiq' tiga ekor kuda, 'musalli' dua ekor kuda, tempat ketiga seekor kuda, tempat keempat satu dinar, tempat kelima satu dirham, dan tempat keenam satu qasabah.

Rasullullah bersabda

" Sesungguhnya Berkat Allah kepada kamu yang memang 'sabiq' dan yang kalah 'fiskil'.

Al-Baladhuri menyatakan:

Aku telah diberitahu oleh Muhammad bin Sad al-Waqidi, Sulaiman bin al-Harith, az-Zubayr bin al-Mundhir bin Abi Usayd, yang berkata: " Abu Usayd as-Saidi telah bertanding menunggang kuda Rasulullah saw yang bernama, Lizaz dan baginda memberi hadiah Jubah Yamen." 

Abu Hassan Ahmed bin Yahya bin Jabir al-Baladhuri, Ibn Sad al-Waqidi, Abd al Muhayamin bin Abbas bin Sahl bin Sad, bapanya ( Abbas), datuknya Sahl, beliau berkata," Satu ketika Rasullullah saw mengadakan pertandingan lumba kuda, aku menunggang kuda baginda bernama az-Zarib. Baginda memberi aku serban Yamen."

Mengikut riwayat Dar Qutni
Sanjah adalah kuda Rasullullah saw yang sering ditunggangi baginda. Satu ketika kuda ini telah menang dalam pertandingan dan Rasullullah saw begitu gembira.

"Kuda pertama dimiliki oleh Rasulullah saw bernama 'As-Sakaf' yang dibeli baginda dari suku kaum Fezara. Baginda menunggang kuda ini dalam peperangan Uhud.

Baginda Rasullullah saw juga memilki seekor lagi kuda yang bernama Sabaha dan pernah memasuki pertandingan dan menang dalam pertandingan tersebut. Baginda begitu gembira.

Kuda ketiga yang dimiliki oleh Rasullullah saw bernama al-Murtajis.


Pertandingan Kuda

Ibnu Umar menyatakan bahawa, Rasullullah saw sering menganjurkan pertandingan lumba kuda dan baginda memberi hadiah kepada pemenang. Semua ini dilakukan oleh baginda untuk mengembang sukan berkuda, melatih kepintaran berkuda serta kesihatan tubuh badan. 

Iman Ahmad bin Hanbal telah meriyawatkan dalam kitabnya "Musnad' dimana Anas telah ditanya " Adakah Rasulullah saw memasuki pertandingan kuda ?" Anas menjawab "Ya""Demi Allah, baginda berlumba dengan kudaNya bernama Subbah. Kuda tersebut memenangi perlumbaan dan baginda amat gembira."

 Hadith Bukhari diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar. Rasullullah saw mengadakan pertandingan kuda dari Ath-Thaniyyah sehingga Masjid Banu Zuraiq. Abdullah bin Umar juga menyatakan bahawa beliau juga menyertai pertandingan tersebut.


Jarak Pertandingan

Rasullah saw tidak melarang pertandingan lumba kuda, malah baginda sendiri memberi nasihat aturcara pertandingan, antaranya baginda pernah menganjurkan perlumbaan kuda di Madinah diantara:-

Dari Hafiya' ke Thaniyyah al-Wada' ( 60 ghalwa = 5 hingga 6 batu ) kategori kuda dewasa
Dari Thaniyyah al-Wada' ke Banu Zuraiq ( 10 ghalwa = 1 batu ) kategori kuda muda.

Banginda sendiri menyertai pertandingan tersebut di mana kuda baginda pernah memenangi pertandingan beberapa kali. Rasullullah saw amat gemar menunggang kuda dan mengalakkan pertandingan lumba kuda.

Berikut adalah beberapa keratan hadis tentang minat bagida Rasullah saw terhadap kuda, antaranya:-

" Terdapat banyak keberkatan dalam pemeliharaan kuda" ( Kitab Musnad)
" Belajarlah memanah dan menunggang kuda" ( Hadith Muslim)

Ciri-Ciri Kuda Istimewa Yang Di Gemari Rasullahullah saw

Kuda hitam, terdapat jalur putih di kepala dan mempunyai warna putih di bibir bahagian atas.


Jom berkuda, memanah, dan berenang bersama ProTaz™.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati