Terdapat banyak hadis mengenai bekam di antaranya ialah:
1. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"
(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)
2. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz"
(lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar) ....
3. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."
(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)
4. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"
(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)
5. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"
(Riwayat Imam Ahmad)
6. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)
7. Dari Abu Kabsyah al-'Anmari r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berbekam di bahagian tengah kepalanya dan di antara kedua bahunya. Dan Baginda bersabda:
"Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka tidak ada mudharat baginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud dan Jaami'ul Ushuul)
8. Diriwayatkan oleh Ibnu Sunni dan Abu Nu'aim, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Kalian harus berbekam di jauzatil qamahduwah, kerana sesungguhnya ia dapat menyembuhkan 70 penyakit"
9. Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita:
"Rasulullah s.a.w. biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan pada bahagian belakang. Baginda biasa berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21".
(Riwayat at-Tirmizi)
10. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasullah s.a.w. bersabda:
"Berbekam dalam keadaan perut kosong adalah yang paling baik, di mana ia akan menambah ketajaman menghafal. Ia akan menjadikan seseorang penghafal lebih mudah menghafal. Oleh kerana itu, sesiapa yang hendak berbekam, maka sebaiknya dia melakukannya pada hari Khamis dengan menyebut nama Allah. Hindarilah berbekam pada hari Jumaat dan Sabtu serta Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu kerana hari tersebut merupakan hari di mana Nabi Ayyub tertimpa malapetaka. Tidaklah timbul penyakit kusta dan lepra kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu"
(Lihat Shahih Sunan Ibni Majah)
11. Dari Anas r.a., dia bercerita: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika terjadi panas memuncak, maka neutralkannya dengan berbekam sehingga tidak berlaku darah tinggi pada seseorang dari kalian yang akan membunuhnya"
(Diriwayatkan oleh al-Hakim).
12. Dari Ibnu 'Abbas r.a., dia bercerita: "Nabi Allah s.a.w. bersabda:
"Sebaik-baik hamba adalah tukang bekam, mengeluarkan darah dan meringankan tulang rusuk serta memperjelaskan pandangan."
(Sunan Abni Majah)
4 comments
Comment by Utz Hanafiah on March 2, 2013 at 10:10 PM
Assalamualaikum, Bismillah , Hadis no 10 itu akan bertentangan dengan hadis no 6 dan 9 yang menyuruh berbekam pada tarikh 17, 19, 21 kerana ada masanya tarikh 17, 19 @ 21 akan jatuh pada hari rabu, jumaat dan ahad seperti pada bulan Rabiulakhir 1434H iaitu tahun ini di mana 17hb R/ akhir adalah pada khamis, 19 pada sabtu dan 21 pada isnin. Manakala bagi bulan jamadilawwal 1434H 17 hb akan jatuh pada jumaat, 19hb pada hari ahad dan 21 hb pada hari selasa. Manakala bagi bulan rejab 1434H 17hb akan jatuh pada Isnin, 19hb pada rabu dan 21hb jatuh pada hari Jumaat. Jadi yang mana satu hadis kita nak gunakan Wahai Ustaz Uwais yang dikasihi?
Comment by Imam Ibnu Azis Al-Jawahir on February 26, 2014 at 6:54 AM
Assalamualaikum... Apalah yang susah sangat... seandainya hari2 yang dilarang nabi jatuh pada 17, 19, 21 maka jauhkanlah daripada berbekam... Bekam ni pun sunnah... larangan dalam hadis tu pun bukan mutlaq... cuma, sebaik-baiknya hindarkan pada hari2 tersebut... Wa Allahu A'alam...
Comment by Anonymous on October 26, 2014 at 4:05 PM
Pandangn ulama dan tabib oleh berbekam pada mana mana tarikh jika darurat.jika tarikh 17 jatuh pada hari rabu boleh berbekam jika hari Rabu jatuh pada tanggal 17 boleh bekam.
Imam Abu Hanifah
"Aku berbekam tidak kira waktu kerna Baginda saw berbekam tak kira waktu "
Comment by AKRINE SENAWANG on February 26, 2015 at 1:47 PM
Assalamualaikum..boleh berbekam pd hari yg dilarang tersebut tetapi dengan syarat bukan dgn niat meremehkan hadith tersebut.
Apatah lagi bagi orang yang benar2 berhajat utk berbekam.
Kisah seorang sahabat yang terkena penyakit lepra selepas berbekam pada hari tersebut. lalu ditanya oleh seorang sahabat yang lain.adakah kamu berbekam hanya kerana dengan meremehkan hadith Rasulullah Sholallahu 'alaihi wassalam ?? Dia menjawab, Iya.
salamun 'alaikum.
wacana ini kuutarakan kepada sidang pembaca di alam maya ini. sebarang komentar, kritikan serta tunjuk ajar amatlah dialu-alukan kerna kita manusia yang pelupa, selalu saja membuat kesilapan. mungkin saja 1000 kekurangan terdapat dalam artikel ini. Wallahu a'lam.