Semua orang Islam... remaja, bujang atau sudah berkahwin, tua atau muda, lelaki... mengimpikan memiliki isteri yang solehah. Begitu juga sebaliknya. Namun, adakah impian ini selalu tercapai atau ianya hanya sebuah realiti yang telah difantasikan?

Ramai dalam kalangan lelaki zaman sekarang, terutamanya remaja Islam... berangan-angan untuk memiliki seorang isteri yang solehah, justeru sebuah rumah tangga yang harmoni. Lebih maju lagi, angan-angan itu berbah meningkat menjadi cita-cita. Namun realiti zaman mutakhir kini ialah... cita-cita sedemikian hanyalah sebuah imaginasi semata-mata. Mengapa begitu?

Teorinya mudah saja. Berdasarkan 1 ayat dari Surah An-Nur (ayat tak ingat)... alkhobithatu lil khobithin, wal khobithuna lil khobithat.... (hingga akhir), "...perempuan yg buruk untuk lelaki yg buruk, dan lelaki yg buruk untuk perempuan yg buruk.... (dan sebaliknya).

Jom kita kaji apa hikmah ayat ini.... Sidang pembaca maya, sebagai seorang penghafal al-quran (al-hafiz), ayat ini mesti sangat familiar dan biasa dibaca dalam solat ketika menjadi imam. Semestinya sebagai guru bahasa arab, atau kita faham bahasa arab, sudah tentu kita faham terjemahan ayat ini. Namun tahukah anda, apakah falsafah yang tersirat di sebalik ayat ini?

Seringkali saya cuba memahami ayat ini... dari pengalaman saya, menjalani kehidupan rumah tangga, yg baru saja berusia hampir 4 bulan.... sebelum bernikah.... seringkali saya cuba membayangi, bagaimanakah rasanya bahagia apabila memiliki seorang isteri yg solehah?

Sidang pembaca, realitinya... ianya bukan lah seindah seperti yg difantasikan... Namun, bagaimanakah tuntutan agama untuk memiliki rumahtangga yang harmoni dapat dilaksanakan?

Berdasarkan teori ayat quran yang saya berikan di atas, rumahtangga yang solehah, atau suami yg soleh adalah bermula dari isteri yg solehah. Anda faham? Mengapa begitu? Semestinya kaum Hawa kurang berpuas hati dengan statement ini...

Aha... mari kita lihat dalam ayat tersebut.... Allah memulakan firmanNya dengan kalimah "al-khobithat" yg membawa maksud perempuan yang buruk. Manakala dalam ayat seterusnya, Allah memulakan firmanNya dengan kalimah "wat-toyyibat" yg membawa maksud perempuan yg baik.

Baiklah, kenapa allah memulakan firmanNya dengan subjek "muannas" (perempuan) dan seterusnya diikuti dengan predikat "muzakkar" (lelaki)? Jawapannya, ini kerana, sebuah institusi keluarga adalah bermula dari pihak isteri. Sama ada negatif atau positif.

Baik, mari kita lihat tajuk artikel saya: Isteri Solehah: Serta Merta, Berkala, atau Impian Semata.

Berdasarkan tajuk, setiap dari kita, semestinya mahu isteri dan suami solehah. Masyarakat mempersoakan, dah beli cermin ke? Maksudnya, kita ni dah cukup soleh ke nak isteri solehah? Kita ni dah cukup solehah ke nak suami soleh? Orait. Anda jawab la sendiri.

Sebenarnya para pembaca maya sekalian, semuanya bermula dari pihak perempuan. Bagaimana? Bernikahlah! Baru anda akan faham praktikalnya. Secara ringkas, kita boleh simpulkan begini: Paling asas, suami dan isteri perlu faham Fardhu Ain sebaiknya. Bila dah faham, barulah kita kenal, siapa yang lebih soleh.

Realitinya begini: Isteri mestilah menjadi solehah. atau lebih tepat, di"solehah"kan. Siapa yg men"solehah"kan? Maka di sinilah tanggungjawab seorang suami yang soleh. Suamilah yang layak untuk mensolehahkan isteri. Masakan siapa lagi? Dalam erti kata lain, suami lah yg mendidik isteri menjadi seorang isteri yang solehah. Mendidik tu, mengajar la.... isteri tak kan reti sendiri kalau tak ada orang ajar. Anda faham kan? Kesannya, bila si suami berusaha untuk mendidik isteri, ketika itulah dengan penuh rasa tanggungjawab si suami akan menjadi suami yang soleh.

Anda nampak tak teori yang saya bagi tu? Mari kita guna kaedah Penakkulan Matematik (Mathematical Reasoning).

Zaman A      :   isteri tolehah   +  suami toleh  =  rumahtangga teruk
Zaman B      :   suami toleh  + (berusaha) didik isteri  = isteri solehah
Kesimpulan  :   isteri solehah (telah dididik suami)  + (ats dasar tanggungjawab suami) = suami menjadi soleh

Justeru sidang pembaca maya sekalian, berdasarkan teori matematik di atas, kesimpulan mudah boleh diambil. Kedua belah pihak suami dan isteri mestilah bersedia. Si isteri mestilah bersedia untuk dididik. Bersedia untuk ditegur. Bersabar untuk dimarahi. Manakala pihak suami pula mestilah bersedia untuk mendidik, berhikmah untuk menegur, bijak memarahi (tanpa emosi). InsyaAllah, jika resepi rumah tangga ini diamalkan, impian untuk merealisasikan rumah tangga yg berzikir (harmoni) dapat dicapai dengan jayanya. Ameen.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati