Hari ini telah berlaku 1 peristiwa yang agak memalukan saya sebagai seorang ustaz. Namun demikian, ia merupakan pelajaran buat saya, meskipun ini berlaku kerana kesilapan orang lain. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Ceritanya begini....
saya telah dijemput oleh sahabat saya untuk membacakan doa di majlis menyambut menantunya yang berlangsung di kediaman beliau. Kad jemputan telah dihantar. SMS jemputan juga telah dihantar. Dan saya juga memang maklum, bahawa semestinya saya sebagai pembaca doa wajib berada di lokasi sekurang-kurangnya 15 minit sebelum majlis.

Seperti yang tercatat dalam aturcara majlis, saya dijadualkan untuk membaca doa pada jam 2.35pm. Saya, seperti yang dirancangkan, 15 minit sebelum saya mesti berada di lokasi.

Namun apa yang berlaku ialah, tepat 2.20pm sebaik saya sampai di lokasi, doa sedang dibacakan oleh bapa saudara saya.

Saya yakin, ramai dalam kalangan hadirin tahu bahawa saya yang akan membaca doa, tetapi orang lain pula yang mengambil alih tempat saya tanpa saya dimaklumkan terlebih dahulu.

Pelajaran yang saya dapat ialah, jika kita diamanahkan untuk membaca doa, kita wajib berada di lokasi 30minit sebelum acara bermula. 15 minit tak cukup sebenarnya.

Namun nasihat saya untuk sidang pembaca maya sekalian, jika anda bakal menganjurkan majlis, apa sahaja majlis, terutamanya majlis perkahwinan, menyambut menantu, jadi pastikan biarlah acara berlangsung mengikut seperti yang tertera dalam tentative. Jika berlaku perubahan, silalah maklumkan kepada yang berkenaan lebih awal. Segala perubahan didahulukan dengan ucapan maaf, segala sumbangan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Wallahu a’lam.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati