-          Berbuka puasa yang tidak terlalu kenyang agar badan ringan, mudah solat berjemaah.

-          Solat Tarawih yang afdhal adalah di sepertiga malam. Sebagaimana Rasulullah SAW dengan para sahabatnya solat berjemaah lebih afdhal daripada solat bersendirian.

-          Jauhkan dari bersolat dengan tergesa-gesa. Solatlah dengan tuma’ ninah. Rasakan nikmatnya dengan bacaan yang dihayati dari ayat ke ayat.

-          Usaha agar dapat tidur dan rehat seketika ketika qailulah agar dapat kekuatan untuk menghidupkan malam serta tidak merasa letih dan mengantuk.

-          Ambillah saf yang di hadapan agar tidak diganggu oleh keaktifan kanak kanak kecil.

-          Bawalah budjet akhirat sesuai dengan kemampuan untuk diinfakan ke dalam tabung amal.

-          Setelah selesai solat, jangan terus pulang. Berdiam sejenak untuk niat beri’tikaf di masjid sambil membaca al-Quran atau berwirid.

-          Ketika menunggu azan isya’, seeloknya sudah berniat i’tikaf.

-          Usahakan menjaga kesempurnaan tarawih dengan tidak berdebat mengenai jumlah rakaat tarawih. Jika kita mengambil yang lapan rakaat sementara jemaah disekitar kita melaksanakannya dua puluh rakaat, sebaiknya kita ikut sahaja berjemaah.

  
-          Apabila sampai rakaat kelapan, beristirahatlah. Saat itu niat sahaja i’tikaf. Ketika witir kita sambung lagi berjemaah. Demikian, sebalinya jika kita biasa laksanakan dua puluh rakaat, sementara imam melaksanakan lapan, maka ketika imam solat witir kita tidak ikut. Selebihnya kita sempurnakan di rumah.

-          Perhatikan setelah solat tarawih, jika ada jemaah yang tadarus al-Quran. Jika ada, sebaiknya kita bawakan makanan atau minuman ikut kemampuan untuk para jemaah yang tadarus al-Quran dan beri’tikaf.

-          Para wanita seeloknya jangan berlebih-lebihan menghias diri dan memakai perhiasan emas, kerana ia dapat mengundang fitnah.

-          Bagaimana dengan telefon bimbit, ‘teman setia kita ini’? tinggalkan sahaja di rumah, atau matikan sahaja. Berlatihlah untuk lepaskan diri dari dunia ketika berkomunikasi dengan Allah.

Disediakan oleh : Zahratulmuna Alhany Abdul Halim
Disemak oleh : Uwais AlQorny

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati