1.BULAN DITURUNKAN AL KITAB

-BEBERAPA hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

2.PERISTIWA BADAR

-PADA hari Jumaat 2 Ramadhan tahun 2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang di kenali Perang Badar. Tentera Islam mengawal lokasi strategic dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.

-Tentera Islam seramai 313 berhadapan dengan 1000 tentera musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata. Tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

-Peperangan ini luar biasa. Tentera Islam kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan dan berpuasa pula, memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah.

“ Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang Badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu, bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.”

3.ISLAM MEMBUKA KOTA MAKKAH

-Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke 6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Makkah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang Islam.

-Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.

-Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani Bakar dan Khuza’ah. Bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Makkah manakala Bani Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad SAW.

-Pada suatu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Makkah menyerang perkampungan suku  Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, baginda mengerahkan ratusan ribu umat Islam menuju ke Makkah, tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Makkah.

-Baginda menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui mereka apabila hampir memasuki Kota Makkah. Akhirnya umat Islam memasuki kota Makkah tanpa sebarang partumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepada-Nya. Allah menyebut dalam al-Quran, Surah al-Fath ayat 1, yang bermaksud, “ Sesungguhnya Kami telah memberikan kamu kemenangan yang nyata.”


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati