4.PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

-Pengaruh Nabi Muhammad SaW tersebar  ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.

-Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, baginda mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu, tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad SAW. Baginda sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota menuju ke utara madinah.

-Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3000 dinar setiap tahun.

5.ISLAM SAMPAI DI YAMAN

-Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad SAW mengutuskan Ali bin Abu talib dengan membawa surat baginda untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke 10 Hijrah.

6.KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

-Selepas umat Islam membebaskan kota Makkah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung disekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke 9 Hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla.

-Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

7.PENYERAHAN BANDAR TAIF

-Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah hitam apabila penduduknya mengahalau Nabi Muhammad SAW semasa baginda berdakwah di sana. Selepas baginda dan umat Islam Berjaya membebaskan Makkah, golongan bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama.

-Akhirnya rombongan mereka datang ke Makkah pada bulan Ramadhan tahun ke 9 Hijrah dengan menyerahkan Bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

8.PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)

- Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Liberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke 92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.

-Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal  tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur.

-Akhirnya, Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia Barat.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati