1.       PUASA UMUM
-          Puasa  umum ialah puasa bagi orang Mukmin yang derhaka kepada Allah SWT.

-          Orang yang berpuasa peringkat ini dia boleh menahan makan dan minum dan boleh menahan syahwatnya dari melakukan persetubuhan dengan isterinya tetapi matanya masih lagi mata keranjang, telinganya masih lagi melakukan maksiat, kakinya masih menghalakan ke tempat tempat maksiat.

-          Orang yang berpuasa pada peringkat ini lahirnya belum dapat berpuasa betapalah batin lagi payah untuk berpuasa. Batinnya, iaitu hati masih riak, ujub, sombong, takabur, cinta dunia, bakhil dan seumpamanya.

-          Tidak member kesan pada jiwanya, jauh sekali untuk mendapatkan hikmah hikmah orang yang berpuasa. Dan yang paling malang sekali puasa peringkat ini Allah tidak dapat menerima sebagai ibadah kepada Nya.

2.       PUASA KHUSUS
-          Dikatakan juga sebagai puasa “Abrar”, “Al-Muflihun” dan “Al-Faizun”.

-          Berpuasa dari segala yang diperintah Allah kecuali menahan hatinya daripada mengingati hal-hal dunia yang halal dan yang harus.

-          Ertinya, dia tidak makan, tidak minum, serta tidak mendekati isterinya di siang hari. Dia juga dapat memelihara pancainderanya dari melakukan maksiat dan juga dia hatinya dari riak, ujub, takabur, gila puji, gila harta dan lain lain. Cuma yang dia tidak boleh ialah mengelakkan hatinya daripada mengingati dunia yang halal dan yang harus baginya.

-          Berpuasa peringkat ini puasanya telah dapat dinilai oleh Allah SWT dan berpuasa peringkat ini sedikit sebanyak boleh memberi kesan yang baik terhadap peribadinya.

3.       PUASA KHUSUSUL KHUSUS
-          Iaitu puasa golongan Muqarrobin. Mereka berpuasa dari segala yang lahir dan batin hinggakan berpuasa dari mengingati dunia yang harus.

-          Hati mereka sepanjang masa, setiap ketika hanya mengingati Allah. Hati mereka tenggelam lahir dan batin di dalam memuja dan memuji Allah SWT.

-          Ini adalah puasa para Rasul, Nabi dan para aulia Allah. Tentu sekali kita tidak berada di peringkat ini, tetapi sangat digalakkan agar kita berikhtiar dan bermujahadah untuk mencapainya.

*Hendaklah kita berazam  supaya puasa di bulan Ramadhan kali ini lebih baik dan dapat membentuk diri kita menjadi hamba yang semakin taat dengan perintah Allah. Kalau peribadi seseorang itu tidak berubah selepas menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, maka ini menunjukkan ‘latihan’ puasanya itu tidak member kesan dan ibadah puasanya tiada nilai disisi Allah SWT.


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati