apakah itu istiwa’ a’zham? (إستواء الأعظم)
istiwa’ a’3zham ini merupakan peristiwa di mana matahari berada tegak di atas kaabah. ianya berlaku sebanyak dua kali sahaja setahun, dan waktunya sangat singkat. maka persediaan haruslah dilakukan awal sebelum berlakunya peristiwa ini.

matahari di atas kaabah
apabila matahari berada di sesuatu tempat, kita boleh menggunakan bayang-bayang yang terhasil pada waktu itu untuk merekod arah matahari berada. dalam situasi seperti rajah di atas, matahari berada di atas kaabah, maka bayang-bayang yang terhasil akan menunjukkan arah kaabah.

peristiwa ini hanya berlaku pada 27 atau 28 mei setiap tahun, dan pada 15 atau 16 julai setiap tahun. eh? kenapa ada empat tarikh? kata tadi 2 kali sahaja?
ya, dua kali sahaja. 4 tarikh itu kerana pada setiap 4 tahun sekali, bilangan hari pada bulan februari ditambah menjadi 29, bermakna, peristiwa ini pada tahun tersebut dikurangkan sehari. kerana itu ianya berlaku pada 15 atau 16 julai (beza sehari) dan pada 27 atau 28 mei (beza sehari) setiap tahun.
quote from wiki : The two moments in each year when the sun is directly overhead the Kaaba, the direction of shadows in any sunlit place will point directly away from the Qiblah. This happens on May 27 or May 28 at 9:18 GMT and on July 15 or July 16 at 9:27 GMT.
waktunya? jam 17:16 waktu Malaysia (GMT+8) atau 5:16 petang pada tarikh 27 atau 28 Mei, manakala untuk tarikh 15 atau 16 Julai, pada jam 17:28 atau 5:28 petang waktu Malaysia.
nota : apakah GMT? singkatan bagi Greenwich (baca : grinich) Mean Time, pusat rujukan waktu bagi seluruh dunia. Kod GMT+8 merupakan zon masa bagi kedudukan seperti Malaysia dan singapura, berbeza masa dengan pusat rujukan di Greenwich sebanyak 8 jam lebih awal. kedudukan mesir pada zon masa adalah GMT+2. waktu di Buenos Aires adalah GMT-3 yakni 3 jam lewat berbanding Greenwich.

bagaimana keadaan Istiwa’ A’zham ini boleh berlaku? ianya disebabkan putaran bumi pada paksinya yang condong, dan mengelilingi matahari pada orbitnya. maka, kerana kecondongan itulah, sesetengah bahagian muka bumi menerima pancaran cahaya yang banyak berbanding di tempat lain, yang mengakibatkan berlakunya pertukaran musim di hemisfera bumi yang utara, manakala hemisfera bumi yang selatan akan belaku musim yang sebaliknya. boleh rujuk di >>sini<< dan >>sini<<. peristiwa istiwa’ a’3zham berlaku ketika peredaran bumi mengelilingi matahari yang menyebabkan matahari melintas pada titik kedudukan kaabah.

rasanya cukup sekadar ini, penerangan ringkas berhubung peristiwa istiwa’ a’3zham. semoga kita mengambil manfaat darinya.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati