Salamun 'Alaikum

Alhamdulillah Wa syukru lillah. Saat dan tika ini jariku kembali diberi taufiq oleh Allah untuk beraksi lagi di tinta maya UwaisOnline™ setelah sekian lama berperang dengan dunia semasa.

Untuk update terbaru kali ini, saya berasa sangat teruja untuk berkongsi dengan sidang pembaca maya sekalian. Pada hari semalam, 8 November 2010, secara rasminya SahabatUwais® Adventure Club (SUAC™) telah ditukar nama kepada ProtazVenture Consultancy - ProVentCo™ - (001993398-M).


Sukacita dimaklumkan bahawa, ProVentCo™ ialah sebuah syarikat yg bukan lagi hanya fokus kepada aktiviti lasak, tetapi kini dikembangkan lagi dengan pelbagai jenis perkhidmatan dan perundingan dalam aktiviti dan sukan lasak, trip santai, dan pakej Umrah & Ziarah.

Kami di ProVentCo™ berbangga untuk menawarkan kepada anda pelbagai khidmat istimewa seperti perkhidmatan jururunding bagi menganjurkan trip sukan lasak atau pesta, penyewaan peralatan asas perkhemahan, bekalan stok peralatan sukan lasak, dan menganjurkan trip dan ekspedisi adventure.

ProVentCo™ yang juga merupakan sebuah platform sukan aksi, adalah yang paling mengujakan anda menggabungkan sukan lasak dan aktiviti reakreasi yang memberi semangat dan motivasi generasi baru masa kini  yang sedang tercari-cari cabaran sukan lasak seperti hiking, mountaineering, camping, jungle trekking, para-gliding, bungee jumping, surfing, skating dan aktiviti-aktiviti lain yang mengujakan.

Ini adalah cara kami bekerja. Kami akan mencari kabel-kabel dan link bagi memudahkan urusan kami, seperti Syarikat Penerbangan Air Asia, Bas-Bas Ekspress, Agensi Travel, Hotel, Homestay, Resort, Pusat Rekreasi, Pusat Sukan dan sebagainya bagi mendapatkan deal yg sesuai. Kemudian kami akan memulakan promosi untuk melihat feedback dan respon dari pelanggan kami. Sekiranya kami mendapati ada responden dan mencapai target kumpulan sasar kami, maka aktiviti tersebut akan dianjurkan. These are how it's work.

Untuk update aktiviti kami anda dengan segala hormatnya dijemput berkunjung ke laman sementara kami http://provnetco.blogspot.com/ atau laman  ProtazVenture Consultancy - ProVentCo™ - @ Facebook atau terus hubungi saya di talian +6012-984 6388 atau email proventco2u@gmail.com.

Wallhu A'lam.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati