Sebelum baca artikel ni, open up your mind entirely..... then mulakan dgn bismillah. Dlm artikel ni sy belum jumpa jwpn kpd 1 persoalan yg akn sy kemukakan di akhir artikel. Sila baca smpy habis sebelum membuat sebarang spekulasi. Terima kasih.
....artikel bermula....
Saya teringat ketika sekolah rendah dahulu, subjek Fiqh. Bab bersuci, mandi wajib.
Lalu cikgu perempuan itu pun memberitahu:
"Di antara perkara yang menyebabkan seseorang seseorang berada dalam keadaan berhadas besar adalah bersetubuh, keluar air mani,................."
Lalu saya pun nak bertanya apa makna bersetubuh, tapi tiba-tiba kawan di sebelah saya pun cakap "Apela ko ni, bersetubuh tu maksudnye bersentuhan la antara lelaki dan perempuan".
Well, aku tak caya ngan member aku tu sebab tengok muka pun aku dah tahu dia tak tahu apa-apa, tetapi memandangkan waktu sekolah rendah dulu cikgu suka campak saya kat tempat paling belakang sekali, maka saya tidak berpeluang untuk bertanyakan hal tersebut kepada cikgu saya secara jelas. (Hahaha, kat universiti aku boleh duduk depan, bleh tny macam2)
Tak habis lagi.
Maka disebabkan semangat ingin tahu, saya cuba mencari jawapan kepada makna perkataan "bersetubuh" tu. Time tu takde internet lagi, jadi saya hanya merujuk kepada buku-buku yang saya jumpa. Akhirnya terjumpalah sebuah buku, tajuk dia tak ingat apa, tapi buku tu ada cerita pasal adab-adab semasa persetubuhan mengikut Islam. At last, tahu jugak bersetubuh tu ape. Hahaha.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Well, tadi tu intro je. Selalunye bile kita tanya orang-orang zaman sekarang, "apa hubungan yang boleh wujud antara lelaki dan perempuan", selalunya orang akan cakap cinta, hubungan kelamin, suami isteri dan lain-lain la. Jarang la orang cakap perempuan dan lelaki boleh jadi pelengkap kepada sesebuah organisasi atau persatuan. Walaupun ramai yang pandai cakap "lelaki dan perempuan" saling memerlukan, tetapi yang ada dalam otak mereka hanyalah bende-bende kotor je.
Kenapa jadi macam ni?
Sebabnya, cara hidup kita.
Media-media hiburan telah mengubah pemikiran kita. Perhatikan sahaja apa yang terkandung dalam buku-buku kisah dongeng yang sering dibacakan untuk kanak-kanak.
Ini hanya sebahagian daripada cerita-cerita terkenal yang jalan ceritanya boleh dikatakan diketahui oleh kanak-kanak seluruh dunia. Adakah ini cerita dongeng orang-orang Barat? Adakah cerita-cerita ini dikarang oleh orang-orang Barat sejak turun-temurun? Adakah orang-orang eropah menceritakan cerita-cerita sebegini kepada anak-anak mereka sebelum tidur sejak dari zaman dahulu lagi?
Tidak! Ini bukan cerita rakyat bagi orang-orang Barat. Ini juga bukan cerita turun-temurun yang diturnkan oleh generasi-generasi terdahulu orang-orang Eropah. Tetapi cerita ini dikarang oleh tentera-tentera Dajjal yang sangat ingin merosakkan generasi muda manusia.
Maka apakah racun yang telah ditanam oleh tentera-tentera Dajjal di dalam hiburan-hiburan ini?
Cinta dan Seks.
Mereka cuba menanamkan dalam diri kanak-kanak cerita-cerita yang sering membangkitkan perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, walaupun mereka masih kanak-kanak. Kesannya, ketika mereka remaja, mereka tidak lagi mampu mengawal diri mereka dan sering mengatakan bahawa cinta yang membuak-buak itu adalah fitrah dalam diri remaja.
Ya, cinta itu fitrah, tetapi cinta gila yang sedang melanda dunia remaja sekarang bukanlah fitrah, tetapi ia adalah satu barah yang telah ditanam oleh tentera Dajjal, Disney dan lain-lain bersama sekutu-sekutunya yang telah merosakkan diri kanak-kanak. This is the fact.
Setelah kanak-kanak terpukau dengan cerita cinta yang diceritakan oleh ibu-ibu mereka setiap malam sebelum tidur, apabila mereka meningkat remaja, semakin banyak lagi babak-babak cinta yang telah diselitkan dalam hiburan-hiburan mereka. Malah ada juga cerita yang berteraskan cinta 100%. Anda boleh temuinya di dalam novel-novel serta filem-filem dan drama zaman sekarang. Bagi tahu saya sekarang, movie apa yang tiada babak cinta? Kalau ada pun sikit sangat. Perhatikan sendiri bagaimana telenovela-telenovela begitu pandai memainkan perasaan penontonnya sehingga mampu memukau ribuan penonton untuk turut sama-sama menangis bersama pelakon di dalam drama tersebut.
Begitu hebat sekali filem-filem seperti ini menumbuhkan sel-sel barah dalam diri setiap manusia sehingga kita melihat percintaan antara sepasang lelaki dan perempuan yang belum berkahwin adalah perkara biasa. Lihatlah betapa banyaknya cerita yang memaparkan percintaan antara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin. Malah ada sesetengah filem, hanya menggunakan pelakon wanita bertudung sahaja, sudah cukup untuk membuatkan umat Islam semua tertipu, kononnya cerita itu baik. Kononnya percintaan mereka itu mengikut Islam. Ketahuilah, dalam Islam, cinta antara lelaki dan perempuan hanyalah selepas berkahwin.
Barah-barah cinta ini telah tumbuh sehingga manusia menjadikan aspek cinta itu sebagai satu matlamat besar dalam hidup. Malah ada juga remaja yang hanya memikirkan tentang cinta, bermula dari bangun tidur, sehingga tidur semula dan sehingga dalam mimpi sekalipun. Mereka hidup hanya memikirkan cinta. Hidup hanya bermatlamatkan cinta, sehingga putusnya cinta mampu membawa kepada bunuh diri. Adakah ini maksud ayat "lelaki dan perempuan saling memerlukan"?
So, apa itu cinta yang benar-benar suci? (saya akan jawab di posting yang lain)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Baiklah, itu bab cinta. Bagaimana dengan seks? Adakah media-media Dajjal seperti Disney dan Hollywood turut mempromosikannya?
Ya. Malah sekarang telah banyak pembongkaran dibuat bagaimana para tentera Dajjal ini telah menyelitkan unsur-unsur seks dalam hiburan kanak-kanak. Anda boleh lihat sendiri melalui video-video di youtube bagaimana media-media Barat ini menyembunyikan imej-imej lucah di dalam siri kartun-kartun mereka. Maka tidak hairanlah kanak-kanak zaman sekarang ini semakin awal mereka mencapai umur akil baligh.
http://www.youtube.com/watch?v=SofUiHejrj0
http://www.youtube.com/watch?v=73fCLx-mFLg&feature=fvst
Another thing, satu persoalan lagi ingin saya timbulkan. Pernahkah anda melihat adegan cium bibir ke bibir yang sering ditayangkan dalam filem-filem Barat (Dajjal) ini?
Malah untuk cerita seperti Snow White, adegan tersebut adalah adegan terpenting dalam cerita itu kerana ciuman tersebut telah menyembuhkan Snow White daripada epal beracun.
Persoalannya,
Tahukah anda apa maksud ciuman ke mulut seperti itu? Adakah ia melambangkan cinta? Adakah ia melambangkan kasih sayang seperti yang selalu digambar-gambarkan oleh media-media Dajjal?
Jika ciuman ke mulut itu adalah melambangkan kasih sayang, kenapa kita tidak cium emak kita di bahagian mulut? Kenapa tidak cium ayah kita di bahagian mulut? Kenapa tidak cium nenek kita di bahagian mulut? Kenapa kita hanya mencium orang yang dikasihi di bahagian lain seperti pipi, tangan dan dahi? Bukan mulut atau bibir?
Jawapannya, kerana ciuman di mulut bukanlah melambangkan cinta, tetapi melambangkan permulaan hubungan seks (foreplay). Senda gurau sebelum persetubuhan.
Mungkin pembaca-pembaca yang belum berkahwin tidak akan memahami apa maksudnya.
tak faham?
Ok, macam ni lah. Terpaksa gak bagitahu benda ni. Hmmm, sebelum melakukan persetubuhan, seorang suami perlu bergurau-gurau dengan isterinya terlebih dahulu. Ini berdasarkan perintah Rasulullah supaya suami bersenda gurau terlebih dahulu untuk membangkitkan syahwat isteri sebelum melakukan hubungan seks. Ada beberapa perkara yang boleh dilalkukan seperti menyentuh dan mengurut-urut bahagian "tertentu" pada badan wanita dan lain-lain. Dan salah satunya ialah, MENCIUM DI BAHAGIAN MULUT dan MENGHISAP LIDAH ISTERI (french kiss).
Fuyo, nak meratah seorang perempuan pun kena ada adab jugak.
Kenapa kena bersenda gurau dahulu sebelum melakukan persetubuhan? Saya akan jawab di bahagian bawah posting ni. Tetapi ingin saya tekankan di sini, salah satu cara-cara bersenda gurau tersebut ialah kucupan di bibir. Dan kucupan di bibir bukanlah melambangkan cinta, tetapi melambangkan orang yang tengah bersedia untuk melempiaskan nafsu syahwatnya.
Faham?
Sedarkah anda semua? Bagaimana bodohnya kita ditipu oleh tentera-tentera Dajjal. Kita menyangkakan bahawa ciuman mulut itu adalah lambang cinta dan kasih sayang, tetapi sebaliknya ia adalah lambang permulaan bagi sebuah persetubuhan atau hubungan seks. Dan inilah yang telah merangsang minda-minda separa sedar anak-anak kita yang masih kecil ketika mereka menonton televisyen.
Sebab tu lah budak-budak skrg advance sgt pasal seks, dah hari-hari tengok orang bercium dalam tv.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita lain....
Ada seorang rakan sekelas saya pernah bertanya kepada saya, kenapa perempuan perlu pakai hijab?
Korang rasa sebab apa?
Sepatutnya tidak perlu tanya, kerana ia adalah perintah Allah. Jika telah terbukti dengan bukti saintifik yang pakai tudung tu baik pastu barulah perempuan nak pakai tudung, ini bermakna anda bukan beriman kepada Allah, tetapi beriman kepada sains.
Memang macam tu lah masyarakat kita sekarang. Sunnah Nabi tak nak ikut. Tapi bila dah ada kajian saintifik yang mengatakan sunnah Nabi itu baik untuk kesihatan, barulah berebut-rebut nak ikut, siap boleh jadi modal jual barang lagi. Nampak sangat umat Islam zaman sekarang beriman kepada sains, bukan kepada Allah.
Well, apa-apa pun, kita cuba jugalah mencari apa hikmahnya.
Kenapa perempuan kena pakai tudung? Adakah kerana untuk menutup kecantikannya?
Jika begitu mengapa Rasulullah mengatakan seindah hiasan dunia adalah wanita solehah jika benar hijab menutup kecantikan wanita?
Jawapannya tidak. Islam tidak menutup kecantikan wanita. Sebab tu la lelaki disuruh menundukkan pandangan walaupun perempuan telah pakai tudung. Sebab perempuan tu masih cantik ketika memakai tudung.
Kalau begitu, kenapa lelaki lebih suka melihat wanita yang tidak bertudung?
Adakah perempuan menjadi lebih cantik jika tidak bertudung?
Nak tahu tak sebab apa lelaki suka memandang wanita?
Skroll ke bawah.....
Skroll lagi....
Sabar, jangan gelojoh.
Terima kasih kerana skroll sampai sini.
Hanya ada 2 sebab kenapa lelaki suka melihat fizikal wanita.
1. Kerana kecantikan
2. Kerana rangsangan nafsu syahwat
Apa beza kedua-dua tu?
Mesti ada beza.
Cantik dan merangsang adalah 2 sifat yang berbeza. Sebagai contoh, sebuah hidangan makanan yang begitu menyelerakan dengan satu dos suntikan dadah.
Ada manusia suka kepada kedua-dua benda tersebut. Adakah kerana sedap? Ya, sebuah hidangan seekor ayam golek memang sedap untuk dimakan. Adakah suntikan dadah juga sedap?
Tidak, dadah bukan dalam kategori sedap tetapi ia dalam kategori merangsang. Dan apabila dalam keadaan terangsang, minda sudah tidak mampu berfungsi dengan sempurna lagi dan berada dalam keadaan khayal. Dan dadah sama sekali bukan dalam kategori SEDAP walaupun ada manusia yang suka mengambilnya.
Manusia suka makan sesuatu tidak semestinya kerana sedap. Begitu juga lelaki suka memandang wanita. Tidak semestinya kerana wanita itu cantik.
Habis tu kerana apa?
Kerana 2 sebab yang telah saya nyatakan di atas.
Anda mesti memahami hakikat tubuh fizikal seorang perempuan. Jika anda katakan perempuan itu cantik, ketahuilah kecantikan wanita bukanlah pada semua bahagian tubuh badannya, tetapi hanya sebahagian. Manakala bahagian lain yang tidak termasuk dalam kategori cantik pula akan masuk dalam satu lagi kategori lain iaitu, MERANGSANG nafsu syahwat.
Ada bahagian-bahagian badan wanita yang memang untuk kecantikan dan ada pula bahagian-bahagian badan wanita yang telah dicipta oleh Allah khas untuk merangsang nafsu syahwat lelaki.
Inilah kesilapan yang sering dilakukan oleh kebanyakan wanita. Mereka menyangka mereka ingin menunjukkan kecantikan mereka kepada lelaki, tetapi sebaliknya bahagian badan yang mereka tunjukkan itu adalah bukan bahagian yang cantik, tetapi bahagian yang merangsang. Kalau tidak tunjuk badan pun, mereka hanya tunjuk bentuk badan. Ni pun tak leh gak.
So apa dia bahagian yang cantik dan apa pula bahagian yang merangsang?
Payah untuk menjawabnya kerana bukanlah saya yang mencipta manusia, tetapi Allah lah yang telah mencipta manusia. Maka sebagai garis panduan untuk membezakan bahagian-bahagian yang cantik dengan bahagian-bahagian yang merangsang, maka Allah telah memerintahkan agar wanita menutup semua anggota badan mereka kecuali muka dengan tapak tangan.
Kerana itulah Rasulullah bersabda bahawa seindah hiasan adalah wanita solehah, kerana wanita solehah hanya menunjukkan kecantikannya sahaja, iaitu muka dan tapak tangan manakala pakaian wanita yang tidak beriman pula mempamerkan bahagian yang cantik bersama bahagian yang merangsang, seperti mencampurkan ayam golek yang sedap tadi dengan dadah.
Seenak-enak ayam golek ialah ayam golek yang asli, tak campur dadah.
Begitulah wanita. Secantik-cantik wanita adalah wanita yang hanya menunjukkan kecantikannya, bukan menunjukkan bahagian badan mereka yang merangsang itu.
So ada orang cakap, apa salahnya kalau tunjuk bahagian yang merangsangkan tu kepada lelaki?
Mestila salah. Ok takpe, biar saya jawab guna ayat Al-Quran di bawah.
Surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud : "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuh (ketika keluar); cara yang demikian itu lebih senang supaya mereka dikenal (sebagai wanita yang baik-baik) dan agar mereka tidak diganggu atau disakiti…"
Berdasarkan ayat Al-Quran di atas, sudah jelas kenapa Allah menyuruh wanita menutup aurat, iaitu untuk melindungi wanita daripada menjadi mangsa lelaki.
Nak lebih jelas?
Saya bagi satu lagi jawapan mudah. Ini saya dengar daripada ceramah Dr Fadzilah Kamsah. Kalau tak betul marah dia tau, jangan marah saya.
Dia kata, ada terlalu banyak perbezaan di antara lelaki dan perempuan. Salah satunya ialah skop penglihatan. Dikatakan, penglihatan lelaki lebih kecil sudutnya, fokus kepada satu titik, manakala bagi perempuan pula, skop penglihatannya lebih luas dan besar.
Sebagai contoh, jika melihat satu pemandangan, penglihatan seorang lelaki akan lebih terfokus kepada sesuatu. Lelaki akan melihat satu persatu objek, matahari, kemudian pokok dan kemudiannya gunung. Manakala penglihatan seorang perempuan pula lebih luas sudutnya. Perempuan akan lihat matahari, gunung dan pokok secara serentak.
Berdasarkan cara penglihatan, kita dapat lihat bahawa Allah telah menjadikan lelaki itu sebagai "pemangsa" (kerana haiwan pemangsa selalunya mempunyai skop pemandangan yang kecil tetapi lebih menumpu pada satu titik) dan perempuan pula mempunyai cara penglihatan yang sama seperti haiwan yang menjadi "mangsa" (di mana skop pandangan matanya lebih luas tetapi tidak fokus untuk mengelakkan daripada haiwan pemangsa dan sentiasa berjaga-jaga).
Maka selalunya Allah telah menciptakan makhluk yang menjadi "mangsa" mempunyai cara melindungi diri sendiri (self-protection) daripada haiwan "pemangsa" seperti mempunyai tanduk yang tajam, bau yang busuk, berpura-pura mati, warna yang mengelirukan dan banyak lagi. So apakah self-protection bagi perempuan? Ofcourse la hijab/tudung kerana tudung mampu menghalang lelaki daripada menjadi "tidak boleh duduk diam".
Tapi Allah itu maha adil. Haiwan pemangsa tetap memerlukan mangsa supaya dia masih boleh terus hidup. Harimau masih boleh menangkap sebahagian daripada sekumpulan rusa sebagai rezekinya walaupun rusa itu mempunyai tanduk sebagai self-protection. Cara yang telah diilhamkan oleh Allah kepada harimau tersebut adalah dengan bersembunyi di sebalik rumput-rumput yang tebal ketika memburu lalu membaham rusa itu dari belakang.
Maka bagaimana pula Allah menetapkan "rezeki" yang halal bagi seorang lelaki yang berkeinginan terhadap perempuan? Mesti ada cara, sebagaimana Allah memberikan harimau itu satu cara.
Caranya ialah dengan perkahwinan. Ya, dengan perkahwinan lelaki akan dapat memenuhi tuntutan nafsu syahwatnya kerana perempuan tidak perlu memakai self-protectionnya (hijab) ketika berdua-duaan bersama suaminya di dalam rumah. Dan lelaki pulak suka "memburu" waktu malam. (Harimau kan suka memburu waktu malam).
Dan sebagai pencipta manusia, Allah telah menetapkan bahawa perkahwinan sahaja sebagai cara untuk melempiaskan nafsu syahwatnya, bukan dengan berzina, merogol, menonton filem lucah atau melancap.
Tetapi masalahnya, ada lelaki yang tidak mahu ikut cara halal yang telah diajar oleh Allah. Maka mereka ini pun suka buat benda haram, seperti merogol perempuan-perempuan yang berpakaian seperti seorang pelacur dan lain-lain.
Maka ada pihak pula yang akan menyalahkan golongan lelaki semata-mata. Mereka juga kata lelaki sepatutnya kena pandai kawal perasaan.
Sekejap.
Fikir sekejap, betul ke?
Tetapi kita mesti ingat. Sebagaimana yang telah saya katakan tadi, kesan daripada mereka yang menunjukkan bahagian badan yang merangsang kepada lelaki telah menyebabkan minda lelaki tidak dapat berfungsi dengan normal lagi. Ia ibarat minda yang berada di bawah pengaruh dadah. Sebagaimana dadah merangsang minda dan menyebabkan ianya tidak dapat berfungsi dengan normal, begitulah juga dengan aurat wanita.
Biar saya bagi satu penjelasan.
Apabila terlihat aurat wanita (walaupun sekadar bentuk), jantung lelaki akan mengepam darah dengan lebih laju. Ketika ini, aliran darah akan menuju ke bahagian zakar dengan lebih banyak dan laju berbanding dengan bahagian lain. Darah yang menuju ke bahagian otak pula akan berkurangan menyebabkan lelaki tidak dapat berfikir dengan waras lagi kerana darah-darah telah dipam kearah zakar lelaki.
Dan jika melihat aurat wanita yang lebih "berat" lagi, maka makin banyak lagi darah yang akan dipam ke arah zakar lelaki sehingga akhirnya ia menegang dengan begitu keras dan begitu aktif sekali (walaupun tidak bertulang) setelah menerima darah yang banyak daripada jantung. Dan ketika itu, otak lelaki memang sudah tidak dapat berfungsi dengan betul.
(Patutla orang kata pelajar perempuan lebih pandai dari lelaki, rupa-rupanya otak lelaki dah jadi tak waras pasal buah dada cikgunya mengancam, tak reti nak cover)
Tapi perempuan ni degil gak. Dia kata, takkan tengok rambut pun boleh terangsang? Takkan tengok bahagian dada timbul sikit dah boleh terangsang?
Baiklah cik adik, jangankan tubuh perempuan, pakaian dalam perempuan pun ada lelaki boleh terangsang kalau tengok, inikan pulak tubuh perempuan tu sendiri. Rambut perempuan pun boleh merangsang nafsu syahwat lelaki tanpa disedari, lagi-lagi kalau rambut tu basah.
Papehal pun, Allah lebih mengetahui.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Lagi satu kes, ada perempuan cakap kalau dia tidak bertudung, dia akan lebih cantik. Buktinya, lebih ramai lelaki yang akan memandangnya.
Jawapan saya, salah dan betul.
Salah, kerana perempuan tidak akan menjadi lebih cantik jika tidak bertudung, kerana bertudung atau tidak, sama sahaja. Kalau dah memang cantik, cantikla. Kalau dah tak cantik tu, tak cantik la.
Betul, kerana memang ramai lelaki yang akan memandangnya. Tetapi lelaki memandangnya bukan kerana perempuan itu cantik, tetapi kerana lelaki tu dah terangsang nafsu syahwatnya.
Saya bagi contoh mudah.
Jom kita buat satu eksperimen. Ambil 2 orang perempuan yang berpakaian lengkap, sama jenis dan jenama. Seorang perempuan yang cantik, seorang lagi kurang cantik (kalau ikut pandangan lelaki itulah). Jika 2 perempuan itu berada dalam satu bilik, maka sudah tentu lelaki itu akan merenung kepada perempuan yang cantik itu sahaja. (dont try this at home ye adik2)
Tetapi tiba-tiba perempuan yang kurang cantik itu menanggalkan kesemua pakaiannya. Adakah lelaki tadi masih memerhatikan perempuan yang cantik itu?
Tidak. Lelaki itu pasti akan mengalihkan pandangannye kearah perempuan yang sedang berbogel itu walaupun dia tidak cantik.
eksperimen tamat.
Sekarang adakah anda sudah faham beza antara cantik dengan merangsang? Adakah perempuan yang tidak cantik itu akan menjadi cantik tiba-tiba apabila berbogel sehingga lelaki sanggup memandangnya?
Tentulah tidak.
Lelaki itu memandang perempuan yang sedang berbogel kerana lelaki itu telah terangsang nafsu syahwatnya, bukan kerana perempuan tu cantik.
Sekarang cuba jawab soalan ini:
Adakah peha wanita itu cantik?
Adakah buah dada wanita itu cantik?
Adakah pusat wanita itu cantik?
Adakah faraj wanita itu cantik?
Adakah punggung wanita itu cantik?
Tidak! Kesemua anggota tersebut tidak cantik. Tetapi kesemua anggota itu mempunyai satu sifat, iaitu merangsang nafsu syahwat lelaki.
Kesimpulannya, lelaki lebih suka memandang wanita yang seksi, tak kira perempuan itu cantik atau tidak, kerana lelaki itu sudah terangsang, bukannye terpegun!
Jangan risau wahai perempuan-perempuan yang berhijab. Anda masih lagi cantik. Semua orang akan nampak anda cantik. Tetapi yang hanya akan nampak anda ini juga merangsang hanyalah suami anda.
Satu lagi eksperimen mudah. Bayangkan ada sebuah pameran galeri gambar dalam sebuah bilik. Di satu sudut, ada gambar sebuah pandangan yang indah, yang ditangkap menggunakan kamera yang berkualiti tinggi.
Manakala di satu sudut yang lain pula ada sebuah gambar perempuan yang sedang berbogel. Perempuan tu tak lawa pun, dan tangkap pulak pakai kamera handphone je. VGA plak tu. Kualiti gambar pun buruk.
Tapi anda rasa gambar mana yang akan menjadi perhatian lelaki? Adakah gambar pemandangan yang lawa atau gambar perempuan itu?
Sudah pasti lelaki itu akan tertarik kepada gambar perempuan tersebut walaupun perempuan itu tidak lawa, kualiti gambar tidak cantik dan gambar pula bersaiz kecil, walaupun di sebelahnya terdapat gambar yang lebih lawa, ditangkap dengan kamera yang lebih berkualiti dan saiz gambar yang lebih besar dan jelas.
eksperimen tamat.
Maka daripada kedua-dua eksperimen tadi, dapatlah kita rumuskan bahawa lelaki suka memandang perempuan yang tidak berhijab bukan kerana perempuan itu lawa, tetapi kerana perempuan itu telah menanggalkan self-protectionnya dan merangsang nafsu syahwat lelaki dan meletakkan diri perempuan itu sendiri dalam situasi yang berbahaya kerana menjadi sasaran pandangan mata seorang lelaki yang dalam keadaan berahi, samalah seperti seekor harimau yang suka merenung seekor kambing yang terpisah daripada kumpulannya sambil menjilat-jilat bibirnya.
Dan yang paling penting daripada eksperimen ini ialah.....
DONT TRY THESE AT HOME
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Ni kes lain pulak. Ada seorang classmate saya pernah tanya, kenapa perempuan je kena pakai tudung, lelaki tak payah pun?
Classmate saya ni lelaki.
Maka disebabkan saya rasa macam segan untuk jawab secara lisan, saya jawab secara bertulis sahajalah dalam blog ni.
Seperti yang telah saya jawab di atas, sebenarnya, terdapat banyak perbezaan antara lelaki dan perempuan.
Salah satunya ialah mengenai rangsangan nafsu syahwat.
Jika lelaki, cukup dengan pandangan mata sahaja, sudah boleh terangsang.
Tetapi perempuan pula tidak terangsang melalui pandangan. Perempuan perlukan sentuhan dan belaian untuk terangsang.
Mungkin perempuan ada yang terpikat dengan lelaki melalui pandangan, tetapi bukan terangsang.
Terpikat dengan terangsang lain ye....
Lelaki lebih mudah terangsang kepada wanita berbanding wanita terangsang kepada lelaki.
Sekali lagi nak tegaskan. Terangsang dengan terpikat lain ye.
Lelaki boleh terangsang melalui banyak deria seperti pandangan mata, sentuhan, bayangan minda dan hati, percakapan dan banyak lagi.
Perempuan pula terangsang nafsu syahwatnya bukan melalui pandangan matanya tetapi melalui sentuhan(disentuh, diraba, diurut, digigit, dicubit, digentel, diusap, dicium, dicumbu, dijilat, diisap dan lain-lain).
Buktinya, ketika mahu mengadakan hubungan seks, sebahagian lelaki akan "gelojoh". Kenapa gelojoh? Kerana lelaki sudah terangsang dengan hanya memandang perempuan. Perempuan pula masih terpinga-pinga dengan kegelojohan lelaki kerana perempuan tidak terangsang melalui pandangan matanya, sebaliknya dia perlu dibelai oleh lelaki terlebih dahulu untuk merangsang nafsu syahwatnya sebelum melakukan hubungan seks.
Kerana itu, lelaki tidak boleh terburu-buru melakukan hubungan seks dengan isteri sebelum isterinya sudah berada dalam keadaan yang "bersedia". Jika dilakukan persetubuhan secara terus, ia akan menyeksa si isteri yang masih belum bersedia. Takut nanti ketika sang suami sudah mencapai kemuncak seks (orgasm), isteri masih belum lagi.
Nak bersetubuh pun kene ikut sunnah. Jangan main balun je.
Sebab tulah perempuan perlu memakai tudung, lelaki tidak kerana lelaki boleh terangsang melalui mata. Maka pandangan mata lelaki perlu dihalang dengan hijab.
Perempuan pula tidak akan terangsang melihat lelaki, cuma kalau ada pun sekadar hatinya jatuh cinta pada lelaki itu, bukan terangsang nafsu syahwatnya, sebab tu la lelaki tak perlu pakai tudung.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah nak habis dah artikel ni.
Lagi satu,
Walaupun sekadar melihat muka perempuan, walaupun tidak terangsang, lelaki tetap akan jatuh hati dengan mudah pada perempuan. Maka bagi mengelakkan zina hati, Islam menyuruh kaum muslimin menundukkan pandangan walaupun berdepan dengan perempuan yang bertudung.
Oooo, kalau macam tu, kenapa Allah tak wajibkan purdah supaya dapat tutup terus pintu zina?
Saya jawab, tidak perlu. Kerana jika hanya melihat muka, walaupun telah tergoda, lelaki masih boleh mengawal dirinya kerana dia belum terangsang. Allah hanya suruh perempuan tutup tempat-tempat yang boleh menyebabkan lelaki hilang "akal". Manakala bahagian muka pula, kalau perempuan tak tutup, lelaki la yang kena pandai-pandai sendiri tundukkan pandangan kerana lelaki masih tidak hilang akal apabila melihat muka perempuan.
Jumpa perempuan yang bertudung, dah kne suruh tundukkan pandangan. Kalau jumpa perempuan tak bertudung, lagi la.
Sama-sama muhasabah diri.
Akhir kalam, hidayah akan datang bila kita tekan nafsu.
Manakala hidayah akan lari bila kita ikut nafsu.
1 persoalan yg membuat sy tertanya2 ialah, bagaimana dgn wanita yg mmg lengkap menutup aurat, tetapi masih lg dirogol oleh lelaki? adakah dlm kes ni kaum lelaki perlu dipersalahkan? sila komen. terima kasih.
(Ops, lupe lak bagi tahu, posting ni "kurang" sesuai untuk orang yang x open minded dan belum berkahwin. bagaimanapun sila baca demi ilmu dan manfaat)
credit: Brofat (url removed upon his request)
10 comments
Comment by fairuz on May 21, 2010 at 3:45 PM
cess...dah abis bace baru die bgtau untuk org dah kawen je...
Comment by Anonymous on May 24, 2010 at 1:59 PM
aah.dh hbs bce bru th untk org dh kawen je.aiyark!
pnh gak teambil tahu tntg soaln last tu,
mgkn,lelaki ini,
die dh bnyk sgt tgk sesuatu yg mergsgkn,
mgkn die ni pemandu teksi ke,
n prmpuan2 yg tgk sblm tu sume seksi2,
dan mgkn dsbbkn tak tahan nafsu,
walaupn prmpuan slpas itu lgkap berhijab,
ttp mnjadi mgsa.
mgkn.
dan pnh dgr,
pndgn lelaki ni scan.
die scan prmpuan2 yg lalu dpn die.
cm dkt stu skola,
tgk stokin yg prmpuan pki pn lelaki bule trgsg.
xth la ape yg dpndg nye.
lgpn,syaitan2 yg mghasut dh advance.
die dh th taktik yg die gne slame ni xjalan.
die gne taktik bru.
dtmbh ngn nafsu yg sdg mmbuak.
mgkn sbb tu manusia teleka,
lalu,prmpuan yg pki hijab pn jd mgsa.
dan spttnye,
prmpuan2 yg xbehijab amik teladan,
'sdgkn yg pki hijab pn kene,apatah lg aku yg xbehijab'
tp len plak yg meka fkir,
'ala,pki hijab pn kene,ape bezanya pki ngn xpki.bek xpyh pki.kalu nk kne tu,kne jgak'
tp pape pn,
Allah lebih Tahu.
-muslimah-
Comment by Unknown on May 24, 2010 at 4:26 PM
masyaAllah muslimah..... terima kasih ats jwpn2 anda..... walau bagaimanapon sy belom berpuas hati dgn jwpn tu..... tp sy menghargai komen anda.
ada betulnya apa yg anda ckp tu. jazakillah.
tentang anda memperkata kn lelaki tgk stokin tu terangsang..... sy berpendapat bhwa anda belom phm artikel sy sepenuhnya.....
dan
anda juga xphm defini 'rangsangan'
maaf jika sy slh fhm.
bagaimana pon.... sila fahami artikel sy di ats dan selami falsafah nya..... terima kasih.
akak fairuz>> hehe..... sy pon belom kak.....
Comment by kiko kiki lala on May 25, 2010 at 3:44 PM
tengs wais for an informative post.
tpy soalan bwh tu, kite pon tatau.
Comment by Nurul Adibah bt Rahmat on June 3, 2010 at 4:03 PM
salam mahabbah.....orang yang tak kawin lagi pun kena tahu gak.tapi bukan untuk laksanakan....tunggu kawin dulu,kena sabar....sekadar pengetahuan umum...lagi2 perempuan kena tahu..nice artikel n nampak reality.......ana pun baru tahu.masyaallah..........setiap di tubuh wanita itu simbol bagi lelaki.kerana itu lelaki mudah terangsang...di wajah simbol rangsangan pada bentuk badan.....pandangan mata itu buaian nafsu jika tidak dijaga,kerana itu Allah memerintahkan kita menundukkan pandangan samaada lealki mahupun perempuan.......Tetapi bagi sang ikhwah jangan lupa tgungjawab kamu terhadap ibu,isteri,kakak,adik perempuan dan anak perempuan...Itu tanggungjawabmu..diorang boleh heret kita(lelaki) ke syurga mahupun neraka.pilihlah untuk melihat syurga atau neraka............bab rangsangan ni pulop bagi ana,satu gelojak nafsu yang bermaharajalela hingga tak mampu kawal...bak kata akhi,apabila lelaki terngsang,maka darah2 ke zakar walaupun tak bertulang dan darah2 di oatk berkurangan....cuba lihat setiap kejadian Allah.....Subhanallah....Lelaki dan perempuan dari jantina yang berlainan.ingat kisah nabi Adam dan Hawa????Itulah perasaan seorang lelaki apabila melihat wanita kali pertama.......wahai ikhwah.....kagumi dan didiklah wanita walaupun dasarnya bisa mengundang syahwat..batasi.didik kami wahai semua sang ikhwah....
Comment by Anonymous on June 15, 2010 at 1:50 PM
salam...
terima kasih ats perkongsian yg amat jelas.
saya fikir, mesej ini amat wajar diketahui oleh semua wanita/ perempuan islam mahu pun bukan islam. terutama remaja dan anak muda.
cuma sdkt teguran, harap penulis dapat menggunapakai perkataan/ bahasa yg sesuai dengan semua lapisan masyarakat agar terpaparlah nilai dan adab yg murni.
..."Semua benda mesti ada adab."...(",)
Comment by Inspirasi hatiku on August 29, 2010 at 3:43 PM
perfect artikel... lagi bagus jika mesej ni disebarkan lbih mluas trutama kpd kaum wanita..
Comment by Anonymous on October 29, 2010 at 1:26 PM
salam...time kasih ats sharing. pd saye, bukan org dh kawen je perlu tahu, yg belum kawen esp ppuan pon ade manfaat kalu tahu. sbb kami tak sedar la kot beza antara suke/cinta ngan merangsang, so ade yg tak mau tutup aurat sbb rase nmpak lebih cantik etc.
sy pnah dgr pasal soalan yg last tu. mungkin ppuan yg tutup aurat ttp kadang (nauzubillah) jd mangsa rogol, sbb sblm tu laki bkenaan may b dh terangsang dgn org lain tp tak dilempias ats sbb ttentu. cthnye ppuan td jln berkumpulan. so bile dlm keadaan begitu ade ppuan lain yg sorang2, dia pun kene. wAllahu a'lam.
mungkin sy leh mintak pendapat uwais, kalu di share ttg 'kenyataan' ini kt fb utk sy respon pd 1 artikel yg di share ni..
http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/794-ketahuilah-wanita-lelaki-teransang-30-kali-sehari.html
tapi kalu awak rase tak sesuai, takpe la. cuma sy fikir ade baiknya ppuan tahu supaye dpt 'bantu' lelaki, esp yg ade grp study, discussion ngan classmate laki agar berpakaian lebih sopan supaya laki 'lebih produktif' bile blaja. wAllahu a'lam.
dan lebih2 lagi skg tgh hot org kate " yg tk tutup aurat pun perangai lebih baik..." jadi kalu mrk dpt 'faham' nature laki ngan lebih baik iA akan terlihat hikmah suruhan Allah ini. bagi yg masih 'mjadi mangsa' even dh tutup aurat, kite berbalik kpd basic. kite buat sbb suruhan Allah. hikmah itu bonus/hujah sokongan. kalu tak 1400 thn dulu org tak perlu bpuasa, sbb zaman moden ni baru saintis jmp " puasa raja segala ubat". wAllahu a'lam
Comment by justacoin on June 15, 2011 at 12:28 AM
salam,
im a muslimah, and me too wondering why women wearing hijab out there still becoming victims of rape.
One theory i have is- wanita2 berhijab ini berada di masa dan tempat yg salah. oleh itu, mereka menjadi mangsa kepada lelaki2 rakus yg tlh lama terangsang seksualnya (atas pelbagai sebab). kalau kebetulan wanita2 yg berada disitu tidak berhijab, mereka pn akan menerma nasib yg sama.
oleh yg demikian, lelaki2 perlu mndidik anak2 perempuan mereka, adik2 perempuan mereka, dan isteri2 mereka utk menutup aurat. serta mendidik anak2 lelaki agar mempelajari Islam secara menyeluruh dan mempraktikkannya.
Comment by Anonymous on May 24, 2012 at 1:03 AM
salam..
ustaz..saya ada masalah..harap ustaz dapat bantu. saya sedang mengambil lesen kereta dan cikgu yg mengajar saya merupakan seorang lelaki muda..waktu tu, saya dah pakai lengkap bertudung labuh dan berjubah yg besar. mmg takda can pun cikgu tu utk tgk aurat saya. tp masalahnya, cikgu tu sesuka hati kadang2 ketika nak tegur kesalahan memandu sy dia sentuh kaki saya atau tgn.sy sgt marah, tp tergamam dan hanya diam shj..sy tak tahu mcmana nak buat lg dah..sy sampai plan utk pastikan kelas memandu yg seterusnya supaya saya tak pakai walau secalit losyen,apa2 wangian dan berpakaian serba hitam..cukup ke dgn tindakan sy mcm ni shj?. terima kasih.
salamun 'alaikum.
wacana ini kuutarakan kepada sidang pembaca di alam maya ini. sebarang komentar, kritikan serta tunjuk ajar amatlah dialu-alukan kerna kita manusia yang pelupa, selalu saja membuat kesilapan. mungkin saja 1000 kekurangan terdapat dalam artikel ini. Wallahu a'lam.