Apabila seseorang mencetak duit palsu,dia telah melakukan satu jenayah besar, kerana duit merupakan satu aset penting dalam bidang ekonomi dan semua urusan jual beli. Apabila wang palsu yang dicetak itu sudah tersebar dalam pasaran, ia akan menjadi satu masalah besar kepada masyarakat. Dan orang yang bertanggungjawab mesti dihukum dengan seadil-adilnya.




Tetapi, macam mana kalau yang cetak duit palsu itu adalah Bank Negara sendiri?



Payah tu.





Tapi sebelum tu nak tanya dulu, korang reti tak bezakan duit palsu dengan duit tulen?





Sebelum tu pulak nak tanya lagi, korang tahu tak duit tu ape? (ni soalan paling penting)

hehehe...




------------------------------------------------------------------------------------------------




Menurut Ust Zaharuddin, ada 3 fungsi duit:

1) Medium of exchange
2) Store of value 
3) Unit of account




1) Medium of exchange
Utk point pertama ni rasanya semua faham kot. Sebagai medium pertukaran. Disebabkan kita dah tak nak pakai sistem barter yang menyusahkan, maka kita telah menggunakan sistem duit sebagai medium perantara untuk membeli dan menjual sesuatu barang.


2) Store of value
Maksudnya duit dijadikan alat untuk mengekalkan kuasa membeli kita. Ini bermaksud, jika anda menyimpan duit, anda sebenarnya mengekalkan kekayaan anda. Ini berbeza jika anda simpan kekayaan anda dalam bentuk lain, contohnya kereta. Jika anda simpan kekayaan anda dalam bentuk kereta, ini bermakna anda semakin miskin setiap tahun kerana nilai kereta semakin menurun setiap tahun. Kerana itulah anda perlukan duit.


3) Unit of account
Menentukan nilai sesuatu barang. Contohnya ada orang nak trade in kereta BMW dengan Mercedez. Macam mana kita nak tentukan yang harga kedua-dua kereta tu berapa nilainya? Tentulah dengan duit, dengan itu kita dapatlah tukar kereta secara adil.

Ambil contoh kalau kita pakai sistem barter, jika tidak ada sistem duit, maka kita tidak dapat tentukan harga barang. Sebab tu la jadi kes satu bakul durian boleh tukar dengan satu paket gandum je, pasal masing-masing tak tahu macam mana nak ukur nilai harga barang.





--------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok, dah kenal duit dan fungsinya? Let's proceed.


Cuba perhatikan duit anda sekarang. Adakah ia mampu melakukan kesemua fungsi-fungsi duit tersebut?



1) Medium of exchange
Adakah duit sekarang mampu menjadi medium of exchange? Cuba anda bawa duit Malaysia, RM100 kemudian pergi ke Amerika, dan seterusnya guna duit itu membeli sebuah novel di sebuah kedai buku di Amerika. Adakah penjual buku itu akan terima duit RM100 tu? Tak!


Kenapa? Kerana duit RM100 tu takde nilai di Amerika dan tidak mampu untuk menjadi medium of exchange di Amerika.

Ia sudah sama seperti sistem barter, di mana jika seorang pemilik lembu ingin menukarkan lembunya dengan gandum, dia hanya akan menukar lembunya apabila ia menjumpai pemilik gandum yang mahukan lembu!

Sama seperti dalam kes penjual buku tadi di mana dia tidak akan menjual bukunya sehingga dia menjumpai seseorang yang memiliki matawang USD yang mahukan buku tersebut.
Ini bermakna, duit sekarang tidak mampu menjadi medium of exchange!











2) Store of value
Seperti contoh yang saya telah berikan di atas, duit digunakan untuk mengekalkan kuasa membeli dan kekayaan kita. Adakah dengan menyimpan duit sekarang ni kita mengekalkan kekayaan kita? Tidak! Ini kerana nilai duit semakin hari semakin turun. RM1 pada hari ini tidak sama dengan RM1 pada 50 tahun yang lalu. RM1 dahulu boleh membeli nasi lemak dan air teh tarik, tetapi RM1 pada hari ini nak beli teh tarik sahaja pun dah tak cukup. Ini bermakna sia-sia sahaja anda menyimpan duit untuk sekian lama kerana nilainya semakin turun.
Duit sekarang tidak mampu untuk menyimpan nilainya....








3) Unit of account
Bolehkah duit sekarang digunakan untuk menentukan harga barang? Sedangkan nilai duit itu sendiri turun naik tak menentu, inikan pulak nak tentukan harga barang lain. Lagi la tak boleh. Orang-orang zaman sekarang akan mengatakan yang harga barang semakin naik. Kos sara hidup semakin meningkat. Harga minyak melambung naik.
Tetapi satu fakta yang hanya diketahui oleh pihak bank yang ingin saya beritahu anda semua iaitu, harga barang tidak naik, kos sara hidup tidak meningkat dan harga minyak tidak melambung tinggi, tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah nilai duit kita jatuh merudum hari demi hari!

Duit sekarang tidak lagi dapat digunakan untuk mengukur harga barang. Ini kerana apabila nilai duit turun, kita menuduh harga barang naik.







Disebabkan duit yang kita guna sekarang tidak mampu melaksanakan ketiga-tiga tanggungjawab tersebut, maka ia tidak layak dipanggil duit.





Apa yang ada dalam dompet anda sekarang sebenarnya bukanlah duit.



Habis tu ape?






Jawapannya, SAMPAH! Ya, Anda sedang mengumpul sampah yang banyak dalam dompet anda. Dan anda berbangga mempunyai sampah yang banyak di dalam bank. Inilah sebenarnya yang dipanggil "duit" dalam zaman sekarang.






-----------------------------------------------------------------------------------------------



Sejarah Duit Moden



Untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai bencana besar yang sedang berlaku dalam dunia ekonomi pada hari ini, perlulah kita melihat pada sejarah peradaban manusia yang lalu.



Sebelum itu, cuba perhatikan dahulu duit anda sekarang.


Lihat di bahagian tepi duit syiling anda.
Anda akan nampak kesan lekuk-lekuk, garisan-garisan di sekeliling duit tersebut. Apa maksudnya? Walaupun sebenarnya bertujuan untuk membezakan duit palsu dengan yang tulen, tetapi sebab utama kesan-kesan tersebut dibuat adalah kerana pengaruh duit zaman silam. Suatu masa dahulu, tamadun lama manusia (termasuk tamadun Islam) menggunakan emas tulen sebagai wang untuk apa jua transaksi perniagaan. Lekuk-lekuk tersebut adalah untuk mengelakkan daripada dikikis pada bahagian tepi. Tanpa lekuk-lekuk tersebut, jika seseorang mengikis pada bahagian tepi duit emas itu dia akan dapat mengumpul banyak "serbuk-serbuk" emas tanpa dapat dikesan oleh sesiapa. Kerana itulah lekuk-lekuk itu dibuat dengan tujuan untuk mengelakkan daripada dikikis.


Jika duit yang sudah botak di bahagian tepinya, maka duit itu tidak akan laku. Dan kesan lekuk itu sebenarnya tidak berapa perlu pun untuk duit zaman sekarang kerana duit sekarang tidak bernilai.









Lihat pula duit kertas anda.


Lihat pada perkataan "wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai". Ia terdapat pada setiap wang kertas Malaysia. Apa maksud perkataan tersebut. Ia sebenarnya ialaha sebuah perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia kepada rakyat Malaysia supaya menganggap helaian kertas yang tak berguna ini mempunyai nilai sebanyak RM10. Oleh kerana arahan "wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai" adalah hanya di antara kerajaan Malaysia dengan rakyat Malaysia sahaja, maka wang kertas ini hanya sah di dalam Malaysia sahaja dan tidak boleh dipakai di negara lain. Faham?








Mari kita lihat sejarah ekonomi pula. Jika anda perhatikan sejarah peradaban kaum-kaum yang bertamadun, anda akan menjumpai matawang mereka adalah emas dan perak. Anda boleh kaji sendiri jika anda tidak percaya dan apa yang anda akan dapati nanti memang emas dan perak digunakan sebagai matawang mereka.
Persoalannya, adakah zaman sekarang yang kononnya digelar zaman "moden" dan "bertamadun" menggunakan emas dan perak sebagai matawang? Tidak.








Mungkin ada sesetengah orang yang masih tidak nampak akan mengatakan bahawa duit kita disandarkan pada nilai emas dan kerajaan hanya boleh mencetak duit berdasarkan rizab simpanan emas negara.





Satu perkara yang ingin saya tegaskan di sini, DUIT ZAMAN SEKARANG TIDAK BERSANDARKAN PADA NILAI EMAS LANGSUNG DAN KERAJAAN BEBAS MENCETAK WANG SEBANYAK MANA YANG MEREKA MAHU!

Duit kertas mampu dicetak dengan banyak dalam masa yang singkat. Adakah ini anda panggil sebagai sesuatu yang "amat berharga"?







Apa buktinya?

Pada 15 Ogos 1971, Presiden Amerika pada ketika itu, Richard Nixon telah membatalkan perjanjian Bretton Wood yang telah menyebabkan matawang semua negara tidak lagi terikat pada nilai emas.

Presiden Richard Nixon pada 15 Ogos 1971 ketika membuat pengumuman pada dunia bahawa matawang USD tidak lagi terikat pada nilai emas yang seterusnya mengheret bersama semua matawang dunia yang disandarkan pada nilai USD untuk sama-sama "floating".



Sebelum tanggal malang tersebut, matawang USD yang menjadi rujukan seluruh dunia diikat dengan nilai 35 dollar for each ounce of gold. Ini berdasarkan perjanjian Bretton Wood yang dipersetujui selepas Perang Dunia Kedua berakhir. Tetapi, penjenayah Nixon telah membatalkan perjanjian tersebut dan membiarkan matawang dunia ditentukan berdasarkan teori "demand dan supply". (saya tahu ni bukan idea dia, tetapi Dajjal yang sedang cuba menguasai dunia)





Demand and Supply. Apa tu? Maksud mudah nya macam ni lah. Dalam konteks barangan, jika anda faham sikit-sikit pasal ekonomi, anda akan perasan yang harga barangan sebenarnya ditentukan berdasarkan permintaan pasaran. Bila Demand (permintaan) naik tetapi Supply (bekalan) turun, harga barang akan naik. Dan jika demand turun dan supply pula melebihi demand, maka harga barang akan turun.



Contohnya, jika semua orang nak beli durian, tetapi hanya ada satu kedai jual durian, sudah pastilah harganya naik. Tetapi jika semua orang tak nak makan durian, tapi banyak pulak kedai yang jual durian, maka harga durian akan jatuh.



Ok, tadi tu dalam konteks barangan. Adakah patut si Nixon celaka tu mengaplikasikan teori demand and supply dalam matawang? Tidak. Anda lihat lah bagaimana sistem matawang dunia hari ini berdasarkan contoh yang saya bagi di bawah.


Sebagai contoh, lihat matawang MYR (Malaysia Ringgit). Hari ini, jika seseorang ingin melakukan apa-apa urus niaga dalam Malaysia, mereka perlu menggunakan MYR. Ini bermakna ada demand untuk MYR kerana ada manusia yang memerlukan MYR. Makin banyak demand, makin naiklah nilai MYR. Tetapi bagaimana jika kerajaan tiba-tiba jadi bengong pergi cetak duit MYR banyak-banyak melebihi demand seperti yang berlaku pada tahun 1997? Inflasi. Krisis ekonomi pun berlaku di mana nilai Ringgit ketika itu jatuh merudum kerana supplynya telah melebihi demand.

Ketika krisis 1997, Mahathir menyalahkan George Soros sebagai matawang. Cuba anda fikir, bagaimanakah Soros ingin melambakkan matawang Malaysia tanpa bantuan orang-orang dalam Malaysia sendiri? Hakikatnya, Mahathir dan Soros kawan baik. Baik punya lakonan. Satu dunia kena tipu. Mahathir yang jatuhkan nilai RM kemudian dia pulak berlagak hero naikkan semula nilai RM.







Apakah semua ini? Ini adalah kerana kita menggunakan sistem matawang yang dipanggil sebagai FIAT MONEY.

Lecturer Mathemtics 3 saya pernah timbulkan persoalan mengenai isu ini. Sebab tulah saya tulis artikel ini untuk beliau.



Apa itu fiat money? Fiat money inilah satu sistem yang telah diperkenalkan oleh Presiden Richard Nixon bagi menggantikan Representative Money (wang yang disandarkan pada apa-apa komoditi seperti emas) yang digunakan pada ketika itu.





Richard Nixon : "Woi, korang nak tahu tak? Aku la yang reka fiat money ni. Korang mesti ingat nama aku tau!"


Richard Nixon: Best gile kalau pakai fiat money. Cuba try kalau tak percaya. Aku sendiri pun banyak fiat money dalam poket aku. "



Richard Nixon: Kalau guna fiat moeny, tak payah nak gendong emas berkilo-kilo. Hahah, kalau tak mahu patah tulang belakang korang nak angkut emas macam ni.... "


Richard Nixon: " Kalau korang kuat macam aku tak pelah. Tapi korang sume lemah. Baik guna duit kertas je. Tak payah susah-susah nak angkat emas. "


Richard Nixon: Apa? Korang tak nak guna duit kertas jugak? "



Richard Nixon: Penat-penat aku cerita tadi korang taknak guna jugak fiat money? Apa aku kisah. Aku Presiden US beb. Aku boleh paksa korang guna fiat money sekarang jugak! "







(Sekadar lawak) Dialah orang yang memaksa dunia menggunakan fiat money bagi menggantikan emas.







Let's go lebih detail.
Dalam dunia ni, ada beberapa jenis matawang.

1. Commodity Money
2. Representative Money
3. Fiat Money





Commoditi money. Commodity money adalah duit yang menggunakan barang-barang komoditi seperti emas, perak dan lain-lain. Duit jenis ini adalah duit yang paling stabil dan paling bernilai. Semua tamadun-tamadun manusia menggunakan duit jenis ini. Untuk pengetahuan anda semua, ada satu tamadun je yang tak guna duit komoditi iaitu tamadun pada abad ke 21 (zaman sekarang). Saya pun tak tahu la kenapa bengap sekarang orang zaman sekarang tetapi mengaku bertamadun dan maju.





Representative Money. Representative money adalah wang kertas tetapi disandarkan dengan nilai sesuatu komoditi. Disebabkan emas mempunyai berat yang sangat berat, maka manusia telah menggantikan penggunaan emas dengan helaian kertas yang mewakili emas, tetapi nilainya masih bersandarkan pada emas.





Fiat Money. Fiat money adalah duit yang paling bodoh sekali yang digunakan oleh manusia zaman sekarang. Majulah tu kononnya. Fiat moeny adalah duit yang takde nilai langsung, tetapi setiap kerajaan di seluruh negara telah memaksa rakyat mereka untuk menerima bahawa setiap kertas-kertas murah yang dikeluarkan oleh bank mempunyai "nilai yang sangat tinggi". Contoh fiat money adalah USD, MYR, Yen dan lain-lain.


----------------------------------------------------------------------------------------------


Duit kertas adalah duit palsu. Sebagai contoh, cuba anda lihat pada permainan Monopoly.


Dalam permainan Monopoly, ada duit kertas. Dan duit kertas dalam permainan tersebut hanya sah dalam permainan tersebut sahaja, dan setiap pemain akan merasai "nilai" duit kertas dalam permainan tersebut. Hakikatnya, duit itu tiada nilai langsung.


Sama seperti dunia ekonomi moden hari ini. Dunia ekonomi pada hari ini ibarat permainan Monopoly yang menggunakan duit yang tiada nilai tetapi telah memaksa semua orang menerima bahawa helaian-helaian kertas itu adalah sesuatu yang amat "bernilai".


-----------------------------------------------------------------------------------------------


Lihatlah nilai sebenar fiat money.....

Di Hungary pada 1946, wang kertas hanya diperlakukan seperti sampah. Dibuang dan dan dibiarkan bersepah di jalanan.


Seorang wanita di German telah menggunakan wang kertas sebagai bahan api untuk dapurnya. Ini berlaku sewaktu krisis ekonomi German 1923-1924 yang telah menyebabkan wang kertas atau fiat money telah berubah kepada nilainya yang sebenar, iaitu helaian-helaian sampah yang disimpan dalam dompet.



Ini juga di German pada tahun yang sama. Wang kertas (sampah) telah digunakan sebagai bahan api untuk dapur.



Lelaki ini telah menjadikan wang kertas yang dikeluarkan oleh bank sebagai "wallpaper" biliknya.




Ini cuma sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat dilampirkan di sini. Wang kertas atau fiat money yang kita gunakan ini akan kehilangan nilainya suatu hari nanti. Buktinya, nilai-nilai duit ini semakin merudum saban hari.

Duit-duit kertas ketika era peperangan dunia telah hilang nilainya. Duit-duit kertas zaman moden pula, pasti akan mengalami nasib yang sama pada hari ini. Lihatlah kembali wang anda. RM10, RM50, RM100 dan juga RM1. Hari ini, anda akan terasa ianya begitu bernilai sedangkan ia tidak mempunyai nilai langsung. Hari ini anda sanggup bergaduh demi duit tersebut. Hari ini anda sanggup bekerja keras demi duit tersebut. Ketahuilah, ianya bukanlah duit, tetapi sampah. Dan sampah tersebut akan bertukar menjadi sampah yang sebenar pada suatu hari nanti di mana anda akan lihat RM100 yang anda sayang-sayang itu akan dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah.



--------------------------------------------------------------------------------------------------


Apakah matawang yang telah digariskan dalam Islam?

Islam tidak pernah mengajar umatnya tentang fiat money. Ini kerana terdapat riba' tersembunyi dalam fiat money.

Jika anda meminjam RM50 daripada kawan anda, kemudian anda pulangkannya pada 10 tahun akan datang dengan jumlah yang sama, iaitu RM50 juga. Adakah nilainya sama? Tidak. Nilainya telah berubah.

Inilah riba'. Riba' dalam penggunaan matawang.


Hadith Rasulullah, dari Ubadah bin Samit: Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” (Muslim)


Apakah maksud hadith di atas? Ia adalah 6 matawang yang telah digariskan oleh Islam. (Siapa kata Islam tak cerita pasal ekonomi?)


Ini adalah jawapan kepada masalah ekonomi yang sedang berlaku sekarang. Selagi kita masih menggunakan fiat money, masalah ekonomi akan sentiasa timbul. Tak payahlah nak buat coference untuk bincang pasal masalah ekonomi selagi kita masih guna sistem fiat money ni.


Adakah adil, orang lain perlu berusaha keras untuk mendapatkan duit, manakala ada pihak lain pula hanya mencetak duit?



-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dah kenal duit?



Harap anda akan sedar bahawa helaian-helaian dan lipatan-lipatan kertas dalam dompet anda itu sebenarnya bukanlah duit, tetapi sampah.


Dalam sistem ekonomi yang penuh dengan riba' ini, sampah-sampah itu kelihatan amat berharga. Lihatlah bagaimana negara-negara miskin seperti di Afrika dan lain-lain, pernahkah anda terfikir kenapa mereka masih tidak boleh bangkit dan bersaing dengan negara lain? Kerana nilai duit mereka sudah jatuh teruk. Duit mereka telah menjadi sampah yang sebenar.



Duit kertas hari ini, nilai yang ada padanya hanyalah pada perintah kerajaan. Berbeza dengan emas yang memang mempunyai nilai yang tinggi kepada manusia. Nilai duit pada hari ini adalah sangat bergantung pada kestabilan politik, ekonomi dan sosial sesebuah negara. Berbeza dengan emas, walau apa jua keadaan sekalipun, seperti peperangan, embargo dan lain-lain, emas tetap emas dan nilainya tidak akan jatuh walau apa pun yang berlaku.

Begitu bernilainya emas walau dalam apa-apa keadaan sekalipun, sehingga gigi emas yang ada pada mayat pun sanggup dikorek.



Duit yang sebenar adalah emas, perak, gandum, barli, kurma dan garam. Inilah duit yang sebenar. Benda-benda tersebut sepatutnya dijadikan sebagai medium untuk urusan jual beli. Manakala duit kertas yang ada pada hari ini adalah duit palsu yang dicetak oleh Bank Negara yang langsung tidak mempunyai nilai. Bank Negara mencetak duit palsu kepada kita!




Duit palsu hari ini boleh dijual beli. Bolehkah duit dijual beli? Lihatlah Forex. Mereka buat untuk dengan membeli dan menjual duit. Logikkah duit boleh dijual beli macam barang? Fikirlah tuan-tuan dan puan-puan.






Kesimpulannya, apa yang anda perlu buat sekarang, segeralah tukar duit kertas tak guna anda itu kepada emas sekarang sebelum duit kertas anda bertukar menjadi sampah.......


Bayangkan, jika Amerika ingin menjatuhkan ekonomi Malaysia, dengan mudah sahaja mereka boleh suruh satu dunia boikot ekonomi Malaysia. Apabila diboikot, matawang Malaysia, MYR akan terus jatuh akibat ketiadaan "Demand" daripada masyarakat antarabangsa dan akibatnya, semua rakyat Malaysia, termasuklah kerajaan akan jatuh miskin kerana kekayaan kita semua disimpan dalam bentuk wang kertas yang tidak berguna. Bayangkan kesemua duit-duit anda di bank, tidak kira berapa juta ringgit sekalipun, anda tidak boleh beli apa-apa dengan duit tersebut apabila nilainya telah jatuh.


Kredit>> http://brofat.blogspot.com/2010/04/bila-bank-negara-mencetak-duit-palsu.html

Insya Allah, saya akan jelaskan dalam posting-posting yang akan datang kenapa fiat money terpaksa digunakan dalam sistem ekonomi Dajjal ini.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati