PEMINAT fanatik drama bersiri penyiasatan CSI: Crime Scene Investigationpasti teruja memerhatikan setiap gerak langkah penyiasat-penyiasat forensik dalam menjejaki penjenayah sesuatu kes. Perasaan gelisah sentiasa bermain di benak sanubari penonton yang tidak sabar mengetahui kesudahan cerita kegemaran mereka.

Kecekapan penyiasat forensik di dalam siri berkenaan ke lokasi kejadian mengumpul bahan bukti membuatkan peminat fanatik itu tidak lekang daripada televisyen. Dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik moden hari ini, penonton akhirnya menarik nafas lega apabila kesimpulan kepada kes yang rumit berjaya dirungkai satu persatu oleh penyiasat forensik kegemaran mereka.

Kalau kita mengamati dengan teliti siri penyiasatan popular itu, penggunaan asid deoksiribonukleik (DNA) begitu sinonim dipertuturkan oleh para penyiasat forensik ketika menjalankan siasatan. Mungkin ada segelintir peminat setia siri penyiasatan itu tertanya-tanya apakah DNA?

DNA merupakan molekul dalam sel asid nukleik utama yang terkandung di dalam kromosom. Ia sangat unik dan penting kepada manusia serta organisma hidup.DNA yang terbina daripada unit nukleotida terdiri daripada tiga juzuk utama iaitu deoksiribosa, fostat dan bes bernitrogen ibarat kad pengenalan diri kerana tiada manusia mahupun organisma mempunyai DNA serupa di muka bumi ini kecuali mereka adalah kembar seiras.

DNA juga amat penting dalam biologi manusia kerana ia merupakan bahan menghasilkan gen yang membawa maklumat pewarisan. Gen merupakan satu segmen pada rantaian DNA yang mengawal pembentukan protein tertentu sekali gus bertindak memberi bentuk kepada kromosom.

Tidak keterlaluan jika dikatakan DNA ibarat seperti otak kepada semua sel kerana ia berkebolehan memberi arahan kepada sel-sel lain mengenai tugas dan fungsi di dalam tubuh kita. "DNA amat penting kerana ia mengkodkan semua kod genetik manusia dan organisma. Kod genetik ini akan bertindak menghasilkan protein dalam pembentukan sel seterusnya ia akan membentuk tisu. Selepas itu, ia membentuk organ dan menjadi organisma.

"Setiap DNA individu adalah unik kerana ia berlainan antara satu sama lain. Manusia mempunyai DNAnya sendiri, ia adalah identiti seseorang dan tidak boleh ditukar milik," jelas Pensyarah Kanan Program Sains Forensik Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan, Dr. Zafarina Zainuddin. Kata Zafarina, DNA seseorang tidak akan sama sekali bertukar profil dengan orang lain.

Bagaimanapun, hanya pasangan kembar seiras memiliki DNA yang sama. Bahagian anggota tubuh manusia yang manakah DNA boleh ditemui? "Dalam semua sel yang mempunyai nukleus di seluruh tubuh manusia mempunyai DNA kecuali sel darah merah matang."

Kata Zafarina, antara bahagian manusia yang mempunyai DNA termasuklah helaian rambut, darah, air liur, peluh, air mani, tulang dan beberapa lagi. Menurut Zafarina, DNA mampu bertahan sehingga beratus tahun lamanya bergantung kepada persekitaran sesuatu tempat itu. Sebagai contoh, jika terdapat tengkorak di dalam gua tertutup dan dilitupi salji ia boleh kekal hingga beratus tahun lamanya.

Apakah kepentingan DNA dalam siasatan polis? Berbeza dengan cap jari yang boleh dihapuskan kesannya di tempat jenayah, sebaliknya penjejakan bahan bukti menerusi DNA lebih luas.

Pangkalan data DNA

"DNA yang ditinggalkan di tempat kejadian sukar dihapuskan melainkan ia terdedah kepada persekitaran yang ekstrem seperti kelembapan yang tinggi atau kepanasan yang melampau.

KETEPATAN ujian DNA juga hampir sempurna iaitu sehingga 99.9 peratus.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati