Di bawah ini beberapa kota atau bandar yang tidak berpenduduk sama sekali disebabkan oleh pelbagai bencana sehingga kota tersebut di tinggalkan. Bandar-bandar tersebut kini dikatakan sangat mengerikan dan sering disebut sebagai Kota Hantu atau Kota Mati.
 1. Kolmanskop
Kota mati di selatan Namibia, beberapa kilometer dari pelabuhan Luderitz. Pada tahun 1908 Luderitz mengalami demam berlian, dan orang-orang kemudian menuju ke padang pasir Namib untuk mendapatkan kekayaan dengan mudah





2. Prypiat
Bandar besar di daerah terasing di North Ukraine, merupakan daerah perumahan para pekerja kawasan nuklear Chernobyl. Kawasan ini mati sejak terjadinya bencana nuklear Chernobyl yang menelan hampir 50,000 jiwa. Setelah kejadian, lokasi ini seolah-olah seperti sebuah museum, menjadi sebahagian dari sejarah Soviet. Bangunan apartment, kolam renang, hospital, dan banyak bangunan yang lain hancur. Dan semua perabot yang terdapat dalam bangunan tersebut dibiarkan ada di dalamnya, seperti almari kabinet, TV, mainan anak-anak, barang berharga, pakaian dan lain-lain semua seperti kebanyakan milik keluarga-keluarga pada umumnya.





3.



Di sebelah Utara Taiwan, terdapat sebuah kampung yang agak futuristic, pada awalnya dibangunkan sebagai sebuah tempat peristirehatan yang mewah bagi golongan loaded. Bagaimanapun, setelah terjadi banyak kecelakaan yang fatal pada masa pembangunannya akhirnya projek tersebut dihentikan. Setelah mengalami kesulitan dana dan kesulitan para pekerja yang mahu mengerjakan projek tersebut akhirnya pembangunan resort tersebut dihentikan. Desas-desus kemudian kedengaran, ramai yang berpendapat bahawa kawasan kampung tersebut menjadi tempat tinggal hantu, dari mereka yang sudah meninggal.

4. Craco

Terletak di daerah Basilicata dan wilayah Matera sekitar 25 batu dari teluk Taranto. Bandar pertengahan ini mempunyai area yang khas dengan dipenuhi perbukitan yang berombak-ombak dan hamparan ladang gandum serta tanaman pertanian lainnya. Pada tahun 1060 ketika pemilikan jajahan Craco dimiliki oleh King Arnaldo pimpinan kerajaan Tricarico. Hubungan yang berjalan lama dengan gereja membawa pengaruh yang banyak kepada seluruh penduduk. Pada tahun 1891 populasi penduduk Craco lebih dari 2000 orang, waktu itu mereka banyak dilanda permasalahan sosial dan kemiskinan tegar yang banyak membuat mereka putus asa, antara tahun 1892 dan 1922 seramai lebih kurang 1300 orang berpindah ke Amerika Utara. Kondisi pertanian yang buruk ditambah dengan bencana alam gempa bumi, tanah longsor serta peperangan inilah yang menyebabkan mereka bermigrasi.

Antara tahun 1959 dan 1972 Craco kembali digoncang gempa dan tanah longsor. Pada tahun 1963 baki penduduk sekitar 1300 orang akhirnya dipindahkan ke suatu lembah berhampiran Craco Peschiera, dan sampai sekarang Craco yang asli masih tertinggal dalam keadaan hancur dan bau busuk sisa-sisa peninggalan.





5. Oradour Sul Glane



Perkampungan kecil Oradour Sul Glane di Perancis menunjukan sebuah kondisi keadaan yang sangat mengerikan. Ketika perang dunia ke II, 642 penduduk dimusnahkan oleh tentara Jerman sebagai bentuk pembalasan atas terhadap perlakuan orang Perancis waktu itu. Jerman yang waktu itu sebenarnya berniat menyerang daerah di dekat Oradour Sul Glane tapi akhirnya mereka menyerang perkampungan kecil tersebut pada 10 Jun 1944.


6. Sebuah Pulau di Nagasaki


Pulau ini adalah salah satu dari 505 pulau tak berpenghuni di Nagasaki Daerah Pemerintahan Jepun, sekitar 15 kilometer dari Nagasaki. Pulau ini juga dikenal sebagai “Gunkan Jima” atau pulau kapal perang. Pada tahun 1890 ketika sebuah syarikat (Mitsubishi) membeli pulau tersebut dan memulai projek untuk mendapatkan batubara dari dasar laut di sekitar pulau tersebut. Pada tahun 1916 mereka membangunkan  benteng besar yang pertama di pulau tersebut, sebuah blok apartemen dibina untuk para pekerja dan juga berfungsi untuk melindungi mereka dari ribut dan ombak besar.

Pada tahun 1959, populasi penduduk pulau tersebut bertambah, kepadatan penduduk waktu itu mencapai 835 orang per hektar untuk keseluruhan pulau (1.391 per hektar untuk kawasan penempatan), sebuah populasi penduduk terpadat yang pernah terjadi di seluruh dunia. Ketika minyak tanah menggantikan batubara tahun 1960, urusniaga batu bara mulai ditutup, termasuk di Gunkan Jima, pada tahun 1974 Mitsubishi secara rasmi mengumumkan penutupan kilang tersebut, dan akhirnya mengosongkan pulau tersebut. Pada tahun 2003 pulau ini diambil sebagai setting filem “Battle Royal II” dan mengilhamkan sebuah game popular “Killer7”.

7. Kadykchan



Kadykchan merupakan salah satu kota kecil di Rusia yang hancur saat runtuhnya Soviet Union. Penduduk terpaksa berjuang untuk mendapatkan bekalan air, perubatan dan juga sekolah. Mereka terpaksa keluar dari kota itu dalam jangka masa 2 minggu, untuk mencari kota lain dan tinggal di rumah baru. Kota dengan penduduk sekitar 12,000 orang yang rata-rata sebagai pembijih timah ini dikosongkan. Mereka meninggalkan rumah mereka dengan segala perabotnya. Anda akan mendapati permainan kanak-kanak, buku, pakaian dan pelbagai barangan di dalam kota yang kosong.

8. Kowloon


http://kangbir.files.wordpress.com/2...pg?w=250&h=340

Kota besar Kowloon yang terletak di luar Hong Kong, China. Dulunya dihuni oleh Jepun ketika perang dunia ke-II, yang kemudian diambil alih oleh penduduk liar setelah Jepun menyerah kalah. Pemerintahan Inggris mahu China bertanggung jawab terhadap kota ini, kerana kota tersebut menjadi kota yang tidak berperaturan dan tidak taat pada arahan pemerintah. Populasi tidak terkawal, penduduk membina koridor lybirint yang setinggi jalan yang penuh tersumbat oleh sampah, bangunan yang sangat tinggi sehingga cahaya matahari tidak boleh menyinari kawasan tersebut. Seluruh bandar disinari dengan lampu eon. Bandar tersebut penuh dengan rumah pelacuran, kasino, kedai dadah dan ubat bius dan kokain, banyak terdapat makanan-makanan dari daging anjing dan juga terdapat premis-premis rahsia yang tidak berjaya diganggu oleh pihak berkuasa. Keadaan ini akhirnya berakhir ketika di tahun 1993, keputusan diambil oleh pemerintah Inggris dan pihak berkuasa China untuk menghentikan semua itu.

9.Varosha

Varosha adalah sebuah daerah yang tidak diiktiraf oleh republic Cyprus Utara. Sebelum tahun 1974 Turki tidak mempedulikan daerah Cyprus, daerah ini merupakan daerah perdagangan moden di kota Famagusta. Pada tiga dekad terakhir, kota ini ditinggalkan dan menjadi kota mati. Pada tahun 1970-an, kota ini menjadi kota tujuan perdagangan utama di Cyprus. Untuk memberikan layanan yang memuaskan kepada para usahawan, kota ini dibina dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel. Ketika tentera Turki menguasai daerah tersebut, mereka menjaga dan mengehadkan daerah tersebut, tiada yang boleh keluar masuk kota tersebut tanpa izin dari pihak tentera Turki dan tentera PBB. Rancangan disusun untuk mengembalikan Varosha ke tangan penguasa Yunani, namun rancangan tersebut tidak berjaya. Hampir selama 34 tahun kota tersebut dibiarkan dan tidak ada projek pembaik-pulihan. Perlahan-lahan bangunan-bangunan tersebut hancur, besi-besi mula berkarat, tingkap pecah, dan akar-akar tumbuhan menembus dinding dan jalan berturap. Penyu bersarang di pantai yang ditinggalkan. Pada tahun 2010 Pemerintahan Turki bercadang untuk membuka kembali Varosha untuk para pelancong dan kota boleh didiami semula dan akan menjadi salah satu kota yang paling berpengaruh di antara kepulauan berhampiran....

10 . Kota Agdam

Kota besar Agdam di Azerbaijan adalah salah satu kota besar yang populasi penduduknya mencapai 150,000 orang. Namun kemudian hilang setelah pada tahun 1993 ketika perang Nagorno Karabakh. Walaupun kota ini tidak secara langsung menjadi kawasan medan peperangan, namun kota ini tetap mendapat kesan dari perang tersebut, dengan menjadi korban dari sikap para Armenians yang mencabul kota tersebut. Bangunan-bangunan dihancurkan dan akhirnya ditinggalkan penduduknya, hanya tinggal masjid-masjid yang masih utuh berdiri. Penduduk Agdam sendiri sudah berpindah ke kawasan lain, seperti ke Iran dll.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati