Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun, bersistem dan lebih produktif. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi. 5S ialah lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shisuke. Amalan 5S meliputi pengetahuan teknikal, praktikal, logik untuk menghasilkan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai Kaizen dalam Bahasa Jepun.
 

Objektif Utama Program 5S
·         Memberi kesedaran tentang kepentingan dan faedah pelaksanaan Program Amalan 5S.
·         Membina budaya Kaizen di tempat kerja.
·         Membina kerjasama melalui penyertaan semua.
·         Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia.







 
Langkah-langkah Pelaksanaan 5S

Langkah Pertama - Mengamalkan Seiri (Sisih)
·         Kenalpasti dan mengasingkan barang yang tidak perlu untuk pelupusan dan merekod (jika perlu).
·         Melakukan aktiviti sisih secara berterusan mengikut keperluan.

Langkah Kedua - Mengamalkan Seiton (Susun)
·         Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah diambil dan disimpan semula.
·         Tempat simpanan boleh diambil oleh semua kakitangan di tempat yang mudah dilihat dan dikesan.
·         Barang atau dokumen yang kerap digunakan diletak dekat/berhampiran dengan tempat yang mudah dicapai.
·         Semua barang dan tempatnya mesti ditunjuk dengan label yang jelas.
·         Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.

Langkah Ketiga - Melaksanakan Seiso (Sapu)
·         Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan.
·         Amalkan Seiso 5-10 minit setiap hari.
·         Patuhi jadual mencuci dan memeriksa peralatan dan keselamatan bagi menwujudkan tempat kerja yang selesa dan selamat.
·         Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan.
·         Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan, semak dan betulkan.
·         Buat dengan kerjasama semua kakitangan.
·         Galakkan kawan sekerja memberi idea kreatif untuk penambahbaikan tempat kerja yang produktif.
·         Anjurkan gotong royong 2 kali setahun.

Langkah Keempat - Melaksanakan Seiketsu (Seragam)
·         Bila mengulangi tiga konsep di atas iaitu Sisih-Susun-Sapu,tempat kerja akan menjadi bersih dan tersusun.
·         Melihat kepada perkara-perkara yang tidak normal atau ''abnormality".
·         Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan.

Langkah Kelima - Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)

·         Mematuhi setiap peraturan, standard, peringatan yang diwujudkan.
·         Latihan dan perkongsian berterusan.
·         Wujudkan semangat berpasukan.
 

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati