MALU….
di situlah letaknya keindahan dan kecantikannya seorang wanita.


Bersopan santun, berakhlak mulia, maruahnya sentiasa dijaga kerana dia tahu itu harga dirinya.
Pandai bergaul tapi tidak bebas dan terbabas.
Pakaiannya kemas tapi tidak menampakkan terlalu mewah atau menunjuk-nunjuk dan tidak pula terlalu rendah mutunya kecuali tidak ada.
Berbudi bahasa, peramah dan mesra, tapi tidak mengada-ngada.
Auratnya dijaga tidak didedahkan kepada yang bukan muhramnya.
Matanya selalu ditundukkan terutama kepada laki-laki ajnabi kecuali diwaktu perlu sahaja.
Bahasa nya bersahaja, mengikut fitrah semulajadinya, tidak dibuat-buat atau mengada-ngada.
Percakapannya dijaga, tidak menyindir-nyindir atau mengata-ngata orang atau memuji-muji diri dan keturunannya.

Suaminya dihormati dan ditaatinya, keluarga suaminya dimuliakannya.
Berkasih sayang dan berlemah lembut dengan anak-anaknya tetapi tidak terlalu dimanja dan dimewah-mewahkannya.
Rajin bekerja dan mengemaskan rumahtangga budaya hidupnya.
Beribadah dengan Tuhan tidak pernah diabaikan bahkan istiqamah pula ibadahnya.
Hubungan dengan jirannya sangat dijaga, macam menjaga keluarganya.
Ketika berjalan jauh ,dia akan pergi bersama muhramnya atau bersama 3 orang wanita yang boleh dipercaya.

Tidak tamak, tidak bakhil, sentiasa baik sangka dengan suaminya.
Apatah lagi cemburu dan prejudis dengan suaminya tidak ada di benak kepalanya.
Jika suaminya susah, sanggup bersama-sama susah dengan suaminya.
Tidak suka meminta-minta dengan suaminya kecuali yang perlu2 sahaja.
Tidak suka bertanya-tanya suaminya ketika balik;
“Abang ke mana? Dari mana? Mengapa lambat balik?Buat apa di sana?”
Tika suaminya balik disambut dan dilayan dengan baik.
Di waktu itu dia tahu dan faham apa keperluan suaminya.
Hingga sikapnya itu suaminya senang, tenang, terhibur dan lapang fikirannya.

Tidak meninggikan suara dengan suaminya.
Kalau dia bersalah cepat sekali dia meminta maaf dengan suaminya.
Kesalahan dan kesilapan suaminya dilupa-lupakan dan dimaafkan saja.
Tidak mengungkit-ungkit suaminya, sekalipun di waktu dia tidak senang dengan suaminya.

Itulah kecantikan dan keindahan sebenar seorang wanita.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati