Jerebu

Jerebu ialah pencemaran udara yang disebabkan oleh kehadiran zarah-zarah halus yang terapung di dalam udara. 

Kandungan Jerebu 

Bahan-bahan partikel (Particulate Matter, PM) iaitu zarah terampai yang terdapat di dalam udara seperti habuk, kotoran, abu dan asap, berbeza saiz dari 2.5 mikron ke 10 mikron, bahan-bahan kimia seperti karbon monoksida, nitrogen dioksida, sulfur dioksida, ozon, nitrik oksida dan hidrokarbon aromatik polisiklik (bahan kimia yang terhasil daripada tindakbalas pembakaran tak lengkap atau bahan karbon berminyak seperti kayu, arang batu, diesel, lemak atau tembakau). 

Indeks Pencemaran Udara (IPU) 

IPU adalah suatu siri number yang menunjukkan tahap pencemaran udara. Ia digunakan sebagai penunjuk  tahap pengancaman terhadap kesihatan manusia.  


0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak Sihat
201 - 300
Sangat Tidak Sihat
301 - 500
Merbahaya
 

 
Kesan Kesihatan
Secara amnya, kesan pencemaran udara terhadap kesihatan manusia adalah termasuk gangguan sistem respirasi, sistem peredaran darah dan sistem deria bau.
Bahan Cemar
Kesan Kesihatan
Karbon monoksida
penurunan kadar pengangkutan oksigen di dalam darah

kemerosotan di dalam penumpuan tugas

penyakit kardiovaskular yang semakin teruk
Nitrogen dioksida
 kecenderungan meningkat terhadap patogen respirasi -  jangkitan peparu
Ozon
peningkatan dalam jangkitan peparu

batuk, sakit bahagian dada

serangan asma meningkat
Sulfur dioksida
peningkatan masalah penyakit sistem respirasi yang kronik
peningkatan masalah penyakit sistem respirasi yang akut
Peroksiasetil nitrat / Aldehid
iritasi pada mata
 
 
 Simptom-Simptom Umum
  • Kesakitan tekak dan batuk berpanjangan
  • Mata pedih dan berair
  • Kegatalan dan hidung berair serta kerap bersin
  • Kegatalan bahagian kulit
  • Kesukaran bernafas seperti biasa
 Siapa Paling Terdedah?
  • Kanak-kanak
  • Orang Tua
  • Pesakit yang kronik yang melibatkan sistem respirasi dan kardiovaskular.
Aktiviti Efektif?
  • Sentiasa berada di kawasan tertutup
  • Gunakan topeng konikal yang mempunyai penapis yang lebih tebal
  • Minum lebih banyak air bersih
  • Kurangkan merokok ketika IPU berada di tahap berjaga-jaga
  • Berjumpa dengan doktor anda sekiranya terdapat sebarang simptom yang berkenaan.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati