TORCH adalah singkatan dari Toxoplasma gondi (Toxo), Rubella, Cyto Megalo Virus (CMV), Herpes Simplex Virus (HSV) yang terdiri dari HSV1 dan HSV2 serta kemungkinan oleh virus lain yang secara klinikalnya lebih terhad (Misalnya Measles, Varicella, Echovirus, Mumps, virus Vaccinia, virus Polio, dan virus Coxsackie-B).

Faktor utama virus dan parasit TORCH (Toxo, Rubella, CMV, dan Herpes) adalah haiwan yang ada di sekeliling kita, seperti ayam, kucing, burung, tikus, merpati, kambing, lembu, anjing, babi dll. Meskipun tidak secara langsung sebagai penyebab terjangkitnya penyakit yang berasal dari virus ini adalah haiwan, namun juga boleh disebabkan oleh kerana perantara (tecara idak langsung) seperti memakan sayuran, daging setengah masak dan sebagainya.

Dalam dunia medik, Toxo sering disebut juga dengan virus kucing. Padahal sesungguhnya ini bukan virus kucing, tetapi parasit darah. Kenapa sering disebut virus kucing : selain sebutan ini sudah disalah tafsirkan memang parasit ini tumbuhnya di dalam tubuh binatang. Hal ini demikian kerana menurut penelitian di dalam mahupun di luar negeri, 70% penyebab penyakit ini adalah kotoran kucing. Kemudian melalui haiwan lain yang masuk dalam makanan, lalu masuklah ke dalam tubuh manusia dan sebati dalam darah.

Awalnya seseorang yang mengidap Toxo ini kelihatan sihat tetapi kemudian apabila hamil akan muncul beberapa simptom. Gejala yang sering terjadi adalah flek pada wanita yang sedang hamil. Flek ini boleh berlaku terus menerus sepanjang tempoh kehamilan, janin di dalam rahim tidak berkembang, hamil anggur, atau bayinya meninggal pada usia kandungan 7-8 bulan. Bahkan lebih malang lagi yang seringkali berlaku ialah keguguran.

Sebenarnya Toxo bukanlah penyakit berjangkit kepada pasangan, tetapi ia berjangkit pada keturunan. Boleh jadi anak pertama dan kedua sihat, tetapi anak ketiga cacat atau mengalami Epilepsi dan autisme. Tetapi yang sering terjadi sebenarnya jika dilakukan ujikaji di makmal, baik anak pertama mahupun anak kedua  juga turut terinfeksi.

Berbeza dengan Rubella. Penyakit ini orang sering menyebutnya dengan Campak Jerman. Pada kes Rubella, ibu hamil tidak mengalami keguguran atau bayinya meninggal saat lahir, tetapi yang sering terjadi adalah bayi yang dilahirkan mengalami glukoma, atau kebutaan, kerosakan pada otak atau pengaburan pada otak, bibir sumbing, dan susah bercakap.


Sedangkan pada pengidap CMV (Cyto Megalo Virus), misalnya seorang ibu pada ketika hamil, ia akan mengalami keguguran terus menerus, atau bayi yang dikandungnya lahir dalam keadaan cacat fizikal seperti Hidrosefalus (pembesaran kepala), Microsefalus (pengecilan kepala), lahir dengan usus keluar tubuh, tubuh transparan atau kaki dan tangannya jadi bengkok.

Kemudian, untuk penyakit Herpes juga berbeza. Kemunculannya dikenali dengan bintik - bintik pada tubuh dan pada alat genital. Seseorang yang mengidap Herpes, di samping kesakitan, juga terasa panas. Bagi wanita hamil sering keguguran atau bayinya lahir dalam keadaan cacat.

Jadi Toxo, Rubella, CMV, dan Herpes akan menyebabkan rosaknya fertiliti pada wanita. Sel telur mahupun inti sel dirosakkan oleh virus tersebut sehingga sel telurnya mengecil dan tidak mampu disenyawakan. Dengan adanya infeksi TORCH ini, pada wanita  ada kemungkinan menyebabkan terbentuknya mioma, penyumbatan atau pemekatan, sehingga sel telur tidak mampu disenyawakan atau mengakibatkan kesukaran untuk hamil.
 
Toxo tidak berjangkit pada pasangan, sedangkan Rubella, CMV, dan Herpes adalah sebaliknya. Penularan boleh terjadi melalui hubungan seksual, air liur, peluh, darah, dan Susu Ibu . Apbila kaum wanita  dijangkiti Rubella, CMV, dan Herpes, maka suaminya berisiko tinggi untuk dijangkiti. Sukarnya kalau berlaku  kehamilan pada wanita disebabkan oleh virus tersebut kerana ia akan memperburuk kualiti spermatozoa/sperma, karena kekentalan sperma menjadi cair. Volume sperma yang seharusnya 5 CC menjadi 3 CC dan gerakannya pun akan turut berubah.

Perlu ditegaskan lagi bahawa Toxo mahupun Rubella dan CMV serta Herpes BUKAN hanya milik ibu hamil saja. Tetapi siapa pun boleh terkena TORCH. Sama ada orang dewasa,  remaja, kanak-kanak mahupun khunsa. Selain itu, TORCH ini  menyerang saraf otak, mata dan gerak. Jika ia menyerang otak contoh simptomnya ialah sering sakit kepala, radang tenggorokan, atau flu berpanjangan. Otot - otot terasa sakit sampai ke sendi dan pinggang. Kaki mudah lenguh dan kebas, menggigil  dan sakit bahu.
Orang sering beranggapan bahawa anak yang sakit mata disebabkan oleh seringnya menonton TV dan terlalu dekat ke skrin. Sedangkan sakit mata yang biasa mengakibatkan kebutaan itu sebenarnya disebabkan oleh infeksi TORCH. Wallahu a'alam.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati