SAKIT BELAKANG: ADAKAH RAWATAN KIROPRAKTIK (Mechanical Spine Adjustment) MEMBANTU?
Apa kata para pengkaji
Sakit belakang (pinggang) biasanya disebabkan oleh kecederaan atau ketegangan, dan tiada ubat ajaib bagi masalah ini sebenarnya. Biasanya belakang kita akan sembuh dengan sendirinya, namun dalam suatu jangkamasa yang tertentu. Walau bagaimanapun, rawatan seperti kiropraktik atau juga cara konvensional mungkin boleh melegakan diri kita sambil-sambil kita menunggu sistem tubuh badan kita menjalankan proses penyembuhan diri.
Apa yang kiropraktor buat?
Konsep rawatan kiropraktik adalah tulang belakang yang terhalang gerakkannya akan menyebabkan kesakitan dan mengurangkan keberkesanan fungsinya. Dalam masa yang sama disc di kawasan yang berkenaan akan menyepit saraf yang bersambung ke organ-organ tertentu yang akan menyebabkan organ tersebut gagal berfungsi dengan baik. Penyelarasan tulang belakang adalah salah satu bentuk terapi yang kiropraktor gunakan bagi merawat masalah tulang belakang yang terhalang gerakannya ini. Matlamat utamanya adalah untuk memulihkan kembali pergerakkan tulang belakang dan hasilnya akan memulihkan kembali fungsinya serta mengurangkan atau menghilangkan sakit belakang.
Semasa penyelarasan, kiropraktor akan gunakan tangan dalam mengenakan tekanan pada sendi-sendi, menekannya melebihi julat gerakkan normalnya. Biasanya penyelarasan ini akan diikuti dengan bunyi-bunyian 'pop' dan 'krak' (insyallah tak patah, bunyi tulang selisih je..).
Kiropraktor juga mungkin akan mengurut dan membuat regangan untuk merehatkan otot-otot yang menguncup atau tersimpul (kata orang lama). Ramai juga yang menggunakan rawatan tambahan seperti 'ultrasound', 'electrical muscle stimulation' dan senaman-senaman tertentu.
Adakah ianya selamat untuk semua orang?
Rawatan kiropraktik secara umumnya selamat, namun ianya tidak sesuai buat semua orang. Mereka yang tidak sesuai untuk menjalani rawatan kiropraktik adalah;
* mereka yang mengidap 'osteoporosis' (tulang rapuh) atau ada simptom/tanda-tanda kerosakkan saraf seperti kesemutan, kebas atau hilang daya angkat tangan atau kaki.
* mereka yang pernah menjalani pembedahan tulang belakang.
* mereka yang sakit belakang diikuti dengan demam, kesejukkan, berpeluh atau kehilangan berat badan, kerana berkemungkinan mengidap jangkitan kuman atau tumor (ketumbuhan).
Jika anda bercadang untuk mendapatkan rawatan kiropraktik
* Dapat konsultansi terlebih dahulu. Sebelum membuat temujanji rawatan, dapatkan dahulu konsultansi dengan pengamal terbabit, sama ada secara berjumpa atau telefon mahupun online, bagi mengetahui bagaimana cara dia menangani sakit belakang anda. Pastikan yang anda rasa selesa dengan cadangannya dan bilangan sesi yang anda harus ikuti serta tak lupa bayaran yang dikenakan. Bagi sakit belakang (pinggang) yang teruk, 4 ke 6 sesi biasanya sudah memadai.
* Fahami risikonya. Penyelarasan kiropraktik ada beberapa risikonya juga.
Langkah pencegahan
Dengan sedikit penjagaan dan perhatian dapat membantu anda menghindari sakit belakang. Kekalkan berat badan yang sihat, sentiasa bersenam/beriadhah, duduk tegak, bila angkat sesuatu yang berat, biarkan kaki anda yang bekerja (bukan tulang belakang), hindari aktiviti yang melibatkan pergerakan membongkok terlalu kerap dan jika duduk atau berdiri untuk suatu jangkamasa yang lama, maka berehatlah beberapa kerap dengan berjalan-jalan sekeliling.
Berita baik untuk anda!!! anda boleh menerima sesi konsultansi secara online dengan saya percuma. Dapatkan nasihat tentang langkah penjagaan kesihatan dan panduan penggunaan herba dlm supplement harian anda.
3 comments
Comment by Emak Iman on June 18, 2013 at 11:14 PM
dimana ada pengamal kiropraktik wanita setikar bangi dan kajang?
Comment by Emak Iman on June 18, 2013 at 11:21 PM
dimana ada pengamal kiropraktik wanita setikar bangi dan kajang?
Comment by Unknown on November 23, 2014 at 4:49 PM
Saya bminat utk mempelajari kiropraktik..tlg bg info bgmana dn dimana?
salamun 'alaikum.
wacana ini kuutarakan kepada sidang pembaca di alam maya ini. sebarang komentar, kritikan serta tunjuk ajar amatlah dialu-alukan kerna kita manusia yang pelupa, selalu saja membuat kesilapan. mungkin saja 1000 kekurangan terdapat dalam artikel ini. Wallahu a'lam.