Apa kata kalau kita mendalami sedikit tentang asal usul facebook. Anda ada account facebook? Well, semua orang pun ada. (rasanya) Tapi dari mana sebenarnya datang facebook nie? Gambar di sebelah adalah Mark Zuckerberg pengasas facebook yang kini bergelar billionair. Huh. Bayangkan menjadi billionaire pada usia 23 tahun. Memang sesuatu yang mengejutkan.

Beliau dilahirkan pada 1984 di New York dan hanya merupakan seorang pelajar ketika mengasaskan facebook pada 2004 di Havard University. (memang muka pun nerd budak nie.. hehe). Sebenarnya, facebook merupakan satu platform yang beliau cipta bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar di Havard. Facebook direka untuk Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya yang lain di Havard berinteraksi antara satu sama lain dan supaya lebih mengenali sesama mereka. Myspace dan Friendster adalah aplikasi yang hampir sama dengan facebook tetapi facebook mempunyai keunikan dan kehebatan tersendiri menyebabkan ia menjadi amat popular di Havard. Dalam masa beberapa bulan sahaja, ia telah mula digunakan di kolej-kolej, sekolah, dan dalam tempoh setahun, ia telah dibuka kepada orang ramai.

Banyak sebenarnya kisah di Internet tentang bagaimana Mark Zuckerberg nie menjadi kaya dengan tiba-tiba. Beliau banyak dibantu oleh rakan-rakan programmer yang lain untuk menjadikan facebook satu platform sosial networking yang terbaik di dunia. Yang menariknya setelah baru 2 tahun beroperasi jer, banyak web sosial network dan media seperti Myspace dan Youtube dijual dengan harga berjuta dollar. Myspace menerima tawaran NEWS CORP. sebanyak USD$580 juta, YouTube menerima tawaran USD$1.5 billion dari Google tetapi Mark Zuckerberg langsung tidak mahu menjual facebook walaupun ditawar oleh Google & Yahoo iaitu sebanyak hampir USD$1 billion. "Facebook bukan untuk dijual" kata beliau dengan selamba. Ini menimbulkan kontrovesi dan beliau dikatakan bodoh kerana tidak menerima tawaran tersebut. Pelbagai tomahan dan kritikan pedas diajukan terhadap beliau tetapi beliau tetap berkeras tidak mahu menjual facebook kepada sesiapapun.

Hasilnya, setelah 3 tahun, beliau ditabalkan sebagai (world youngest self-made billionaire) oleh Majalah IM Majalah Forbes dengan anggaran harta bernilai USD$1.5 billion. Kini, Microsoft pun berminat dan telah membeli share facebook sebanyak 1.6% bernilai USD$246 juta. Ramai lagi yang turut membuat pelaburan besar dengan facebook seperti pengasas PayPal, Peter Theil begitu juga billionaire terkenal dari Hong Kong, Li Ka-Shing. Sehingga kini facebook menjadi semakin canggih dan penggunaannya amat meluas sehingga ada yang menjadi kaya-raya disebabkan oleh pengiklanan facebook. (Mc' Donald pun letak iklan kat facebook.. huhu.)

Selain itu, Pengguna Facebook kini meningkat kepada 250 juta orang. Jumlah ini sebagai ukuran berapa banyaknya hubungan peribadi yang anda telah lakukan. Palo Alto, ibu pejabat Facebook di California ditubuhkan pada 2004. Facebook mengalahkan MySpace yang dimiliki oleh News Corporation.
Pada Julai 2009, syarikat Internet Rusia menawarkan AS$100 juta (RM358 juta) untuk membeli saham daripada pekerja-pekerja Facebook.Syarikat Rusia itu, Digital Sky Technologies (DST) itu melabur sebanyak AS$200 juta (RM716 juta) ke atas Facebook pada Mei 2009 dan menawarkan sebanyak AS$14.77 juta (RM52.8 juta) untuk satu unit saham biasa Facebook.
Syarikat gergasi perisian komputer Amerika Syarikat, Microsoft telah membeli 1.6 % dalam Facebook bernilai AS$240 juta (RM859 juta) pada 2007.

Ini sedikit tentang beliau..... diiktiraf sebagai billionaire yg 158 dari 400 billionaire seluruh dunia. Lahir dalam keluarga Yahudi tetapi beliau lebih cenderung kepada Ateis.

Born Mark Elliot Zuckerberg
May 14, 1984 (1984-05-14) (age 25)
White Plains, New York, USA
Occupation Co-founder, CEO & President of Facebook
Net worth $2 billion [1]
Religious beliefs Atheist[2]


Memandangkan saya dah ceritakan sedikit sejarah tentang facebook nie. Apa kata anda semua add facebook saya dengan mengklik di sini. Hehehe. Thanks..

Jangan lupa tinggalkan komen sebagai menghargai tulisan saya..

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati