Bacaaan Al-Quran dalam Solat Terawih pada malam ini bermula dari ayat peretama Surah An-Namli hingga ayat 45 dari SurahAl-'Ankabut.

Antara intisari menarik pada malam ini ialah:

  1. Kisah Nabi Daud dan anaknya Nabi Sulaiman a.s.
  2. Kerajaan daud diwarisi Nabi Sulaiman, kerajaan yg tiada tolok bandingnya, meliputi seluruh makhluk, jin, manusia dan lain-lain.
  3. Kisah Nabi Sulaiman dengan burung hud-hud.
  4. Dakwah Nabi Sulaiman terhadap Permaisuri Negeri Saba', Puteri Balqis dan kisah pengislamannya.
  5. Kisah Nabi Soleh, Lut a.s.
  6. Tanda-tanda besar dan kecil berlakunya hari kiamat.
  7. Kisah Nabi Musa dan Firaun - semasa kecil, dihanyutkan dalam sungai, menumbuk mati seorang konco Firaun, lari dari Mesir menuju Madyan, berkahwin dgn anak perempuan Nabi Syuaib, menerima wahyu mendakwah Firaun bersama saudaranya Nabi Harun.
p/s: Jika kita perhatikan, kisah, plot cerita yg dirakamkan oleh Allah dalam al-quran ada yang berulang-ulang, bersambung-sanmbung dari surah yg lain, dan agak tidak teratur - adalah suatu seni permainan dan percaturan bahasa yg menggunakan teknik ilmu balaghah yg tersendiri. Betapa indahnya bahasa Allah s.w.t.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati