Bacaan Al-Quran dalam Solat Terawih pada malam ini bermula dari ayat pertama dari Surah Al-Anfal hingga ayat 89 dari Surah At-Taubah.

Surah Al-Anfal:

  1. Perjuangan Rasulullah S.A.W. dan orang-orang Islam menentang pencerobohan kaum musyrikin dalam peperangan Badar, yang berlaku dalam Bulan Ramadhan, dan akhirnya Islam mencapai kemenangan besar di medan perang.
  2. Dalam surah ini, umat Islam diperintahkan supaya sentiasa bersedia lengkap dengan kekuatan pertahanan dan senjata.
  3. Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W., kita disuruh untuk belajar 3 perkara; iaitu berenang, berkuda, dan memanah. - ketiga-tiga jenis sukan itu terbukti secara saintifik dan klinikal bahawa dapat mengoptimumkan fungsi organ tubuh manusia.
  4. Dengan berenang, paru-paru akan menjadi kuat dan tahan lasak, menghindari penyakit athmatic, lung infection, dsb.
  5. Dengan berkuda, spinal cord (saraf tunjang) dapat dapat diperbaiki dan dimaksimumkan fungsinya. artikel berkenaan spinal cord akan menyusul slps ini insyaAllah.


  6. Fungsi memanah lebih kurang sama dgn menembak. Ia dapat memperbaiki sistem saraf (nervous system) dan meningkatkan fungsi kelenjar master seperti pitutari, pineal dsb dalam menghasilkan impuls elektrik utk merembeskan hormon-hormon tertentu.
Dalam Surah At-Taubah:
  1. Surah ini mendedahkan rahsia orang munafiq yang berpura-pura Islam pada zahir, namun sebaliknya mereka kafir batinnya.
  2. Allah membuat deklarasi terhadap kaum musyrikin, oleh kerana mereka mencabuli perjanjian dgn Rasulullah S.A.W. maka perjanjian itu dibatalkan. Kemudian mereka diberi tempoh 4 bulan. Jika selepas tenpoh tersebut mereka masih belum menerima Islam, merekan akan dimusnahkan di mana sahaja mereka ditemui.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati