Bacaan Al-Quran dalam Solat Terawih pada malam ini bermula dari ayat 50 Surah Hud hingga ayat 17 Surah Ar-Ra'du.

Antara intisarinya ialah:

  1. Kisah dakwah Nabi Hud, Soleh, Ibrahim, Lut, Syuaib & Musa a.s.
  2. Iktibar dan pengajaran dari kisah dakwah para nabi dan rasul.
Surah Yusuf:
  1. Satu-satunya surah panjang yang terdapat 1 cerita keseluruhan kisah liku-liku hidup Nabi Yusuf.
  2. Mimpi Yusuf, ayahnya Nabi Ya'qub menafsirkan mimpi tersebut.
  3. Konflik Yusuf dgn adik beradik tirinya.
  4. Era kematangan - godaan Zulaikha terhadap Yusuf di dalam istana Al-Aziz (Pembesar Mesir)
  5. Klimaks - Yusuf dipenjara kerana fitnah Zulaikha.
  6. Kisah dakwah Yusuf dalam penjara.
  7. Yusuf menafsir mimpi 2 banduan.
  8. Tafsir mimpi raja tentang kemarau panjang yg akan berlaku.
  9. Bebas dari penjara dan langsung dilantik menjadi Menteri Perdagangan & Ekonomi Mesir lantaran kehebatannya menafsir mimpi raja.
  10. Jejak Kasih - Bertemu dgn adik-beradik dan ibu bapanya.
  11. Iktibar dari Kisah Nabi Yusof - terkenal dgn Lagenda Cinta.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati