Bacaan Al-Quran dalam solat Terawih pada malam ini bermula dari ayat 177 hingga akhir Surah Al-Baqarah.
Intisari al-quran malam ini banyak menyentuh mengenai hukum-hukum Feqah, cara-cara penggunaan harta dan hukum-hukumnya.
- Fadhilat menafkahkan harta ke jalan Allah
- hukum riba
- cara bermuamalah, cara berhutang, cara mengendalikan money flow, business management, business administration, dsb.
- kisah rasul-rasul dan kekuasaan Allah
- hukum perang, arak, judi.
- bab nikah kahwin, cerai talak, penyusuan anak
- hukum haji dan umrah, puasa ramadhan, qisas dan fadhilat serta hikmahnya, dll.
2 comments
Comment by DadaIQ on August 25, 2009 at 11:44 PM
Salam Protaz Uwais, kami sekeluarga antara ahli jemaah madrasah Al-Ittihad, Taman Setia yg mengikuti solat Terawih dan kami berasa sangat gembira kerana dapat mendengar dan menghayati bacaan Al-Quran saudara yg sangat baik dan saya berterima kasih kepada AJK madrasah yg telah berusaha membawa saudara ke mari, sebelum ini ianya tidak ada dan ini suatu pembaharuan yg sangat positif.
Saya juga berazam mempunyai anak2 yg mempunyai kemampuan dan kebolehan yg sama dengan saudara... dan mereka telah diajar oleh guru2 tahfiz bekas pelajar2 dari MTAQ, Pulai Chondong...mungkin ramai di antara mereka yg saudara kenal. Anak perempuan saya pula sedang belajar di Ting 3 di MTS, Tanah Merah.
InsyAllah kita akan bertemu dalam hari2 yg mendatang dan kita boleh bercerita panjang.
Comment by Unknown on August 26, 2009 at 3:56 PM
waalaikumussalam. terima kasih kerana sudi memberi sokongan moral. dan ana ucapkan tahniah kpd anda sekeluarga kerana berjaya men'generate'kan hafiz / hafizah dalam keluarga anda. Walau bagaimanapun, mutakhir ini kualiti hafiz n hafizah sudah tidak se'gempak' dulu. tidak dinafikan, kuantiti hafiz n hafizah semakin bertambah, namun apa gunanya menghafal alquran untuk mencari redha allah, namun sebaliknya berlaku. Na'uzubillah.
bukan senang nak menjaga keluhuran quran di kala kegawatan moral abad ini. tambahan pula mereka menjadi hafiz n hafizah kerana mengejar nama semata-mata... dlm hal ini, di mana keredhaan allah akn dtg? logikkah nusrah allah turun untuk ummat ini?
sama2 kita fikirkan....
salamun 'alaikum.
wacana ini kuutarakan kepada sidang pembaca di alam maya ini. sebarang komentar, kritikan serta tunjuk ajar amatlah dialu-alukan kerna kita manusia yang pelupa, selalu saja membuat kesilapan. mungkin saja 1000 kekurangan terdapat dalam artikel ini. Wallahu a'lam.