Iridologi adalah satu kaedah sains pengetahuan tentang penganalisaan atau diagnosis melalui struktur halus di anak mata, perkatanan iris berasal dari perkataan iris yang bermaksud anak mata. kaedah iridologi begitu mengkagumkan dan sungguh mudah untuk dipelajari kerana ia cepat, selamat , tepat dan ringkas tanpa perlu mempunyai kelayakan akedemi atau penggunaan peralatan yang canggih.


Kaedah Iridologi sungguh unik dan menarik kerana membantu mengetahui tahap kesihatan tubuh badan seseorang itu, khususnya kelemahan pada organ -organ yang membawa kepada pelbagai masalah kesihatan kerana mata mempuayai beribu ribu juta saraf halus, tisu dan sel-sel yang bersambung ke sistem badan melalui saraf otak.



Setiap kerosakan pada saraf di anak mata akan menunjukkan kelemahan organ dalam tubuh badan , analisa dari anak mata boleh membantu untuk mencegah atau memperbaiki taraf kesihatan organ sebelum kesihatan bertambah parah kerana iridologi dapat menceritakan tahap kesihatan yang pernah berlaku, sedang berlaku atau akan berlaku.

Setiap analisa di anak mata tidak serupa di antara mata sesaorang itu kerana ia bergantung kepada tabiat pemakanan , keturunan, gaya hidup seseorang itu.... Mata kiri akan menceritakan kelemahan organ sebelah kiri -sebagai contoh- masalah jantung akan dilihat dizon 3 pada mata sebelah kiri.


Pakar-Pakar iridologist mengunakan sistem yang sama pada carta iridologi iaitu sistem masa dan pusingan jam. Ia dibahagikan kepada beberapa zon-zon utama tertentu mengikut sistem fazikal organ tubuh badan, perubahan pada anak mata, warna dan struktur anak mata dan tanda-tanda pada dalaman berkaitan usus, contoh Prolapsus (usus kendur atau perut buncit) satu tanda ANW (Automic Nerve Wreath) jatuh dari kawasan usus normalnya ia ditunjukkan pada pukul 11.00 hingga 1.00 , otot lemah disebabkan tekanan ke bawah.


Iridologi tidak dapat mengesan jenis sakit seperti darah tinggi dan kencing manis, tetapi ia dapat menunjukkan kelemahan tissu organ yang lemah itu. informasi dari iris dan kaedah iridologi dapat membantu kita supaya mencegah dan mengambil tindakan agar ia tidak menjadi lebih teruk. Kita akan menemui masalah yang berbeza , antara seorang dengan seorang yang lain bergantung kepada cara gaya kehidupan dan cara pemakanan seseorang itu.


Bentuk iris akan sentiasa berubah mengikut keadaan tahap kesihatan tubuh badan, cara hidup dan cara pemakanan. Saraf tisu iris bersusun rapat dan dalam keadaan tegak dan tegang , apabila mengalami masalah Otak akan menerima informasi pada masa yang sama ia akan menghantar informasi tersebut pada zon iris (Zon yang mewakili fizikal organ tersebut) seterusnya perubahan akan bermula mengikut keadaan organ tersebut.
Penilaian keadaan fizikal organ pada iris dibahagikan dalam 4 keadaan atau pun 4 peringkat yang dikenal sebagai 'constitution'. Iaitu, silk, linen, hessian, net. Silk Constitution adalah yang paling sihat, manakala Net Constitution adalah yang paling lemah.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati