Alhamdulillah, dalam kelelahan ana mampu juga untuk update post pada kali ini meskipun kelewatan menghidang karya kpd sidang pembaca. Pada post kali ini ana ingin menceritakan sedikit laporan mengenai Konvek '09 yg dianjurkan oleh HPA Industries Sdn. Bhd. di Malaysian Agro Exibition Park Serdang (MAEPS) pada 2 hari yang lepas. Ana telah diamanahkan untuk membaca Al-Quran ketika majlis perasmian konvek tersebut. Untuk pengetahuan sidang pembaca sekalian, Konvek adalah satu perayaan atau majlis penganugerahan kepada ahli-ahli HPA yang berjaya membawa HPA bersama-sama mengorak langkah ke arah memperkukuhkan ekonomi islam di persada antarabangsa. Dalam kondisi kegawatan ekonomi, HPA mendaki satu persatu anak tangga menuju puncak kejayaan dengan membawa tagline "produk halal tanggungjawab bersama"


Ana telah membaca Surah Al-Hasyr ayat 18-24, Surah 3Qul, dengan menggunakan qiraat Warsh 'an Nafi' Al-Madani, Surah Al-Fatihah, dan Surah Al-Baqarah ayat 1-5, dengan mengunakan Qiraat 7. Ana juga telah terlibat dalam persembahan nasyid dalam Team Qasidah Al-Wahida (TaQwa). Kumpulan ini adalah julung kali ditubuhkan di bawah HPA Industries Sdn. Bhd. Di kesempatan kami mempersembahkan 2 buah lagu, kami juga mempromosikan album perdana kami iaitu NAZAM HPA yang memuatkan 6 tracks. Sepenampilan kami di pentas, ana menjemput sidang hadirin untuk berdiri bagi sama-sama mengalunkan lagu rasmi HPA iaitu Nazam HPA. Untuk tujuan promosi album sulung kami, kami mendendangkan lagu Munajat HPA. Lirik lagu ini adalah hasil nukilan Tn. Hj. Ismail bin Ahmad Pengarah Urusan HPA.


Untuk pengetahuan sidang pembaca maya sekalian, album ini telah dicetak sebanyak 5000 unit cakera padat dan telahpun mula diedarkan di Konvek '09 dan akan diagihkan di cawangan-cawangan HPA yang berhampiran dengan anda insyaAllah. Selain itu, selepas ini kami akan merakamkan album remix bagi tujuan pemantapan paduan suara dan persembahan kami.


Album ini telah dijual dengan harga promosi Konvek '09 iaitu RM10. Harga sebanar akan dimaklumkan dalam sedikit masa lagi insyaAllah. Selain daripada kumpulan TaQwa, beberapa lagi team akan ditubuhkan di Zon Tengah dan Timur. Ana telah diamanahkan untuk menubuhkan dan melatih kumpulan-kumpulan tersebut di kedua-dua zon tersebut. Mungkin dalam kalangan sidang pembaca maya ada yang berminat dengan industri seni nasyid tanah air, bolehlah menghubungi ana di talian 0129846388. Selain itu, bagi sesiapa yang berminat untuk mengundang kami untuk memberi persembahan di tempat mereka, konsert amal dsb, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Kak Siti di talian 0134219727. ;-)

Lagi berita Konvek '09...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati