Kita selalu membuat penyelenggaraan untuk kenderaan kita. Pernahkah anda terfikir, tubuh manusia juga perlu diservis? SERVIS yang terbaik adalah BERBEKAM!



Kami menyediakan kaedah profesional rawatan alternatif yang diadaptasi berdasarkan

Al-Quran & As-Sunnah serta pelbagai rawatan tradisional.

  1. ISLAMIC MODERN CUPPING / BERBEKAM
  2. BIO-SINUS HEALING / RAWATAN RESDUNG
  3. URUT TRADISIONAL
  4. PEMERIKSAAN KESIHATAN



MUQADDIMAH

ISLAMIC MODERN CUPPING / BERBEKAM

Rawatan bekam merupakan rawatan wahyu kerana kaedah ini telah menjadi amalan Rasulullah S.A.W. Bahkan nasihat berbekam ini diterima oleh Baginda S.A.W. dari para malaikat semasa perjalanan Isra’ Mi’raj. Sebagai orang Islam kita harus menerima kaedah rawatan ini, yang tentunya mempunyai hikmah yang besar.

HUKUM BERBEKAM

Berbekam adalah diharuskan kepada kita. Menurut Imam Al-Ghazali berbekam termasuk Fadhu Kifayah, jika sesuatu wilayah tidak ada seorang pun yang mempelajari dan mengamalkannya maka semua penduduknya akan berdosa.

MENGAPA PERLU BERBEKAM DARI PERSPEKTIF SAINS

  • Selepas 3 bulan sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati, ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin, dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah baru yang mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.
  • Sel darah rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah mengakibatkan kapilari tersumbat dan kesannya akan mengganggu metabolisme tubuh seperti sistem limfa, ginjal, hati dsb gagal berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit kronik.
  • Simptom awal yang dapat dirasai oleh tubuh kita ialah terasa lesu, letih, tak sedap badan, kebas kaki & tangan, pening, cepat bosan, murung, mudah marah, mudah mengantuk, dan mudah pitam.
  • Kemudian penyakit kronik akan mula mengancam tubuh seperti hypertensi(darah tinggi), strok, gout, diabetes, kanser, dll

BERBEKAM ADALAH RAWATAN PENCEGAHAN & PENYEMBUHAN

Rasulullah S.A.W. bersabda: “Diharuskan berbekam pada lekukan leher sebelah atas (golden point). Sesungguhnya ia menjadi penawar kepada 72 jenis penyakit.”

(Riwayat Bukhari dan Abu Naim)

Kepada yang mengalami sakit kepala, pening atau migrain:

Rasulullah S.A.W. setiap kali sahabat bertemu baginda untuk mengadu sakit kepala yang dialami mereka, pasti baginda bersabda: “Berbekamlah.”

(Riwayat Bukhari dan Abu Daud)

PERBEZAAN ANTARA PERUBATAN WAHYU & KONVENSIONAL

Cara rawatan yang diamalkan oleh Nabi S.A.W. adalah perubatan wahyu kerana kepastiannya datang dari Allah S.W.T. Ibnul Qayyum berkata, “Rawatan cara Nabi tidak seperti layaknya rawatan ahli medik. Rawatan cara Nabi wajib diyakini dan bersifat pasti (qat’ie) bersumberkan Wahyu Ilahi. Oleh itu, ia bukan sekadar rawatan alternatif, bahkan ia adalah satu kaedah pengubatan yang utama yang wajib diamalkan. Berpaling dari mengamalkannya bererti berpaling dari kaedah pengubatan Al-Quran.

FAEDAH & KELEBIHAN BERBEKAM


  • Membuang darah kotor, darah beku dan darah berpenyakit yang mengandungi toksin.
  • Mengeluarkan gula, asid urik, & kolestrol yang berlebihan dalam tubuh.
  • Meringankan otot yang tegang serta mengatasi masalah stress.
  • Membebaskan angin kotor dan toksid dalam tubuh.
  • Melancarkan peredaran darah dan meningkatkan sistem limfa.
  • Membantu merawat penyakit arteri, hati, gout, hypertensi, diabetes, kardiovaskular, lemah syahwat (impotensi / aphrodisiac), resdung (sinus / catarrh), kanser, dsb.
  • Membantu meringankan tugas buah pinggang
  • Membantu menyelesaikan masalah kesihatan yang tidak mampu diselesaikan oleh rawatan konvensional atau moden.
  • Merawat lain-lain penyakit biasa dan kronik.
  • Menyegar serta menyihatkan badan.

KAMI JUGA MENAWARKAN PELBAGAI RAWATAN DOA DAN ZIKIR, RAWATAN TRADISIONAL SERTA ALTERNATIF


Untuk pesakit wanita, perawat wanita disediakan.


Untuk maklumat & temujanji

SILA HUBUNGI ATAU E-MAIL :

USTAZ UWAIS

012-9846388 @ 019-9604740

almuqrihealth@yahoo.com

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati