Bermula jam 9 mlm tadi ana dan Huzaifah pergi ke tapak festival yang diadakan di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani Kedah Darul Aman. Selepas menikmati juadah makan malam di RFC kami langsung bergegas ke lapangan konsert Malam Kebudayaan Islam di tapak festival tersebut. Persembahan pertama disampaikan oleh kumpulan Hijjaz, diikuti dengan persembahan artis cilik yang juga merupakan kumpulan nasyid yang beru saja merakamkan album pertama mereka di bawah kelolaan Hijjaz Records Sdn. Bhd. iaitu kumpulan Al-Fairuz. Anggota kumpulan ini terdiri daripada anak-anak Kedah yang kesemuanya masih lagi bersekolah di peringkat menengah.

Persembahan seterusnya disampaikan oleh artis cilik juga, tapi ana lupa namanya, dianggotai oleh pelajar-pelajar sekolah rendah dan juga di bawah asuhan Hijjaz Entertainment Sdn. Bhd. Seterusnya Amar mempersembahkan 3 buah nasyid diselangi dengan gimik silap mata yang sangat mengujakan sidang audien. Persembahan yang terakhir malam td ialah persembahan dari Ustaz Akhil Hayy. Walaupun beliau sedang demam, namun beliau masih mampu menghiburkan peminat serta sidang penonton pada malam tadi. Pada ana, persembahan beliau adalah paling mantap dan mengujakan para peminat seni suara tanah air. Paling menarik beliau juga mendendangkan lagu yang telah dinyanyikan oleh Michael Heart yang berjudul We Will Not Go Down yang memberi inspirasi kepada pejuang Palestin yang sedang menegakkan Islam di Bumi Suci umat Islam yang ke-3 itu.

Persembahan malam tadi diakhiri oleh Ust Akhil, sebaik saja beliau turun dari pentas, peminat mengerumuni beliau untuk mendapatkan tandatangan autograf dan bergambar dengannya. Akan tetapi tiada siapa pun yang berani bersuara untuk bergambar sehingga lah ana memberanikan untuk menyuarakannya. Lebih istimewa lagi, ana seorang saja yang sempat bergambar dengannya yang menyebabkan peminat-peminat lain berasa hampa. Tidak ada apa yang perlu dibanggakan sebenarnya. Sebagai individu yang amat teruja dengan bidang seni suara, ana amat kagum dengan kebolehan dan stamina suara yang dikurniakan Allah S.W.T. kepada beliau.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati