Tidur merupakan satu kerehatan bagi manusia memulihkan tenaga dan menstabilkan 4 unsur kejadian manusia iaitu tanah, air, api, & angin. (Sanguin, choleric, phlegmatic, melancolic). Dari aspek lain pula, tidur juga mampu menstabilkan 4 sinergi manusia iaitu Spiritual, Emosional, Mental, & Fizikal. Keempat-empat sinergi ini diformulasikan di dalam 1 istilah iaitu INTLEKTUAL. Ulama' (profesionalis) psikologi Islam telah menggariskan sinergi ini diberi wajaran peratus yang amat relevan berdasarkan kadar jumlah sebutannya dalam Al-Quran.

Peruntukan peratusan adalah seperti berikut:
Spiritual : 50%
Emosional : 20%
Mental : 20%
Fizikal : 10%

Post kali ini merasa terpanggil untuk mendiskusi tentang TIDUR, antara kuantiti dan kualiti: 1 pemahaman.

وهو الذي جعل لكم الليل لباسا والنوم سباتا وجعل النهار نشورا

Dan Dialah yang menjadikan untuk kamu malam sebagai pakaian, dan tidur sebagai kerehatan, dan Dia menjadikan siang untuk keluar bekerja (mencari rezeki)
.
(Surah Al-Furqan : 47)


Allah S.W.T. telah menciptakan malam penuh dengan kedamaian, ketenangan adalah untuk manfaat manusia semata-mata. Secara saintifik nya, matahari petang (lepas asar) menerangi bumi bersama pancaran infra-merah, dan ia merupakan signal (isyarat) kepada bumi bahawa sebentar lagi malam akan melabuhkan tirainya. Dalam masa yang sama, haba matahari bersama infra-merah di permukaan bumi diserap perlahan-perlahan ke dalam kerak bumi bagi merangsang elektromagnetik dan elektrostatik untuk membetulkan medan-medannya yang telah 'dikucar-kacirkan' oleh manusia di siang hari.

Logikanya, dalam tubuh manusia juga terdapat unsur elektromagnetik dan elektrostatik. Jadi, tidak mustahillah jika 'waktu malam' dan 'tidur' itu ada relatifnya. Kerana itulah, ALLAH S.W.T. mengistilahkan
malam sebagai pakaian di dalam Kalam-Nya.

Firman Allah S.W.T. di atas adalah SUNNATULLAH yang tidak boleh kita ingkarinya. Ia adalah fitrah kejadian manusia. Jika manusia melanggar ketetapan ini, nescaya akan binasa (sakit). Allah S.W.T. ada berfirman dalam Surah An-Naba' ('Amma) ayat 8 - 16. Fokusnya pada ayat 9 dan 10 yang menceritakan tentang hal yang sama dengan konteks ayat 47 Surah Al-Furqan.

ظهر الفساد في البر والبحر بما كسبت أيدي الناس
Telah zahirlah kehancuran di daratan dan lautan lantaran perbuatan ganas tangan-tangan manusia

Dalam isu ini, 'insomnia' seringkali berlaku dalam masyarakat mutakhir ini. Hal ini demikian kerana degilnya manusia yang melanggar Sunnatullah. Allah memerintahkan manusia untuk tidur di malam hari, mereka bekerja hingga lewat malam. Lebih malang lagi, ada juga manusia yang sanggup berjaga malam demi kepentingan keduniaannya.

Sidang diskusi kali ini ingin memberi solusi dan formula asas bagaimana untuk mendapatkan tidur yang singkat, namun kualitinya terjamin, bahkan memberi impak positif kepada sistem metabolisme di dalam tubuh manusia.

Sebagai seorang pengamal herba, ana berpendapat dengan pengambilan herba yang bersifat aromatik akan merangsang kelenjar pineal bagi merembeskan hormon melatonin. Hormon melatonin inilah yang membuatkan kita merasa mengantuk. Kelenjar (gland) pineal yang rosak tak mampu menghasilkan melatonin akan menyebabkan sistem tidur kita terganggu. Tubuh manusia yang tidak memperolehi 'deep sleeping' adalah seumpama tidur tanpa rehat, yang seterusnya akan mengganggu metabolisme tubuh. Impaknya, terjadilah penyakit hipertensi, migrain, sakit kepala, stress, mata rabun, impotensi(matipucuk) dsb.

Terdapat 3 cara yang ana syorkan kepada anda yang menghadapi masalah seeprti di atas.
1. Pengambilan Herba + Tahajjud = tidur 1jam bersamaan 2jam
2. Senaman Kiropraktik +
Tahajjud = tidur 1jam bersamaan 2jam
3. Amalan Qailulah +
Tahajjud = tidur 1/2 jam sebelum zohor bersamaan 3 jam

Herba yang disyorkan adalah herba yang bersifat angin (aromatik) seperti halia, serai wangi dsb. Namun begitu terdapat produk di pasaran yang akan lebih memudahkan anda untuk mendapatkannya. Syarikat HPA Industries Sd. Bhd. telah mengeluarkan produk sinergi herba nusantara yang paling MANTAP abad ini, iaitu DEEP C.

Cara pengambilannya ialah: ambil 1 bj kapsul di telan pada
± 11.00 pm. Dalam masa 1/2 jam pineal gland akan bertindak-balas lantas menghasilkan hormon super melatonin. Untuk pengetahuan anda, hormon super melatonin hanya akan terembes sebelum jam 12 malam, manakala melatonin biasa (hypo-melatonin) boleh terhasil sehingga jam 2 pg sahaja. Sebab itulah selepas jam 2 pg rasa mengantuk akan hilang lantaran ketiadaan hormon melatonin. Selain itu, pineal gland juga merupakan 'mata yang ke-3' kerana ia memberi respon kepada kadar cahaya di persekitaran. Persekitaran yang gelap juga adalah faktor perdana bagi pineal gland bekerja untuk merembeskan melatonin.

Selewat-lewatnya pada jam 4.30 pg bangunlah dan bertahajjud pada ketika itu, nescaya keredhaan Allah bersama kita. AMIN. Secara saintifiknya, pitiutary gland yang terdapat di dalam otak manusia memerlukan darah yang mengandungi oksigen berkualiti tinggi. Nah! Antara jam 3pg sehingga matahari terbit adalah masa yang sesuai untuk kita mendapatkannya. O
² high quality hanya terdapat di lapisan atmosfera, namun pada waktu perdana (prime time), Allah S.W.T. menjadikan ia turun ke permukaan bumi untuk dimanfaatkan oleh hidupan di bumi. Dalam keadaan kita sujud kepada Allah, jantung tidak perlu melawan tarikan graviti untuk mengepam darah yang mengandungi Oksigen Kelas A ke otak seterusnya dihantar ke kawasan master gland (ubun-ubun).

Method yang ke-2 adalah "Senaman Kiropraktik - 12 langkah mudah" akan ana terangkan dalam post yang akan datang. Nantikan kemunculannya. Wallahu A'lam

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati