Alhamdulillah, ana baru saja pulang dari Sungai Petani kerana menyertai kursus Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) yang dianjurkan oleh HPA. Pada awalnya program ini akan diadakan di Pusat Latihan IT HPA di Arau, Perlis, tetapi disebabkan ruang yang sangat terhad dan permintaan seat yang terlalu tinggi, maka lokasinya diubah ke Dewan Omar Mokhtar, Tingkat Atas RFC, Sungai Petani. Kursus ini berlangsung selama 2 hari 1 malam bermula 2 Mei jam 8.30 pg dan berakhir pada jam 7.08 mlm td.

Antara pengisian kursus ini ialah, kami diajar tentang asas cara untuk mendiagnos penyakit melalui kaedah iridologi, lidah, dan tapak tangan. Selain itu, kami didedahkan dengan pelbagai ilmu herba yang sangat menakjubkan dalam dunia perubatan. 80% slot program ini telah dikelolakan oleh Pengarah Urusan HPA sendiri iaitu Tn. Hj. Ismail bin Ahmad



Tn Hj Ismail bin Ahmad sedang memberi kuliah perubatan herba.

Kami seramai 147 orang peserta terdiri dari ahli HPA yang sudah pun menyertai kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) sangat teruja dengan ilmu yang baru kami peroleh. Kami diajar pelbagai falsafah perubatan yang sangat membantu untuk memulihkan semangat hidup pesakit.

Walaupun kami dikawal ketat dengan program serta slot yang padat, tetapi kami disegarkan dengan senaman pernafasan yang mampu mengembalikan frekuensi yang asal dalam tubuh kita.

Selain itu, HPA juga memperkenalkan packaging baru beberapa produk seperti Kopi Radix, Koko Rdix, Radix Diet (BARU), Radix Manjakani, Minuman Asiatica, dsb.


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati