Belum sempat lagi keletihan yang dirasakan membelenggu tubuh, 1 lagi jemputan saudara seagama terpaksa dipenuhi. Sebenarnya, undangan ini memang ana telah masukkannya ke dalam jadual bertindak peribadi ana. Ini bertujuan bagi mengelakkan dari terlupa, yang sememangnya fitrah semulajadi kejadian manusia. Jika ditakrifkan perkataan 'manusia' itu sendiri dalam Qawa'id Arabiah telah menggariskan bahawa ianya berasal dari kata akar 'nasia' yang bermaksud 'lupa'.



Kembali kita kepada soal perbincangan asal, untuk pengetahuan umum, HPA merupakan 1-1nya sebuah syarikat jualan langsung yang memperjuangkan produk HALAL dan MUSLIM dalam langkah 'memBAKAR' ekonomi Yahudi laknatullah. Ekoran dari itu, Kursus PBC adalah merupakan kursus yang pertama bagi prospek-prospek baru HPA untuk lebih menghayati dan mengenali siapa sebenar HPA di persada masyarakat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memastikan ahli-ahli HPA sentiasa komited dan betul-betul menghayati erti sebenar perjuangan yang dibawa oleh HPA. Cogan kata berniaga sambil beribadah diterapkan dalam slot-slot istimewa yang dikelolakan oleh PJS-PJS yang komited dengan usaha syarikat bumiputera Muslim itu.

Selain daripada slot-slot yang menerangkan tentang liku-liku HPA, program-program pembentukan jiwa juga diadakan bagi memperbaiki hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta. Program tersebut adalah seperti Qiyamullail, Tazkirah, Kuliah, Senaman Pernafasan Sufi, Solat Sunat Dhuha secara berjemaah, dll. Sepanjang penglibatan ana dengan dunia perniagaan, khususnya dalam bidang jualan langsung ini, inilah julung-julung kali syarikat jualan langsung mengadakan slot-slot kerohanian sepanjang kursus perniagaan.

Ana telah dimandatkan untuk mengepalai program qiyamullail dan kuliah subuh. Tepat jam 5 pagi kami berkumpul di Dewan Selayang untuk mendirikan qiyamullail lantaran surau Perdana Resort yang agak terhad ruangnya berbanding dengan jumlah peserta yang ramai. Meja dan kerusi disusun ke tepi dewan dan tikar dibentang sebagai hamparan untuk kami bersembahyang. Dimulai dengan Solat Sunat Tahajjud, Taubat, Hajat dan Witir. Tepat jam 5.46pg azan berkumandang bagi menandakan masuknya waktu solat fadhu subuh pada pagi yang hening itu. Solat Subuh diimami oleh ana dan kemudiannya diteruskan degan slot Kuliah Subuh yang juga disampaikan oleh ana. Alhamdulillah, Praise be to Allah, sambutan dari sidang audien amat memberangsangkan. Tiada yang terlelap, walaupun slot berakhir agak lewat semalam yang menyebabkan para peserta kuyu keletihan.

Tatkala selasai sahaja kuliah subuh, PJS Cikgu Jalal mengetuai Senaman Pernafasan Sufi yang dipercayai boleh membetulkan kembali medan-medan elektromagnetik dalam tubuh manusia. Bagaimanapun, jika senaman ini tidak dipraktikkan betul-betul, atau bercanggah denga anatomi tubuh badan manusia, kebarangkalian kecederaan dalaman boleh berlaku. Cikgu Jalal memilih kawasan pantai bagi melakukan aktiviti tersebut. Senaman ini amat sesuai dilakukan seawal pagi sebelem matahari terbit, bagi mendapatkan Oksigen Kelas Pertama yang mendap dari atmosfera ke permukaan bumi bermula seawal jam 3pg sehinggalah waktu Syuruq. Demikianlan kehebatan Allah yang diperlihatkan kepada hamba-hambanya yag beriman. Mutakhir ini, tanpa kehadiran Dunia Sains, masyarakat terpinggir dari agama. Dengan adanya saintis-saintis Islam yang mempunyai fikrah islami, mengkjaji dan terus mengkaji setiap kejadian alam yang dikatakan saintis pada era terdahulu dengan teorinya bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya bermula dari kejadian Big Bang yang baru ditemui mereka, sedangkan teori ini memang benar-benar berlaku bahkan telah dirakamkan dalam Al-Quran lantas diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W. 1400 tahun yang lalu.





Seketika selepas kami melakukan aktiviti senaman pernafasan tersebut, kami bersarapan. Ahli HPA tidak lupa kepada Kopi Radix nya. Manakala PJS-PJS senantiasa setia dengan produk Halal HPA yang lain yang sememangnya dijamin bersih suci dan murni tanpa ragu-ragu.

Inilah sikap yabg perlu diterapkan oleh setiap individu muslim dalam menjaga Halal Haram nya terutamanya dalam pemakanan.

Selesai bersarapan ana memohon diri untuk pulang lantaran tugas utama ana yang sudah pun selesai. Alhamdulillah.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati