Alhamdulillah, semalam ana telah dijemput untuk berceramah di Sekolah Menengah Agama Arab Shamsul Maarif Lilbanat, Pulai Chondong, Machang, Kelantan. Walaupun dalam keadaan keletihan ana sanggup juga menerima undangan ceramah dari pihak penganjur Program Mahabbah di sekolah tersebut. Sebenarnya ana baru sahaja pulang dari Lawatan Peribadi Mahabbah seluruh semenanjung Malaysia atas maksud menegakkan DEEN ISLAM, dalam erti kata menegakkan yang HAQ dan menghapuskan yang BATIL. Bermula dari Perlis, diikuti Kedah, Penang, Perak, Selangor, Kula Lumpur, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan kembali semula ke Kok Lanas.

Walau bagaimanapun, ana mesti menunaikan tanggung jawab ana sebagai pendakwah serta menunaikan hajat saudara kita seagama. Tatkala ana sampai di perkarangan SMP tepat jam 9 malam, pengarah program telah menyambut ana kemudian diperkenalkan kepada wartawan mereka untuk ditemuramah. Tepat jam 9.30 mlm program bermula, dan ana dijemput untuk menyampaikan ceramah pada pukul 9.40 mlm. Pada awalnya ana merancang untuk menggunakan slaid sambil berceramah, tetapi disebabkan beberapa faktor teknikal ana terpaksa membatalkan niat ana tersebut.

Terlebih dahulu ana memohon maaf kerana ana datangf untuk berceramah without preparation disebabkan kesuntukan masa lantaran program ana yang terlalu padat. Walau bagaimanapun ana cuba juga memenuhi permintaan pihak penganjur untuk berceloteh barang sepatah dua yang ana rasa sesuai untuk dikongsi bersama dengan peserta program tersebut.
Alahamdulillah, sepanjang sesi ceramah berlangsung, ana mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari sidang audien. Personally, ini adalah kali ke-3 ana naik pentas di Kelantan. Kalau di negeri lain memang tidak terbilang jumlahnya. Generally, ana hanya menyentuh serba sedikit mengenai Pembentukan Akhlaq Al-Quran.

Apa yang mengecewakan adalah mengenai senarai nilai-nilai murni yang telah diterbitkan oleh pihak pejabat SMP sendiri langsung tidak berjaya menarik minat pelajar untuk merenungnya di papan kenyataan. Terdapat 7 semuanya. Ana cuba mengingatinya tatkala membacanya 10 minit sebelum program bermula. Mudah saja untuk mengingatinya jikalau kita mengaplikasikan kaedah 'akronim'. T K H T N A N. Taat setia, Kasih Sayang, Hormat menghormati, Tolong menolong, Nasihat menasihati, Amar ma'ruf, Nahi Mungkar. Malangnya ana hanya sempat menghuraikan 2 poin dari nilai-nilai murni tersebut iaitu taat setia dan kasih sayang. Ana telah berjanji dengan mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang huraian selebihnya, sila layari blog ana dalam masa 3 hari dari semalam. InsyaAllah huraian tersebut akan menyusul dalam blog ana tak lama lagi jikalau tidak ada sebarang masyaqqah yang menghalang.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati