Alhamdulillah, Ijtimak Islam Antarabangsa 2009 yang berlangsung pada 9,10,11,12 Julai 2009 (16,17,18,19 rejab 1430) di Tanah Lapang Berhampiran Bandar Enstek dan Kuarters KLIA telah berlangsung dengan selamat dan jayanya.


Sambutan diterima juga amat menggalakkan. Walaupun media-media tempatan menyiarkan ijtimak ini telah disertai oleh 200,000 orang, tetapi daripada pemerhatian kami, jumlahnya lebih dari itu.


Penganjuran - penganjuran persidangan peringkat antarabangsa adalah tidak asing di Malaysia, tetapi inilah kali pertama di mana pengajuran dilakukan dengan inisiatif umat Islam secara sukarela tanpa mengharapkan sumbangan, pengajuran sesiapa.

Ijtimak Malaysia 2009 telah dijayakan oleh sukarelawan dari seluruh pelusuk negara yang telah bertungkus lumah selama beberapa bulan. Untuk pemasangan khemah sahaja, 250 sukarelawan diperlukan setiap hari.


Selain itu, kemudahan seperti tandas, bilik mandi, tempat wudhu, bekalan elektrik dan sebagainya juga disediakan.

Kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan juga terdapat di sekitar tapak Ijtimak 2009 termasuk Kedai-kedai yang menjual pelbagai juadah dari pelbagai negara. Walaubagaimana pun, pihak penganjur Ijtimak mengediakan makanan secara percuma kepada semua pengunjung.

Antara barangan istimewa, T-Shirt tertera Ijtimak 2009.

Perkhidmatan shuttle juga disediakan untuk kemudahan pengunjung dan keselasaan trafik di kawasan terbabit.

Tentatif program Ijtimak Malaysia 2009

( 9 Julai 2009 – 12 Julai 2009 )
Asar : Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan

9 Julai 2009 – KHAMIS
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak

10 Julai 2009 – JUMAAT
- Selepas Solat : Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat
- Selepas Solat Asar
1. Ceramah Umum
2. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum

11 Julai 2009 – SABTU
- 10.00 pg – 12.30 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
1. Program Untuk Ulama
2. Program untuk Khawas
3. Program untuk Pelajar
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Pendek

12 Julai 2009 - AHAD
- 9.30 pg – 12.30 (Sebelum Zuhur)

1. Nasihat Untuk Jemaah Yng Keluar Dan Musafahah
2. Doa Penutup Ijtimak

- Selepas Asar : Nasihat khas untuk Jemaah Khidmat semasa ijtimak.


Antara nasihat-nasihat kepada pengunjung dan seluruh umat Islam adalah:

Ada 4 golongan manusia iaitu~

  1. Orang yang buat usaha agama. Akan dapat pertolongan Allah di dunia dan di akhirat.
  2. Orang beramal untuk diri sendiri dengan menjaga segala hukum2 Allah. Tiada pertolongan Allah di dunia tetapi ada di akhirat.
  3. Orang yang buat amal tatapi banyak melanggar hukum Allah. Tiada pertolongan di dunia, akan diazab di akhirat tetapi akhirnya dapat masuk syurga.
  4. Orang yang tiada iman. Akan kekal selamanya di neraka. (nauzubillah!)

  • Jika tiada golongan pertama, maka golongan 4 akan menguasai/memerintah umat Islam. Untuk itu, kita disarankan~
  1. Buat kerja dakwah.
  2. Baiki solat sehingga solat dapat menarik bantuan Allah dan menyelesai segala masalah.
  3. Zikrullah terutama zikir pagi dan petang.
  4. Taubat dan istighfar untuk diri. Juga untuk seluruh umat Islam seperti seorang anak yang memohon belas kasihan bapa supaya tidak merotan adik yang melakukan kesilapan (umat ini sedang dirotan oleh Allah kerana meninggalkan kerja dakwah).
  5. Buat keputusan untuk buat kerja ini sampai mati.

Insya Allah, renung-renungkan dan selamat beramal.




View Medan Ijtimak Malaysia 2009 in a larger map

Ijtimak ini dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh dunia. Khemah-khemah disediakan untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai. Untuk tujuan memudahkan pengurusan, khemah-khemah dikategorikan mengikut negara. Khemah-khemah pengunjung dari Malaysia di kategorikan mengikut nama bandar. (Khitta)

Penterjemah bahasa di tempatkan di beberapa kawasan tertentu untuk mengikut bahasa pengunjung. Bahasa Melayu adalah bahasa utama yang diterjemahkan lantaran peserta Malaysia adalah paling dominan.






Gambar-gambar Ijtimak





Video persediaan sebelum Ijtimak Malaysia 2009




Karkuzari (Laporan Kerja Dakwah)

“Alhamdulillah baru balik dari Ijtimak petang tadi. Ramai sekali yang hadir dan jalan di sekitar quarters menghala ke bandar Enstek dan Salak Tinggi sesak sampai petang.Karkuzari, hampir 400 jemaah telah dibentuk dan keluar dakwah kurang dari target eldest (pimpinan agung tabligh) 500 jemaah.

Pada Solat Asar hari Khamis, Sdr Anwar Ibrahim dan MB Selangor, TS Khalid Ibrahim hadir solat bersama, dan mendengar bayan di atas pentas hampir 15 - 30 min sebelum beredar.

Solat jumaat, diimamkan di Masjid, dan disambung langsung ke medan Ijtimak yang jauhnya hampir 5 ke 6 ratus meter dari masjid. tetapi, saf nya di sambung berterusan dari parking masjid, melintas jalan raya dan beberapa bangunan dan blok sehinggalah ke pentas utama. inilah pertama kali saya lihat bagaimana solat diadakan di 2 tempat yang berlainan sejauh 500m dari Masjid utama. MasyaAllah hebat sekali suasana...”


Pukul 12.30pm tadi (12/07/09) Yang Di Pertuan Agong datang untuk 15 minit tapi tak naik atas pentas, dia pergi khemah ulamak dan minta nasihat dari ulamak yg ada di situ.

Alhamdulillah mereka datang dengan keinginan sendiri semata2 untuk minta dan dengar nasihat agama dari ulamak yang penuh dadanya dgn ayat alQuran (memang hafiz al-quran semuanya) dan penuh dgn jutaan hadis (memang kitab2 hadith kutub tis'ah kawan harian mereka). Ceramah yg penuh dgn ayat al-quran dan hadis2 Nabi saw.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati