Mungkin anda pernah terdengar atau terbaca di mana-mana media massa tentang kasu tumit tinggi boleh menyebabkan sakit puan. Pada post kali ini saya suka ingin berkongsi dengan sidang pembaca tentang kajian yang telah dibuat oleh CAP (Persatua Pengguna Pulau Pinang) yang membuktikan bahawa kasut tumit tinggi yang menjadi kegilaan kaum wanita merupakan antara faktor berlakunya sakit puan dalam kalangan mereka.

Presiden CAP, S M Mohamed Idris berkata. pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama boleh menyebabkan gangguan kitaran haid, masalah kesuburan dan sakit kepala. Menurutnya, ini berikutan rekaan kasut tumit tinggi dibuat untuk menolak dada wanita ke hadapan manakala punggung ke belakang, namun kesan negatifnya tulang spina dan pinggul akan terkeluar dari kedudukan asalnya (dislocation). Selain itu, bentuk postur badan wanita yang dibuat-buat ini akan menyeksakan tubuh badan serta menimbulkan beberapa masalah kesihatan ke seluruh anggota tubuh. Manakala pemakaian secara berterusan juga menyebabkan kencing tidak lawas, tekanan, masalah tulang belakang, dan pinggul. Ketinggian kasut juga mempengaruhi kadar tekanan bebola kaki pemakainya.

Dalam pendedahan seorang pakar ortopedik, kasit bertumit 2.5 inci akan menyebabkan 50% tekanan kepada bebola kaki manakala kasut setinggi 3 inci pula memberi tekanan 76%.

Malah betis juga akan lebih berotot (tegang) disebabkan otot betis memendek dan menegang untuk disesuaikan dengan sudut (angel) kasut tersebut. Berdasrkan statistik, hampir 40% pekerja wanita berkhidmat

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati